tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Saturday, December 8, 2012

sebulan blog sepi tanpa kata

salam satu malaya sebulan kot blog aku sepi gara_gara laptop aku jahanam sedih tak payah citer la der aku rasa nak sepak muka sendiri sebab aku tak mampu repair laptop ku itu pergi tanya kat kedai semua bantai rega rasa nak terkeluar halkum mahai woi T_T

entah bila lagi aku dapat bersuka riang ria dihari raya diblog ku ini update blog pon pinjam hakak aku punya tab nak beli tak mampu maklum la aku kan miskin tegar heeeeee......

tak tahu ler bila lagi dapat update blog macam dulu-dulu oh sedihnya hati ini dah la tak dapet jalan-jalan cari makan dekat blog korang yang best itu sobsobsob anybody yang singgah sini terima kasih kenang la daku dalam doa kalian semua bye semua tata.......

Sunday, October 28, 2012

selamat hari raya aidiladha...

assalamualaikum...

hai semua aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya adiladha,hari selasa hari tu aku balik kampung naik bas pukul 8 malam sampai kampung 4.30 pagi otak aku sampai skang macam tak betul toing...toing pening naik bas atau pening terlebih makan daging entah la bedah...

semalam naik bas lagi macam kelantan ke shah alam macam sejam jer dengan slamber naik bas padahal cuti dua tiga hari jer bukan ape tak best ar raya kat shah alam takde feel langsung raya macam tak raya tak meriah langsung mungkin orang selangor tak beraya kot,kat kelantan best kenduri sana sini makan daging rasa macam nak termuntah tapi seronok tak caya sila beraya di kelate atau pon korang kawen jer dengan orang kelate sure tak nyesal hehehe...

hari ni aku kerja yang paling tak best keje seorang diri orang lain cuti hakpuiii nyampah tapi esok cuti lagi yeyyyy...boleh main masak-masak lagi,kemas bilik yang paling penting sekali dah dua minggu aku tak kemas bilik kerana kesibukan yang amat dashyat ok la bye panjang pulok aku merapu bye selamat hari raya aidiladha makan daging kenang daku dalam doa mu...



Monday, October 22, 2012

nikon 1 yang menawan kolbu

assalamualaikum....

hari aku nak cerita pasal camera,aku ni jenis giler camera dan suke bergambar syok sendiri budget ko lawa sangat lebih kurang la,semenjak dua menjak ni aku terpikat dengan nikon 1 siyes camera tu smart,anggun dan menawan kolbu sampai lalu dekat depan kedai camera terus mata terpaku kat situ,statik macam aku sorang jer kat situ nasib baik air liur tak meleleh....


tu dia merah menyala membara semangat waja kuning berdaulat payung negara,biru perpaduan kami semua....


pink pon ada atoi tapi pink ni terlampau gegurl sangat tapi comey kan adusssshhh dush..dush..dush rasa nak tumbuk muka sendiri!!!!


putih pon smart juga sesuai dengan jiwa ku yang putih bersih lagi suci agegegege.....

tapi...tapi...tapi...aku hanya mampu berangan nak beli memang aku tak mampu cuci mata jer la mahal kot satu set dekat 3 ribu haktuiiiii...ya ampun!!!!rega dia lebih kurang dslr tapi camera dslr aku tak baper suke sebab besar gabak aku tak suke bawak benda yang menyusahkan hidup aku nikon 1 ni kecik comey jer boleh la aku sumbat kat dalam beg gabak aku baru rock...

sesape nak masuk minang i sila bagi i camera ni i tak suke cincin sebab i tak suka pakai cincin hehehe...ok bye

Sunday, October 21, 2012

kelate jogho....pialo malaysia gomo kelate gomo

assalamualaikum...

alhamdulillah....alhamdulillah...syukur padamu ya allah atas segala nikmat dan kemenangan yang telah engkau berikan perghhhhh ayat macam aku pulok main bola hehe...

apa-apa pon tahniah diucapkan buat pasukan negeri kawe yang sememangnya tidak dapat dinafikan kehebatan walaupon macam-macam kutukan,hinaan dan makian ada puok kawe kisoh hokaloh...

tapi bola malam ni the best sejuk kaki tangan aku tulang belulang macam nak reput dah nebes giler tapi alhamdulillah berkat kesungguhan pemain menunjukkan kehebatan memang terserlah malam ni kita boleh nampak kesungguhan masing-masing nak menang memang terbaek...

http://1.bp.blogspot.com/-uAbOD3g3JzI/ThBAzmiqTjI/AAAAAAAAASw/ePt9CA-KkBU/s1600/tahniah+red+warriors.jpg
gambar cilok kat blog seperti yang tertera kat image mintak halal ekkk...heeee

kepada atm usah la engkau bersedih dan menangis teresak-esak tak macho la kata tentera??? tahun depan cuba lagi mana tahu rezeki korang pulok kan....

ok bye kawe nak tido dengan lenanya gud nite gomo kelate gomo bye i lap u all....






Tuesday, October 16, 2012

mamat sakit jiwa...

assalamualaikum...




Sejujurnya, sedih dan terkilan dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang mengaku telah merdeka jiwanya tetapi pada masa yang sama tetap bodoh dan bebal menghina rakyat Kelantan tanpa ada sekelumit perasaan malu.

Terbaru, seorang tutor sambilan di UTM, Skudai yang bernama Shafie Rosli dari Johor menghina seluruh rakyat Kelantan . Benarlah orang kata, walau setinggi mana pun belajar tetapi ditakdirkan oleh Tuhan untuk menjadi 'bodoh' tetap juga membawa 'kebodohan' nya kemana-mana walaupun menyambung pengajian peringkat PHD pada umur 25 tahun.

