tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Monday, October 31, 2011

laksa penang

assalamualaikum...

hari ni hari isnin macam biase aku cuti2 lepak2 dekat rumah nak kuar jalan malas sebab hujan tak kuasa aku nak bersesak dekat highway paham2 jer bila hujan mesti jem so ada baiknya lepak2 rumah,bersuka ria tido dengan jayanya,tapi hari aku tak boleh nak tido aku golek kanan golek kiri tapi taknak lelap,tiba jer rasa macam rajin nak masak menu pilihan laksa penang...

taraaa...inilah hasilnya hebat tak hahaha...pastime kot buat ni heeee



bahan2 sampingan ulam ulaman serta telor rebus laksa lupa nak snap kahkahkah...

selamat menjamu mata aku nak makan ni,hujan2 macam ni pekena laksa heaven beb...
kita makan dulu slurpppp...slurpppp....gullpppp!!!!



nota kaki busuk mu:
anak sape la rajin ni???



sweet spy memang sweet....

assalamualaikum..

hai aneyeonghansayo....oh korea aku malam ini entah betul ke tak tak tahu la aku bukan orang korea tapi gua minat giler drama korea terbaru aku ada tengok citer sweet spy...memang citer ni sweet giler,terutama hero dia yang giler sweet, hensem,hot,body seksi,senyuman buat iman aku goyah,mata sepet idamam hati ku memang hero dia giler khinzir hensem...

heroin dia biasa2 jer tapi comey,dalam drama sweet spy ni perempuan tu balu(janda) kematian suami so disebabkan dia ni janda maka dengan itu pakaian pun ala2 makcik tapi sekali abe dennis oh aku makeover terus jatuh cinta tergolek2...



sinopsis sweet spy...
Nam Sang-mi plays widowed police officer Lee Sun-ae who finds herself suddenly immersed into international espionage by Han Yoo-il (Dennis Oh), an undercover agent. Lee Joo-hyun plays Kang-Jun, who’s recently transferred to the Criminal Investigation Department. He opens an old case involving Sun-ae’s past that leads him to an entanglement between the current political/economic powers and their secrets. One of them, oddly enough, being Han Yoo-il. Who is this man? Why is he here?


pelakon dia opkos la dennis oh yang kacak menawan







Sang-mi Nam Photo.
yang ni heroin dia sam mi nam yang cun

tapi yang aku tak puas hati pasal citer ni dia punya ending macam beruk abih macam tu jer,citer dia macam tergantung tu yang aku tak puas hati jalan citer semua superb tapi ending macam beruk sentap kot aku dok ngadap citer ni pukul 2 pagi baru tido free2 dapat eye bag...ciss!!!aku harap sangat citer ni ada sambungan sebab aku nak tahu ape jadi dekat hero lepas dia kena tembak..mati2 aku ingat hero mati tapi part last tu dia call perempuan tu lepas citer dia pun abis macam tu jer pe kes????

jom kita saksikan saat2 romantik depa 2 ekor ni emmmm jeles i cik senah oiiii...



nota kaki busuk mu:
hari tu aku ada mimpi dennis oh selamatkan aku dari kena patut ular kah...kah...kah...


Friday, October 28, 2011

akak2 sekelian jom beli beli beg sekolah dan barang sekolah yang lain

ASSALAMUALAIKUM...

tak lama lagi dah nak cuti sekolah sudah semestinya sekarang akak2,abang2,makcik2,pakcik2,tengah mengira budget untuk persekolahan tahun depan pula,so apa kata anda2 yang duduk disekitar klang berkunjung ke kedai saya yang terletak dibukit tinggi klang selangor bukan bukit tinggi pahang iya jenuh kot nak manjat bukit semata2 nak beli baju sekolah...

nak tahu alamatnya anda semua boleh tenyeh2 kat sini

insyallah semua barang2 yang anda nak beli boleh anda dapati di kedai canggih itu la nama kedai saya kedai canggih yang memang terkenal sejak dahula kala lagi,nak datang tengok2 harga pun boleh insyallah anda akan dilayan sebaik mungkin...

semalam ada barang baru masuk beg2 sekolah yamg gojes2,cun,meletop dan kiut miut tak caya tengok gambar2 kat bawah comey nyah i like...harga pun comey gak tapi insyallah anda mampu heee...

        yang ni harga dia RM119.90 agak mahal tapi kualiti beg superb....

                                      yang ni RM73.90...