Kepada Shafie Rosli, kami seluruh warga Kelantan mendoakan anda supaya anda selamat. Doa orang yang dizalimi dan disakiti insyallah didengar olehNya. Mungkin ujian awal Allah adalah memberi kamu 'kebijaksanan' menyambung PHD pada umur 25tahun. Tapi hari esok belum pasti.

Melaungkan 'say NO to fanaticim' , tetapi diri sendiri yang terlalu bebal dengan fanaticm. Inilah contoh manusia yang paling bongkak yang pernah kami jumpa.

Ngaji tinggi-tinggi , tapi bodo bertingkat-tingkat.

"Anda boleh membunuh 100 pemuda Kelantan, tetapi anda belum tentu mampu membunuh 1 jiwa pemuda Kelantan "

Ayuh share dan sebarkan 'kecerdikan' seorang tutor sambilan dari UTM ,Skudai ini.

Monday, October 15, 2012

pura-pura rajin

assalamualaikum...

hai uolssss...hari ni aku cuti bosan sungguh kalau time-time cuti macam ni kalau tak ada aktiviti yang boleh meransang otak serta minda aku ni jenis tak boleh duduk diam kena juga buat keje walaupon cuti so hari ni aku pon pura-pura rajin memasak dan boleh dikatakan hari ni aku terlebih rajin dari biasa...

juadah hari ni udang masak lemak putih tapi tak putih pasal air udang tu keluar dah rupa macam udang masak lemak kunyit pulok aiseyman tapi takpe yang penting sedap eh sedap ker?????

juadah kedua puding kastard untuk dessert ewah siap dessert bagai dan aku sure mesti kakak aku terkejut hari ni sebab aku terlebih rajin hehehe....

ok bye...

Sunday, October 14, 2012

boring-boring layan gak....

assalamualaikum...

salam satu kelate ahakksss...kelate mara ke final tapi perkara yang aku nak bebel tiada kaitan dengan bola hehe...

tadi aku baru jer lepas tengok cerita 29 februari dan untuk 3 hari dua-dua filem yang kurang mendapat sambutan tak rugi pon kalau korang tak tengok sebab dua-dua busannnnn...


siyes cerita boring tapi aku tengok gak sebab ada remy ishak ehem remy dah single hahaha...jom kawen!!!!



untuk 3 hari boleh la sekadar hiburan dikala kebosanan melanda jiwa dan ketika jiwa sedang ingin bercinta...hikhikhik terlebey gedik pulok...

kalau korang nak tengok korang tekan sini tak payah membazir langgan astro first.....ok bye selamat menonton.....


Monday, October 8, 2012

mungkinkah situasi ini akan berulang...

assalamualaikum...

entry ditengahari disaat ini aku tengah kelaparan tetiba timbul ilham nak menulis walaupon bakat menulis ke longkang iyer aku ngaku aku fail bab mengarang ayat seketul dua ketul tapi bila ilham tu datang tangan tak boleh duduk diam otak pon mula berfungsi macam enjin mesin rumput...over kan????

seperti yang anda ada ketahui kelate sedang menuju dan sedang menghampiri puncak piala malaysia   mampukah kelate mara ke final????nantikan hari jumaat nanti kelate lawan selangor....

yak kelih boktan gambar gelap pulok

mungkin situasi diatas akan berulang lagi????mungkin kalau kelate bermain secara bersungguh-sungguh tsunami merah akan melanda bukit jalil sekali lagi

mungkinkah kelate akan mara ke final atau pon tidak?????tibo-tibo ambo raso kenaling

mungkinkah ambo akan menghadirkan diri dibukit jalil sekali lagi???kalau kelate mara ke final mungkinlah aku pergi tapi kalau bos tak bagi cuti harapan la!!!!harapan,harapan menjadi layu ingin ku bahagia bersama mengapai piala malaysia bersama selamanya....

mungkinkah aku aku akan pergi stadium shah alam hari jumaat ni?mungkin kot sebab dekat dengan rumah...

baper banyak mungkin la aku ni ok la lapar nak makan dah la dok sorang kat rumah tiada berteman sobsobsob...sedih nak keluar kereta kena rembat atoi bosan.....k bye gomo kelate gomo






Friday, October 5, 2012

Awak awk yg SINGGLE..aminkn DOA ni:-)

assalamualaikum...



YA ALLAH..
Jadikan DIRIKU wanita yg SOLEHAH..
Yg baik diantara yg TERBAIK..
Dan kurniakn diri ku PENDAMPING yg BAIK..
Dalam mendapat sesuatu yg TERBAIK dariMU

AMIN YA ROBBAL A'LAMIN..





Saturday, September 29, 2012

aku nak pergi sini....

assalamualaikum...



 aku nak pergi sini halong bay gila cantek menarik tertarik ko memang buat aku berangan diawan awangan...aku suka tempat-tempat macam ni tengok la suatu hari nanti aku akan sampai juga kat sini tapi banyak tempat kat dunia tempat yang paling indah dan teringin nak pergi sini...


semua orang nak pergi sini tak kira sekali seumur hidup pon tapi buat masa sekarang aku belum mampu lagi untungkan sesetengah orang muda-muda lagi dah sampai mekah sangat-sangat beruntung...masa bulan puasa hari tu aku mimpi aku pergi mekah dan rasa macam betul-betul dok depan kaabah masa aku cuba nak sentuh kaabah tiba-tiba jer aku tersedar dari mimpi tu terus meleleh airmata aku apakah petanda aku akan sampai sini suatu hari nanti insyallah...

dulu aku berangan nak pergi medan nak pergi lake toba,lepas tu berangan-angan nak shopping bagai kat jakarta bandung ,lepas tu berangan-angan lagi nak pergi phuket dan berangan lagi nak pergi bali dan alhamdulillah angan-angan aku jadi kenyataan...heaven giler...

medan 2009 seronok giler macam mimpi jer dah sampai sini...


2010 pergi bandung syok giler shopping tempat paling best untuk kaki shopping dan mengurangkan kadar simpanan tahunan anda hehe...

2011 phuket tempat yang sesuai untuk bersantai dan cuci mata tengok mat salleh pakai seluar kecik tergugat iman..hahaha

2012 bali walawei tempat sesuai untuk berhornymoon hakhakhak tapi saya tidak pergi berhornymoon tapi berjalan-jalan menghabiskan duit bonus ku....pakai selipar jamban jalan-jalan dibali adalah sangat indah jadi tiru la macam saya...ok bye...







Wednesday, September 26, 2012

tolong berhenti merokok....

asalamualaikum...

hari ni nak berkempen sikit pasal kesan merokok diharap lepas anda semua menonton video yang bakal aku paparkan kat bawah nanti memberi inspirasi serta keinsafan untuk berhenti merokok..

aku ni jenis suka membaca dan suka cari info-info pasal penyakit terutama sekali kanser sebab kanser ni penyakit nombor satu yang membunuh manusia seantaro dunia antara kanser yang kerap menyinggah badan manusia ni kanser paru-paru so tolong berhenti merokok aku rasa tak rugi kot kalau korang berhenti merokok,rokok boleh beli dimana-mana jer tapi nyawa ko nak beli kat mana kat pasar malam???

video kat bawah ni dia akan tunjuk kat kita paru-paru orang tak merokok dengan orang merokok...
so layan..

rasa-rasanya korang nak merokok lagi tak lepas tengok video ni????fikir-fikirkan dan renung-renungkan kbai selamat malam indahnya meyedut udara tanpa asap rokok ngehngehngeh...

Monday, September 24, 2012

segmen main makeup-makeup budget park bom

asalamualaikum...

hai uollssss...hari ni aku cuti tapi boring tak tahu nak buat ape nak tido macam tak boleh tido pasal semalam aku tido awal so pagi ni awal-awal lagi dah sedar tapi buat-buat tak sedarkan diri sebab berlingkar macam ular sawa adalah sesaatu yang indah takkala cuti mendatang...

memandang tak ada keje penting nak buat aku dok belek-belek majalah pasal makeup-makeup tetiba aku terpandang artis korea park bom yang comey itieww makeup dia super ohsem comey simple sebab aku suka jenis makeup yang simple and nampak natural so aku pon try la makeup ala-ala dia walaupon takde secantek dia tapi okey la...pasal aku ni bukan pro sangat bab-bab makeup setakat nak makeup muka sendiri ok la...makanya inilah hasilnya korean sangat kihkihkih...

hai saya park bang bang bom...adakah saya comey???haha...

nak belajar makeup macam park bom ni korang boleh tengok video kat bawah ni..


ok bye 난 당신을 사랑....


Sunday, September 23, 2012

jenis-jenis kedekut

assalamualaikum...

hai uolsss...how are u????aku ok jer tapi semenjak akhir-akhir aku bizi tahap gilerrrr vavi kerja membukit-bukit aku terpaksa mendakinya secara perlahan-lahan memandangkan aku tak ada staf aku kerja dua orang  jer yang sorang lagi tu staf pinjaman tanpa cengkeram,masalah sekarang ni kerja yang ada sekarang ni memerlukan tenaga empat manusia yang cekal serta tenaga batin yang tinggi serta tenaga-tenaga yang sewaktu dengannya...stop bebeling!!!

ok kita setat cerita jenis-jenis kedekut,manusia dikurniakan macam-macam jenis sifat antara sifat-sifat manusia yang aku tak suka adalah kedekut,ada banyak ketegori kedekut antaranya adalah seperti berikut..

1)kedekut tahi hidung masin
   kedekut tahi hidung masin ni antara jenis-jenis kedekut yang paling teruk la sebab orang selalu     sebut "jenab anak pak mail senget tu kedekut tahi idung masin"maknanya dalam hal ni orang yang cakap tu pernah rasa tahi hidung si jenab tu sebab tu dia tahu tahi hidung jenab tu masin

2)kedekut macam haji bakhil
   kedekut ni ok jer tak tahu nak istilah ape disebabkan haji bakhil tu kedekut semua manusia yang jenis kedekut ni disamakan dengan haji bakhil

3)kedekut nak mampos atau bahasa sopan mati
   sebab-sebab dia kedekut nak mampos mungkin sebab dia nak simpan duit dia untuk hari mati beliau sebab tu dia kedekut nak mampos...

4)kedekut pahhhit''...sila baca dengan mengunakan sabdu
   orang kelate selalu cakap "oloh kedekut pahhit' nate ni:" mungkin kedekut jenis ni orang yang menghadapinya pernah mengalami pengalaman pahit...

aku buat entry pasal kedekut ni bukan ape aku ada kawan ya allah dia punya kedekut aku tak tahu nak ketegori kan apa ko bayangkan aku naik kereta hari-hari pergi kerja dengan dia minyak jauh sekali la nak isikan padahal dia bawak gak kereta tu minta duit nak bayar toll sehengget pon boleh dia buat tak tahu oppssss...entah la semoga allah lembut-lembutkan hati dia supaya memahami kesusahan orang lain!!!!




kengkawan semua jom like page ichaa arissa collection kita shopping secara berjemaah disana ok bye...