                                   yang ni Pun RM73.90


              beg ben 10 budak laki mesti suka harga dia RM119.90

pencil bag yang super kiut RM12.90 JER...

yang ni pun cantek harga dia RM17.90


                    pencil bag princess yang cun harga dia RM12.90


 
set lunch box RM19.90
memang harga dia agak mahal tapi barang yang kita jual semua ori iyer bukan cap mydin atau pun cap pasar malam,walaupun mahal tapi kualiti barang2 semua terbaek..so sila la berkunjung ke kedai saya untuk maklumat lanjut nak call berbual mesra dengan saya sila hubungi no kedai canggih 03-33245226(kedai canggih bukit tinggi)...

 barang lain pun kami ada jual juga macam kasut sekolah,songkok semua la yamg berkaitan dengan sekolah...so sila la berkunjung ke kedai canggih!!!








nota kaku busuk mu:
oh skema sungguh bahasa yang digunakan heee






















Monday, October 24, 2011

bosannya...

assalamualaikum..

hari isnin macam biasa aku cuti tapi hari ni mak aiii...bosan nak mampos,satu hari aku dok mengadap menatang lappy ni...rosak tak tak tahu padam muka ko eila....!!!nasib baik ada menatang  lappy plus tenet kalau takde mereka2 ini maka musnah la hidup aku ayat over dulu kat kampung takde tenet boleh pula aku hidup semenjak dok shah alam tiba2 jer poyo cisss ko memang la eila over acting...

asal aku maki diri sendiri ni???oh mungkin sebab bosan maka itu maki la diri sendiri dengan semangat waja,
esok keje oh man bosan...tak sanggup rasanya nak menghadapi keje aku yang banyak dengan timbunan kotak2 yang tinggi mengalahkan gunung kinabalu lepas tu kena kira satu2 kotak yang beratus2 tu,lepas kira kena sumbat dalam stor tang sumbat dalam stor paling aku benci nak kena susun ikut saiz dan  jenis barang mencik..mencik...

walaupun bosan tahap dewa keje  kena ikhlas baru rezeki kita berkat,kalau tak ikhlas maka itu lu pikir la sendiri..


time to sleep malam ni rasanya nak mimpi mamat korea ensem tak ingat ni...oppa sarangheyo jom kita kawen..
   

wiweettt...ensemnya abe dennis oh...



nota kaki busuk mu:
si sepet tetap jadi idaman hati

Sunday, October 23, 2011

purple pun cun..

assalamualaikum...

pagi ni cuaca sangat indah matahari memancarkan cahaya oh silau gilos...tapi i suka,berserta dengan kicauan burung bunyi dia seakan2 angry bird pengaruh game asal tengok burung jer ingat angry bird....haru biru hidup kalau terlalu terpengaruh dengan mainan ciptaan manusia..

macam biasa tiap2 pagi kalau sempat la aku suka lepak king dan berjiwang sakang sorang diri lepas tu berangan putera raja datang meminang oh berangan lagi...sungguh kudus angan2 aku ni,tengah dok berjiwang sakang mata ku tertancap pada sekuntum bunga entah apa nama bunga ni lawa purple2 colour very cun..

             cantekkan bunga apakah ini kebetulan hari ni i pakai purple...


                                               wajah suchi dipagi hari wiweetttt.....


                                                    wajah ku yang kudus....emmmm...kudus la sangat




oh man semenjak bila gua  suka purple ni????selalu aku suka pakai colour hitam atau pun putih nampak sangat hidup aku ni tal coloufull,mulai hari dan saat ni aku bertekad nak mengcolourfullkan hidup aku pakai baju colorfull budget hot....hot...tapi yang pasti purple itu cun,entry panjang berjela sebenarnya aku nak cakap color purple cun jer sebenarnya kahkahkah....



nota kaki busuk mu:
oh saya rasa comey bila pakai purple...oh perasan

Saturday, October 22, 2011

shah rukh khan ada filem baru

assamualaikum...

kepada peminat shah rukh khan aku la tu sekelian alam aku ada pengumuman penting srk ada filem baru uoolssss...i like....
macam best jer filem ni ala2 iron man,robot canggih kemain lagi,bila tengok thriller filem ni
macam terus nak terbang pegi mumbai...oh melampau ko!!!!

heroin dia kareena kapoor yang super duper hot,seksi meksi,cun melecun,putih gebussss...kalau laki tengok kompen meleleh....