Monday, September 17, 2012

hilang kegagahan hero-hero avanger

assalamualaikum...

hai uolsss...masa ingat aku,aku macam ni la time-time rajin baru update blog tengok mood dan keadaan semasa kalau malas semua benda malas nak buat nak berak pon malas penyakit malas ni takde ubat melainkan kita buat-buat rajin apa aku merepek ni????

korang kenal siapa meraka ini hero berkuasa yang mancho dan gagah perkasa dalam banyak hero avanger ni aku paling suka thor dia sangat seksi dengan tukulnya yang hebat itiewww....tapi dalam video yang bakal dipaparkan dibawah ini thor tetiba jer macam awrrrr...awrrr...awwrrr sumpah kelakar jom layan....hehehe

esok aku nak restoren barra tetiba jer restoren barra popular...

restoran barra seksyen 7 shah alam....jom serbu makan nasi goreng ayam barra anda akan jadi barraian...huehuehue..ok bye













jom like ramai page ni jom borong tudung lawa dan rega sangat 
berpatutan...





Sunday, September 9, 2012

jom beli tudung lawa-lawa

assalamualaikum....

hai uolsss yang cun yang comey yang ensem dan jambu uollss sihat iolssss sihat tapi bizi sikit semenjak bergelar business women berjaya ni kan ewah poyo gitiewww....

sekarang ni aku ada buat business kecil-kecilan jual tudung bawal yang cun yang cantek yang menawan kolbu setakat ni alhamdulillah sambutan mengalakan terutama dari kalangan kengkawan aku siap suruh diorang promote lagi nak buat business kena la buat muka tak tahu malu baru berjaya moto terbaru hidup aku...

so kalau korang nak tengok tudung cun-cun macam gambar kat bawah pergi ler reramai klik like page ichaa arissa collection ni,nama nak glamer-glamer gitiewwww konon-konon artis la kan hakpuiiii....



ni antara koleksi tudung yang aku jual kalau berminat nak beli like page ichaa arissa collection reramai ekkkk...ok bye uolssss!!!

Sunday, September 2, 2012

bila malaysia nak ada sleeping bus...????

assalamualaikum...

hai uollssss...hari ni macam rajin jer nak membebel padahal kalau hujung minggu macam ni jarang orang update blog konon cuti kan aku tak cuti keje memanjang tapi esok cuti yeyyyyy...

hari ni aku nak cerita pasal bas,kenapa aku nak cerita pasal bas sebab aku suka naik bas, biasa la kan aku ni golongan manusia berpendapatan cukup-cukup makan makanya bas jer ler aku mampu naik kapal terbang setahun sekali boleh ler kali 3 kali setahun mahu rabak handbag aku...

bas ada macam-macam jenis bas tapi kat malaysia ni buat masa sekarang jenis bas yang paling popular bas dua tingkat aku memang suka naik bas dua tingkat seronok,korang pernah dengar tak sleeping bas???tapi kat malaysia rasanya belum wujud lagi bas sedemikian rupa kalau ada awal-awal lagi aku pergi beli tiket tapi buat masa sekarang belum ada lagi agak-agaknya bila la malaysia nak ada sleeping bas...



syok kan kalau ada bas macam ni sesuai untuk perjalanan jauh terutama sekali untuk orang kampung jauh macam aku ni 15 jam pon aku sanggup duduk kalau ada bas macam ni kat malaysia aku harap coming soon ada ler bas macam ni rupa...


memang terbaek ar boleh baring tak ada rasa sakit-sakit badan bila naik bas syok jer,kepada syarikat bas tolong bas macam ni aku nak bas macam ni diulangi aku nak bas macam ni....kbai maju la bas untuk negara...














Friday, August 31, 2012

aidilfitri 2012

assalamualaikum...

hai uollsss...lama aku menyepikan diri akibat kebizian plus malas plus tak baper nak sihat spoil betul asal raya jer mesti demam aku tak paham betul sebab utama demam aku tak tahan panas maklum la lahir kat kutub utara cuaca perghhhh giler panas memang tak menahan maklum la duduk kat kat shah alam 24 jam aircond balik kampung kipas pasang nombor 5 tu tak mampu menyejukan suasana panas sungguh...

sebelum aku mulakan cerita pasal raya aku nak mulakan cerita episod balik kampung sangat menakjubkan 12 jam aku dalam bas ko bayangkan 12 jam dalam bas tak pernah seumor hidup aku 12 jam dalam bas aku rasa macam nak kena sawan plus meroyan dok dalam bas lama sangat penat tak payah cakap ler,dah ler bas lambat sepatutnya aku naik bas 8.30pm tapi lubang exzos bas pon aku tak nampak risau juga sebab aku naik bas tambahan mana tahu diorang tipu ker apa tapi alhmadulillah 3 jam melangut kat bas stand akhirnya bas sampai pukul 10 malam naik bas pukul 10 pagi besoknya sampai kampung kematu bontot aku,sampai jer rumah kroohhh sambung tido dengan shahdunya orang lain sibuk bersilat kat dapur aku membuta memang terbaek raya tahun ni...

habis part balik kampung kita cerita pasal raya pulok raya tahun ktorang decide nak pakai kaler grey walaupon ada segelintir yang tak nak pakai kaler grey heheheh tapi orang tu kena la redha ahli-ahli lembaga famly dah sebulat suara nak kaler grey cantek per tak caya ini buktinya...



dah lama dah aku mengidam nak pakai kaler grey akhirnya terlaksana sudah tahun depan aku dah hasut dah lembaga famly pakai kaler merah pulok kalau dah semua setuju aku on jer heheheh...tapi tahun ni kurang meriah sikit sebab ada yang tak balik sebab tuntutan keje takpe ler tahun depan insyallah semua balik

adik beradik ku dan anak buah ku...

famly akak ku gambar semua stok gegar kurang vitamin kot hahaha...

famly abang ku tahun ni berempat tahun depan berlima pulok...

famly abang ku bersama-sama 4 anak daranya...

gambar ku macam pengantin perempuan yang tengah tunggu akad nikah gitu kahkahkah..

dan lagi sopan santun tak hengat...

kanak-kanak riang yang sedang kira duit raya....

kami adik beradik gojes..

last sekali aku yang gojes dan single hakpuiiii...

ok bye selamat hari raya dan happy merdeka day...merdeka...merdeka...merdeka....

Friday, August 17, 2012

selamat menyambut hari raya semua...

assalamualaikum...



hai uollss....hari ni aku akan balik kampung  so hari ni dah start cuti malam ni berdesup naik bas balik kampung tak sabar nak tunggu 8.30 malam ni pasir mas sedang melambai-lambai eila balik la cepat aku rindu ko kahkahkah...

so dihari baik bulan baik ni aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin untuk semua kengkawan,sehabat handai yang di sayangi dan untuk semua followers serta orang-orang yang sedang baca blog aku yang tak baper nak hebat ni,makan ketupat tu jangan over sangat satu lagi drive keta sila berhati-hati ingat la orang tersayang jangan dok tergopoh gapah drive bagai nak giler kan kampung kemana korang kemana tak gitu sape setuju jerit hauhauhau...

terima la lagu raya paberet aku khas untuk semua bye selamat hari raya semua i labieu....
satu lagi jemput la datang umah dan jangan main mercun...kbai



Saturday, August 11, 2012

iklan menyentuh hati seluruh rakyat malaysia

assalamualaikum...

hai uollss...sudah sepurnama aku tak menjengah blog sendiri akibat kebizian membuat persiapan raya konon padahal malas maklum la kan nak raya mood raya mengatasi segala-galanya tu sebabnya blog sendiri terabai tapi insyallah lepas raya kan ku seru kembali mood  rajin mengarang ayat 10 kerat selagi terdaya dan ideal menjengah kepala hotak aku yang tepu serta gebu..

aku tahu semua orang dok sibuk cerita pasal iklan beras bernas yang menyentuh hati dan sanubari limpa paru-paru,buah pinggan dan usus kecil dan usus besar dan aku yakin semua orang buat entry pasal iklan ni aku nak menempal juga la buat entry pasal iklan beras bernas ni...sedih memang sedih tapi dah nasib diorang kita patut bersyukur sebab masih ada mak dan ayah tapi kadang-kadang kita alpa dengan kehidupan duniawi sampai kadang-kadang  kita lupa kat mak ayah kita yang sentiasa menanti kan kita sementara hayat kedua-dua orang tua kita ada jaga la meraka sayangi la meraka dengan sepenuh hati dan sentiasa hargai pengorbana kedua-dua ibu dan ayah kita betul tak tiba-tiba jer rasa macam nak nangis T_T .....

sedih kan asal iklan raya mesti ada part-part menyentuh hati macam ni,tujuan utama iklan ni opkos la untuk sedarkan kita dalam kita bergembira mesti ada yang berduka eh macam lagu la pulok biasa la manusia bila bab raya semangat tak bleh blah tapi kalau bab puasa macam nak kena hukum bunuh hakpuiii.....ok la uollss selamat berpuasa dan selamat hari raya tak sabar nak raya nak balik kampung peluk cium mak ayah nak mintak ampun banyak-banyak...ok bye!!!


nota bulan ramadan:

Thursday, August 2, 2012

disebalik kejayaan mereka...

assalamualaikum...

hai uolssss...everybodiesss yang singgah sini and follow mollow blog aiii tenkiussss terharusss iolsss,sekarang kan tengah sukan olimpik kan yang menduduki carta kutipan pingat macam salah jer aku eja pingat adalah negara china so macam yang anda semua ketahui disebalik kejayaan meraka ini ada terselit penderitaan kesengsaraan,kemarahan,kekejaman  yang melampau batas manusia tapi betul ape sebelum kita berjaya kita akan melalui banyak rintangan dan kesakitan baru kejayaan akan mengiringi kita kelak pergghhh ayat sastera tak hengat...


lihat la muka adik-adik comey ni kesian diorang kan kalau aku memang tak sanggup kot nak buat macam ni, kat malaysia tak bleh buat camni... cikgu baru tarik telinga mak bapak dah sibuk usung lawyer kehulu ke hilir....betul tak??? aku dulu kalau kena rotan dengan cikgu takut kot nak cakap dengan mak bapak aku mau kena semak down kat bapak aku haha...

apa la perasaan mak bapak diorang bila tengok anak diorang diperlakukan sedemikian rupa mungkin kat negara china cara diorang buat latihan style berlatih sampai mampos asalkan berjaya moto kejayaan meraka so no wonder la ahli-ahli sukan dari negara china hebat-hebat semuanya,mungkin hanya dengan jadi atlet terbaik baru mampu menjamin kehidupan yang lebih baik untuk keluarga.. sebab  tu mereka sanggup... bersusah-susah  dulu bersenang-senang kemudian... kalau tanpa sebab kukuh tak mungkin ibubapa mereka
benarkan anak-anak diorang diperlakukn sedemikian rupa tak gitu ahli dewan rakyat???

jom layan video kat bawah ni nak nangis aku tengok sabar iyer adik-adik kejayaan akan sentiasa mengiringi mu kelak...
ok bye...selamat menunaikan ibadat puasa siapa puasa angkat tangan jerit hauhauhau...