aku rasa dalam filem ni diorang jadi laki bini kot,dan untuk pengetahuan semua budget untuk filem ni hampir mencecah RM100 JUTA patut la kemain lagi canggih mangis filem ni,tak sabar nak tengok lagi pun srk ni dah lama giler kot tak berlakon!!!aku rasa filem ni mesti meletop pong...pong...pong...over kemain aku cisss!!!!

satu lagi dia punya ost akon ko nyanyi patut la budget filem berjuta2 lemon artis yang terlibat semua meletup,
ost filem ra-one best tau rasa nak tergedik2 nak menari tak caya korang tengok video dekat bawah tu!!!!




ensem la srk ni asal dia tak tua ekkk????




nota kaki busuk mu:
aku memang suka tengok filem hindustan 

Friday, October 21, 2011

gua kepenatan

assalamualaikum...

hari ni hari yang memenatkan,seminggu dua ni aku agak2 buzy kebanyakan entry banyak cilok dekat fb sebab otak aku dah tepu tak tahu nak tulis ape,badan pun dah naik lenguh2 sakit2 belakang datang kembali oh tidak camno bak buek asal tiba cakap nogori pulok???

masa balik tadi masyallah betul2 memcabar minda dah ler hujan selebat2 alam siap dengan angin ribut,kilat pancar memancar guruh berdentuman gigil aku drive keta tadi dah mata aku rabun punya ar terkial2 aku bawak keta tadi macam baru dapat lesen lak drive pun slow2 kereta dekat belakang dok cucuk2 aku ada aku kisah yang penting aku selamat hujan lebat pun nak laju cissss....

rasa malam ni nak tido awal nak berehat esok kena buat stock take pula oh man i hate stock take,tak buatkan mau setahun bos aku membebel tu nasib jadi kuli orang harus menyiap keje dengan kadar segera!!!

bulan depan raya haji tak sabar nak balik kampung mak tunggu ore dehhhh....i lap u muahhhh!!!!






nota kaki busuk mu:
bye...... :)

Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday#sembahyang la kamu sebelum kamu disembahyangkan

9 Jenis Anak Syaitan




1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Tuesday, October 18, 2011

nilai-nilai murni makin terhakis....

assalamualaikum..

dua tiga hari ni kecoh pasal budak yang kena gilis dengan van dekat pasar siyes masa aku tengok video tu aku nangis bagai nak giler tak dapat aku bayangkan macam mana la perasan mak bapak budak tu terutama sekali ibu budak tu,kaum bapa diorang cool sikit berbanding kaum ibu  sebab tu siapa2  tengok video tu terutama sekali kaum perempuan mesti nangis tergolek2..

yang aku sedih pasal budak tu lepas dia kena langgar tak ada sorang pun pergi tolong,orang2 yang lalu lalang dekat situ buat tak tahu jer bodo nak mampos diorang ni takde otak ke atau orang2 dekat china memang semua takde hati perut...

lepas tengok video tu teringat balik masa kau acident dulu masa tu aku naik motor dengan kawan aku lepas tu ada keta unser giler langgar ktorang lepas langgar lari pula langsung tak bertanggungjawab,masa tu aku jatuh betul2 depan restoran melayu sebelah restoren melayu tu ada restoren cina korang tahu orang dekat kedai restoren melayu tu sekor pun tak tolong aku diorang tengok jer,orang2 dekat restoren cina pula yang berlari2 tolong aku dengan kawan aku masa tu aku terkilan giler kot sedih melayu tak tolong melayu bongok giler cisss...emo tiba2!!!

akhir kata tolong menolong amalan mulia tolong orang dapat pahala betul tak?????




nota kaki busuk mu:
malam ni gua emo

Monday, October 17, 2011

hari ni gua cuti

assalamualaikum....

hari ni aku cuti biasa la hari isnin wajib aku cuti,aktiviti aku hari ni bangun tido seawal jam 9.00 pagi,lepas tu mandi,lepas mandi basuh baju lepas basuh baju jemur baju lepas jemur baju bersih bilik,bilik anak dara harus la kemas dan sesuci lebaran terlihat disitu  kerajinan aku oh... terpuji diri sendiri pulak sila lempang ramai2...

lepas habis kerja rumah tangga keluar servis kereta ku yang tersayang walaupun kena sondol harus la dijaga sebaik mungkin,tapi tak ku sangka tak ku duga aku terjumpa lagi dengan abang jambu masih ensem,kacak menawan dan jambu i tell u tang senyum aku tak boleh blah rasa nak tenung dia sampai esok haha..harap2 mamat ni bukan kaki baca blog mana la tahu dia terjumpa blog aku mau setahun aku malu heee..

i tell u all abang jambu tu muka dia iras macam mamat hindustan kat bawah ni



shahid kapoor tu hahaha...tapi siyes la muka dia macam shahid kapoor abang jom kita kawen mesti anak kita comey macam muka abang oh...gedik gilosssss!!!

abang jambu kita jumpa lagi tahun depan saya dedikasikan lagu ini khas buat mu tiba2...



nota kaki busuk mu:
terserlah kemerengan aku

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..







gua cilok dekat  fb.....