Monday, July 30, 2012

puasa jangan tak puasa

assalamualaikum....

hai uollsss...dah 10 hari kita puasa tak lama lagi dah nak raya dah radio pon dah start pasang lagu raya gelojoh kan nampak sangat tak sabar nak raya,sebut pasal raya persiapan raya aku out off servic belum ada lagi budget untuk raya agak-agaknya bila la bos aku ni nak bagi duit raya hehe???tapi alhamdulillah tiket balik raya selamat berada dalam genggaman walaupon aku melilau cari tiket macam minah meroyan cuak giler kot aku pergi 5 kaunter semua dah habis mengelabah giler nasib baik ada lagi tu pon tiket bas tambahan belasah jer janji balik...

macam biasa la aku intro kalau tak panjang tak sah padahal aku nak share video ni jer serius kelakar korang tengok la sendiri kuikuikui....

wawa....kelakarnya ok bye puasa jangan tak puasa sesape puasa sila angkat tangan jerit hauhauhau....
sekali lagi siapa puasa sila angkat tangan jerit hauhauhau...




















nota bulan ramadan:
“Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (S.al-Baqarah:183)








Friday, July 27, 2012

lagu mengamit rasa

asalamualaikum..

hai uolllsss...sihat kerrrr????camner puasa hopefully semua okeysss jerrrr...kan???sebab setakat ni aku tak pernah lagi dengar orang mati sebab puasa tapi masih ada yang degil taknak puasa macam semalam aku pergi beli topup kat 7eleven tetiba masuk la mamat hot mata aku usha dia kahkahkah kurang pahala puasa aku sekali tak puasa kot beli air bunga-bunga cinta dengar rokok dunhill jadah pukul 10 pagi beli air terus cancel nak wat laki puiii...harap muka jer hensem wei bawak-bawak la taubat!!!

nampak gaya aku merapu nak lari tajuk dah ni ok bebeh back to tajuk in upstair on my english so hancusss...
lagu ni memang memberi sejuta memori terindah waktu jaman-jaman muda dulu sekarang pon muda lagi hehhehheh..
aku punya la minat dengan kumpulan ni siap gunting gambar penyanyi kumpulan ni sebab dia ensem lepas tu tampal kat fail sekali ustaz belek fail aku zasss dia merampas kebahagian hakiki ku lalu memulakan ceramah percuma beliau lalu aku terpaksa meredakan kepergian beliau yang kacak menawan kolbu hehe..itu kisah jaman dulu-dulu maklum budak-budak lagi..kerana lagu ni aku terus gilos bayang siap hafal kot lirik lepas tu salin kat buku kahkahkkah kelakar giler bila ingat balik...

arrrrrrrr...hesteria jap kahkahkah...bila dengar jer lagu mesti ingat masa zaman-zaman sekolah dulu,kerana zarul umbrella la aku siap gaduh dengan member sebab berebutkan si zarul ni kelakarkan macam la si zarul
pandang ko budusssss...kuikuikui..

ok bye semua selamat berpuasa dan bersahur jom layan lagu ni sampai lebam to zarul umbrella i always luv u kahkahkah...mampos kena lempang kat bini dia bye adios...







nota bulan ramadan:

"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum beberapa teguk air." (HR Tirmidzi)








Monday, July 23, 2012

ape masalah lu derrr????


asalamualaikum,
hai uolsss salam sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa,selamat berbuka,selamat berterawih serta selamat segala-galanya...

aku pelik la semenjak dua menjak ni ada orang yang macam tak puas hati dengan aku,ape kesalahan aku pon aku tak pasti nak kata aku ada sakitkan hati dia memang tak la kot sebab aku cakap dengan dia pon jarang-jarang sekali dalam sebulan ada la kot dua tiga kali ,nak kata buat kesalahan besar takde kot,so sekarang lantak ada aku kisah...

apa yang aku rasa sekarang ni cuma ketidakpuasan hati sebab aku asyik dok pikir apa aku dah buat aku ada curi harta benda die ke,ke dah tak suka aku tinggal kat sini ok fine aku boleh blah anytime nak halau lagi bagus sebab memang kau dah tak larat lagi nak duduk sini ngadap muka dia....

so sekarang aku cuma tunggu dan lihat apa akan terjadi selanjutnya bulan-bulan puasa malas aku nak pikir pasal hal remeh temeh ni masalah diri sendiri pon belum settle lagi ni nak kena pikir masalah orang memang tak ler derrr....!!!


"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."

nota ramadhan:
"Pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan dari petunjuk, memperbezakan antara hak dengan yang batil maka sesiapa yang hadir di antara kamu di bulan itu hendaklah ia berpuasa". 
Al-Baqarah, 2:185.

Saturday, July 21, 2012

selamat berpose

asalamualaikum...

hai uollss...terlebey dahulu sebelum aku merapu aku nak ucapkan selamat berpose untuk semua umat islam seluruh dunia tak kira dimana jua anda berada.

first day berpose alhamdulillah semuanya ok cuma masalah aku bila pose pagi-pagi tu mula la loya-loya,mual-mual mungkin sebab perut terkezut kot pagi-pagi buta membaham nasi lepas tak cukup tido terkebil-kebil seorang diri tiada teman disisi sadisnya ayat aku...

azam pose tahun ni aku nak menambahkan lagi amal ibadat macam pergi terawih ke kalau sempat malam ni sempat la sebab hari hujung minggu kereta tak banyak masa aku balik keje tadi so boleh la aku drif laju sikit kalau hari biasa nak drif nak cilok sana sini susah sikit pasal banyak keta.

azam kedua macam azam-azam tahun lepas aku nak turunkan berat badan aku sebab aku gemok,sangat tak best bila semua orang dok habak mai kat kita ko gemok....ko gemok....ko gemok...mimpi ngeri aku dengar so sempena ramadan ni kalau boleh dalam masa sebulan ni aku nak turunkan 5 kilo insyallah ewah 5 kilo tu caiyok...caiyok...

buka pose tadi aku makan buah konon diet la kan makan nasi pon sikit jer kuih muih pon sikit aku banyak makan buah dan minum air kosong air manis kalau boleh aku nak elakkan sebab tak bagus untuk kesihatan perut so kawan-kawan amalkan minum air kosong bergelen-gelen supaya nanti takde masalah sembelit sebab selalunya bulan pose kita kurang minum air kosong lalu terjadi la masalah sembelit yang membelenggu usus anda...



ok bye selamat berpuasa maaf zahir dan batin eh tetiba jer...


nota bulan ramadhan:

Allah berfirman yang maksudnya:
"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (s.al-A'raf:31) 

Monday, July 16, 2012

bertuah ker????

assalamualaikum....

fuyooooo bertuah anak mak satu malaysia kecoh awwrrrrr....


masalahnya bertuah kerrrrr??????


warning!!!!!!!!
entry ini tiada lansung unsur-unsur jeles,dengki,benci mau pon apa-apa jadah ok bye!!!

Wednesday, July 11, 2012

tak payah nak melucah sangat ler...

assalamualaikum...

hai uollss...i be back jarang sekali  update blog malas aku plus kegersangan ideal diotak lagi pon kita tak kejar glemer eh tetiba jer kan...

hari aku nak tayang iklan paling lucah kat malaysia ni aku tak paham la macam mana diorang kasi lepas iklan-iklan berunsur lucah camni cam gampang jer bongok.sial haktuiiii nak nak muntah darah aku tengok!!


ketat,rapat,kemut,bergetah gel gegetah cinta sila dapatkan dipasaran sure hebat diranjang puiiii namharommm...

yang paling tak bleh blah model kemain tutup aurat bagai tapi terjelir-jelir macam tengah sangap tak payah nak sangap sangat ler benci...benci...benci...menjatuhkan maruah sebagai wanita muslim macam bagus jer jadi model iklan camni apa nak jadi ler hamboi terlebey emo aku malam ni...




kbai uolsss.....

Monday, July 9, 2012

video poyo khairul fahmi aka apek....

assalamualaikum...

hai uolsss bersiaran lansung terus menerus dari rumah hari senin biasa aku cuti,hari ni aku just nak share video poyo apek nama baru dia apekesh adrawalaskeprr yang comey i like eeee....gediknya aku!!!





siyes poyo tahap cipan tapi pandai juga mamat ni berlakon tapi aku ada sedikit ketidak fahaman bila menonton video ini muskil aku apa yang diorang nak citer pon aku tak paham tapi lawak juga...so selamat menonton peace yoooo....bye

Saturday, July 7, 2012

kelate juara liga super 2012

assalamualaikum..

hai uollsss....hop... hop...horeeyy...tahniah kepada pasukan kelate idaman hati kerana telah berjaya menewaskan perak 6-0 ko hadoooo????apa-apa pon aku appy rasa nak nak lompat pergi peluk bojan hodak eh...hahaha...!!!

kepada pasukan perak deme jangan la dok bersedih atau kcewa telah ditakdirkan oleh allah korang kalah malam ni so lepas ni jurulatih kena buat post mortem korek apa kesilapan pasukan korang tapi yang paling ketara pertahanan fail bila pertahanan fail habis ar....ewah aku budget hebat sangat pasal bola ni hahaha....

yang paling tak bleh blah mad gaddar selalu jadi mangsa keadaan asyik kena belasah jer nasib mu la mad gaddar wei tapi apa-apa pon gaddar is the best bab gelecek bola,kacau bilaukan kubu lawan dia memang the best...

tahniah kelate ambo sokong sokmo tak kiro kaloh atau pon mene gomo kelate gomo....




jangan buat tak tahu pulok dennis oh pon sokong kelate haha....

k bye...

Wednesday, July 4, 2012

haiwan peliharaan pilihan anda

assalamualaikum..

aku adalah pencinta haiwan berbulu tak kisah la haiwan jenis ape yang penting dia berbulu, kalau berkulit sejuk-sejuk,lembik-lembik harap maap aku memang tak suka aku geli yang amat tengok dari jauh pon aku rasa nak pecut 1000 meter...

bintang peberet aku kucing tak kira la kucing jenis ape kucing kurap pon aku layan gak sebab kucing kurap dia tak mintak dia dijangkiti kurap tapi dah nasib sebab tak terbelakan so jangan ko layan kucing kurap macam kucing kurap potong kaki la,pijat kepala sampai bersepai paling dashyat letak dalam plastik campak kat lombong tu namanya zalim...

kat rumah akak aku pon ada dua ekor kucing dua-dua betina tapi malang sekali akak aku dah mandulkan kucing-kucing kat ruman ni sebab pertama taknak kasi beranak pinak,so bila dah beranak pinak tu makanan pon kena acap kali kena beli so pembelajaan makin besar lepas tu yang paling tak bleh blah berak bersepah...