Friday, October 14, 2011

red warriors i luv u...



walaupun kalah tapi ambo akan terus sokong the red warriors dan mereka akan sentiasa ada di hatiku..
tahun depan kita cuba lagi,kepada pasukan ganu congrat...

kepada cik abe tersayang i tetap sayang u lebih




gomo kelate gomo




nota kaki busuk mu:
tahun depe kito gomo lagi....

Thursday, October 13, 2011

Kenapa Tak Rogol Saya?



gambar hiasan semata-mata




Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

Wednesday, October 12, 2011

keta gua kena sondol

assalamualaikum...

hari ni bangun pagi dengan semangat yang jitu walaupun lemau untuk pergi kerja,maklum la aku kan perkerja yang berdedikasi abab ini,kebetulan hari ni banyak kerja yang nak kena buat,pagi2 buta lagi pecut kereta pergi kilang kebetulan ada barang kena hantar,lepas tu aku blah dari situ terus memecut  ke highway menuju ke klang pula macam biase la pagi2 harus makan jem secukup rasa.

sampai klang singgah dekat SYABAS nak bayar bil air,masa tu berlaku kejadian kereta gua kena sondol,untuk pengetahuan semua zaman sekarang bukan setakat mcd jer ada drive thru SYABAS pun drive thru hebat betul zaman sekarang tak payah nak pergi kaunter bagai buang masa,lepas dah sattle bayar bil aku pun drive dalam kelajuan 20 kilometer persejam maklum la jalan sempit,masa nak keluar lorong aku berhenti la pandang kiri pandang kanan tiba2 kebabommmm..ada orang sondol bontot kereta kau cisss bedebah masa tu aku sikit punya panik,tiba aku terpikir balik asal aku pula panik bukan aku yang langgar bontot keta dia..

lepas tu ramai pakcik2,abang2 SYABAS datang interprem,diorang pung pang...pung pang mengalahkan aku bagus juga ramai orang dok backing hikhik..orang yang sondol bontot keta aku tak payah cakap muka dah pucat lesi dah,aku pun pelik macam mana la dia boleh pergi sondol bontot keta aku,aku syak  india tu tengah bergayut sebab masa dia keluar dia pegang handphone tak syak lagi.

tapi kesian keta aku rabak kot bumper lepas tu calar sobsobsob,dah keta baru huwaaaaaa.....lepas berdeskusi tepi jalan terus pergi bengkel,tapi aku tak puas hati sebab keta aku dah ada kesan calar punya ar aku jaga bagai menatang minyak yang penuh akhirnya jadi camni sobsobsob...malang sungguh nasib ku ini!huwaaaaaa......


nasihat untuk semua jangan bergayut semasa memandu









nota kaki busuk mu:
emosi gua tak stabil

wordless wednesday#tuan guru nik aziz yang romantik

Tuesday, October 11, 2011

Kerat alat kelamin akibat putus cinta


Kerat alat kelamin akibat putus cinta

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai putus cinta dan
menghadapi tekanan perasaan nyaris maut apabila memotong alat sulitnya sendiri
menggunakan sebilah pisau dalam kejadian berhampiran sebuah  restoran
di Danau Kota, Setapak, di sini, kelmarin.
Difahamkan, tindakan drastik lelaki terbabit mengakibatkan
alat sulitnya itu hampir putus selain kehilangan banyak darah.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa bernasib baik
apabila seorang lelaki berusia 26 tahun yang kebetulan lalu di kawasan
berkenaan menemuinya terbaring di bahu jalan dalam keadaan
berlumuran darah selain meronta-ronta menahan kesakitan sambil meminta pertolongan.
Menurut sumber, lelaki yang menemuinya itu
kemudian bergegas membuat laporan di Pondok Polis Danau Kota, di sini, sebelum
sepasukan anggota polis dan ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian,
lelaki terbabit dikatakan masih kesakitan sambil memegang kemaluannya.

“Mangsa dilaporkan pengsan dipercayai kehilangan banyak
darah ketika usaha mengangkatnya masuk ke dalam ambulans untuk dibawa
 ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), bagi mendapatkan rawatan,” katanya.
Difahamkan, pihak berkuasa turut menemui sebilah pisau
di lokasi kejadian dipercayai senjata digunakannya untuk memotong kemaluannya.

Menurut sumber, sebaik tiba di hospital, pembedahan
segera dilakukan untuk menyambungkan alat sulit mangsa.
“Pembedahan yang memakan masa hampir dua
jam itu dilapor membuahkan hasil apabila alat sulit lelaki terbabit berjaya disambung.

“Difahamkan, biarpun alat sulitnya itu berjaya disambungkan,
kemungkinan kemaluannya pulih seperti sedia kala adalah tipis,” katanya.

Mangsa yang kini ditahan di wad di hospital berkenaan
untuk rawatan susulan dilaporkan stabil dan difahamkan, selepas kecederaannya
 pulih, dia akan dirujukkan ke unit psikiatri bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, 
Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan
berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu pihaknya yakin tiada unsur
 jenayah dalam kejadian itu.
OMAIGOD........

asal dia kerat dia punya anu ekkk????ker awek dia komplain dia punya
anu tak cukup besar kot hehe...memandai jer aku buat spekulasi haha.....

tapi aku rasa mamat tu giler la,kalau waras idok la dia potong anu
dia dengan membuta tuli dan secukup rasa ajinomoto...




nota kaki busuk mu:
dari dok potong anu baik potong daging wat masak kicap sedap gak...

Monday, October 10, 2011

artis tutup aurat

assalamualaikum..

artis terkenal dengan keseksian dan keseksaan bila berpakaian,walaupun dah pergi haji empatpulohribu kali tak menghalang mereka berpakaian menjolok mata dan membutangkan mata si pelihat,contoh artis yang tak sedar diri kerepot serta kertu yang masih lagi berpakain tidak senonoh arah didi alias..


shit memang tua tak sedar diri bawak2 la bertaubat orang makin tua makin tutup dia makin tua open air wadepak....

artis yang tak disangka2 akan bertudung litup diana amir sungguh ku tak menduga beliau akhirnya membuat keputusan bertudung alhamdulillah nampaknya allah dah buka pintu hati dia...


dulu seksi maut


sekarang manis bertudung cun pula tu...

aku tertarik dengan video kat bawah ni korang tengok la sendiri kesopan artis kita...

kan bagus kalau artis kita semua berpakaian sopan santun,berjubah bertudung litup semua nampak manis sejuk mata memandang,tapi dikalangan mereka2 itu masih lagi jahil walaupun ada yang dah bergelar hajah mmmmm...




nota kaki busuk mu:
semoga mereka diberi hidayah


                                                         

Saturday, October 8, 2011

bayi 23 hari diliwat


GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.
Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. 
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

kesian baby tu gila punya bapak,ni la kalau hidup tu bertuhankan nafsu berimakan setan perangai jadi macam hantu,sampai hati dia buat anak dia camtu tak ada belas kesian kat anak dia darah daging dia sendiri,aku tak dapat bayang macam mana la keadaan baby tu..untuk pengetahuan semua baby tu dalam keadaan kritikal kesiankan????babi punya jantan cis sial la puihhhhh...

agak-agaknya hukuman apa yang sesuai untuk orang macam ni...
A . SULA

B . BUNUH

C . REJAM SAMPAI MAMPOS

D . POTONG ANU DIA 


kalau aku,aku pilih sula sebab aku nak dia rasa apa yang anak dia rasa,rasakan bertapa peritnya kena sula macam tu la baby tu rasa!sobsobsob sedih mengenangkan baby tu dunia akhir zaman macam-macam benda pelik berlaku!



nota kaki busuk mu:
sayangi la anak anda


Thursday, October 6, 2011

perigi mencari timba

assalamualaikum..

dimalam hari yang indah sejuk salju mata memandang dengan angin sepoi2 bahasa tu tanda malam ni hujan kot bestnya tido tak kuat iman comfirm subuh terbabas...

dimalam yang indah ini rasa2nya nak bercerita pasal perigi mencari timba,tak salah kot perigi mencari timba sebab ni kan zaman moden harus la anda ada keberanian dan sifat kekentalan dalam jiwa jika anda semua ingin menjadi perigi harus la anda menjadi perigi buta supaya andai berlaku penolakan oleh timba harus la anda membutakan mata dengan sekadar segera...

selain membutakan mata harus la anda mengtembokkan muka anda seteguh tembok china supaya dikemudian hari tidak berasa malu apabila bertemu dengan timba,harus la kita buat muka selamba badak dan buat2 tak tahu baru hidup bahagia aman sentosa...

selain mengtembokkan muka harus ada sifat menerima ketentuan jika berlaku penolakan jangan jadi manusia psiko sampai sanggup buat apa saje dalam kata lain buat jahat contohnya,santau atau seangkatan denganny,oh rasa macam doktor fadilah kamsah pula malam ni..







nota kaki busuk mu:
berterus terang jer kalau dah suka orang tu dia tak suka kita gasak ar betul tak???

Tuesday, October 4, 2011

semoga allah membalas kejahilan mereka-meraka ini....

assalamualaikum...
kepada semua umat islam harus la anda semua menyebarkan gambar ini dengan seikhlas hati zahir dan batin untuk mempertahan agama kita iaitu agama islam,sebagai orang yang beragama islam aku rasa sangat terhina dengan perbuatan mereka2 yang perangai macam babi hutan,siapa agaknya yang tergamak buat patung lilin sebegini rupa ni...

tolong sebar kan benda nie sekiranya kamu adalah org islam.......di amerika ada sebuah museum wax (museum lilin) dan mereka telah membuat 1 model manusia —ape nk jdi dgn mereka nie ..












nota kaki busuk mu:
amerika memang sial babi 

Sunday, October 2, 2011

citer korea memang mengharukan...

assalamualaikum..
semua orang suka tengok drama korea termasuk la aku tapi kebanyakan yang suka layan drama korea adalah kaum hawa yang sangat lembut jiwanya.aku sendiri pun pelik apa menarik sangat citer korea ni sampai buat kita semua sangat taksub,mungkin sebab hero dia yang hemsem kacak bergaya yang buat kita tertarik nak tengok citer korea..

antara drama korea yang sangat popular:
my girl
boy before flower
secret garden
winter sonata
stairway to heaven
prince cofee
auntum in my heart
my love patzzi

sebenarnya banyak lagi drama korea yang best2 tapi senarai2 kat atas antara yang popular sekarang ni,memang layan ar drama diorang ni tak boring jalan cerita pun best,tapikan citer korea ni asal miskin jer mesti perempuan memang miskin tahap tapir ar yang laki kaya harta 7 keturunan tak habis tak patut...tak patut...

indon pun sama asal miskin jer mesti perempuan lepas tu yang jadi jahat macam lahanat pun mesti perempuan tapi aku tak layan citer indon berbelik2 tahun depan pun belum tentu habis boring2.kalau citer korea ni dia punya episod paling banyak 25 episod jer paling pendek 16 episod tu  yang sanggup tak makan tak minum ngadap laptop lepas tu nangis tang bab sedih2 hukhukhuk....biasa la perempuan kami mempunyai jiwa yang sangat sensitif terutama sekali kalau laki tu tiba2 jer tinggalkan perempuan eeee....mencik...mencik..heeee

 ensemnya......mamat ni hero korea yang paling aku minat...hyun bin oppa sarangheyo hikhikhik..
dia tetap no 1 dihatiku.selain berlakon dia pandai nyanyi boleh tahan juga suara dia jatuh cinta buat kali seratusempatpulohribu....

si comey ni jang jung seuk susah kot nak eja nama entah betul ke tak aku eja nama dia hehe...kau no 2 bertahta dihati ku sarangheyo muahhhh...gediknya!!dia pun pandai nyanyi...





si ensem yang jatuh np 3 bertahta dihati ku lee dong wook siyes hensem giler khinzir,kulit muka putih bersih suci dan murni...tak tido malam aku hari ni!!!


aku suka laki mata sepet tak tahu nape semenjak dulu kala lagi aku minat giler dengan laki mata sepet aku rasa laki mata sepet ni seksi dan hot hikhik gediknya!tapi cik abe saya tak sepet heeee....berangan lagi!








nota kaki busuk mu:
hero korea romantik hero melayu mancho jer lebih

Saturday, October 1, 2011

gilosssss....gay pop

hukhukhuk...siapa diorang tak kenal pun ingat gay korea mana tadi rupa artis malaysia hikhikhik
awwrrrr...i like

korang kat luar suka la tu jambu2 camni eeee...please hensem lagi cik abe sayo hikhikhik gediknya awrrrr..
lagu kat bawah ni lagi best awrrrr...i suka