kalau diberi pilihan aku teringin sangat nak bela anjing sebab pertama anjing ni dia cerdik sikit berbanding kucing,tapi malang sekali menatang anjing ni harom makanya kita pandang jer ler dari jauh nak usap-usap harap maap...


anda kena siapa dia ni la anjing paling cute kat seantero dunia dan sangat pemes siap facebook sejuta like uollssss....ko ade?????tak caya korang bukak pesbuk BOO 


alolo tomeynya dia....baby come to mama!!!!


boo bersama bffnya comey gak aku rasa macam nak gomo-gomo jer asal la ko comey sangat?????

bela bintang sebenarnya boleh jadi terapi tau terutama sekali time kita stress bila tengok telatah haiwan-haiwan comey kita rasa terhibur,dulu aku ada bela hamster tapi dah arwah dah sobsobsob...malas dah nak beli baru tak sanggup lagi rasa kehilangan....


aku teringin nak bela kucing berbulu putih hidung penyet camni comey kot...baby come to mama!!!

ok papai...




Sunday, July 1, 2012

masalah besar sedang melanda jiwa....

assalamualaikum...

hai uollsss....tetiba malam ni macam rajin jer nak menaip entry bagai ikutkan hati malas takde mood sebab sekarang aku tengah susah hati tahap mak lampir bile time dia sakit tekak....korang kenal tak siapa mak lampir tu???tak tahu google sendiri!!!

masalah aku sekarang ni sangat berat benda ni buat aku dalam dipersimpangan dilema,kepala aku ni tak henti-henti berdenyut tensen,stress dan sedih hari-hari berendam air mata kadang-kadang rasa nak pecah kepala memikirkan masalah yang sedang membelenggu ni..

sekarang ni aku tengah pikir nak cari keje partime sebab aku ada sikit masalah kewangan yang merundum,so sekarang aku kena juga berusaha cari keje partime tak kisah la keje ape yang penting halal...

masalah lain sekarang ni aku perlukan sorang staf dekat tempat keje aku dengan segera sebab ada staf nak berhenti dan sorang lagi staf si peah tu dia dah transfer ke HQ naik pangkat la kunun sebab ko naik pangkat aku yang jadi susah haktuiiii....

masalah lain aku nak kena cari rumah sewa dekat area tempat keje aku tu tapi masalah aku aku tak baper fimiliar sangat kawasan bukit tinggi klang kalau ada siapa yang tinggal dekat bukit tinggi yang ada kekosongan bilik sila roger aku sebab aku sangat terdesak tahap campanzi dah ni...

tak tahu bila masalah aku ni akan settle ikutkan hati nak resign jer lepas balik kampung buat bisnes sendiri keje dah 10 tahun tapi gaji emmmm...celah gigi!!!ok bye

Monday, June 25, 2012

syok gak layan dejavu dikinabalu...

assalamualaikum...

hai uoolsss...ambo kembali lagi dihari senin semenjak akhir-akhir ni malas sungguh aku nak berbelog bagai sebab otak aku agak bizi memikirkan benda lain so otak aku menjadi sangat malas untuk memikirkan benda-benda yang agak remeh temeh so banyak masa digunakan untuk melepak dan tido sambil membina lelemak dibadan...

ok back to the story sekarang ni kan mesti orang-orang kat luar tengah dok bizi tengok citer dejavu dikinabalu aku pon tak ketinggalan almaklum tiz eila sangat mememinati tiz zakiah so harus la aku pon tak ketinggalan macam orang-orang kat luar menonton drama yang sangat drama ni...so far drama ni memang best tambah-tambah aqasha dalam drama ni sangat kacak luar biasa terus jatuh cinta...

kxkXi dejavu di kinabalu sinopsis drama

untuk pengetahuan semua drama dejavu dikinabalu ni rupa-rupanya depa tiru drama korea summer scent rupanya ni la masalah orang melayu kita terlalu obses sangat dengan idea drama-drama negara luar kena report kat ZED ZAIDI ni kahkahkah....almaklum la zed zaidi ni kan anti sikit dengan orang-orang luar ni mana la tahu bila orang dok tiru drama korea kan dia sentap pulok...


gambar dari sumber http://behappybear.com

sibijik sejibong kot dejavu dikinabalu ni tiru citer summer scent ni tak cayo korang tengok sendiri cuma summer scent ni perempuan ni jual bunga pas tu bla..bla...bla korang baca la sinopsis kat bawah ni..



Synopsis summer scent

Starring: Song Seung Hun, Ryu Jin, Son Ye Jin, Han Ji Hye
Min Yu (Song Seung Hun) lost his first lover in an accident. When she dies, her heart is donated to Hui Yuan (Son Ye Jin), a high school student long suffering from heart problems. 3 years later, Hui Yuan is a professional florist with a bright and healthy personality. She is happily settled with her long-time boyfriend Zheng Zai (Ryu Jin). Min Yu comes back from overseas, but is still grieving over his first love. When Min Yu and Hui Yuan dramatically met in the hills while hiking, he takes care of her when she got hurt. The two returned home, and find out that they will be working on a project together renovating the Kara Hotel. Hui Yuan is mysteriously attracted to Min Yu although she still likes her boyfriend. Min Yu is able to see his first love's appearance in Hui Yuan, and believes that she is his second love. In this love triangle enters Zheng Zai's sister, who also falls in love with Min Yu. Like the scent of summer, the life of different people carry different obligations and attractions...


Synopsis  dejavu dikinabalu:



Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah
Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara
Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya
Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ
Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa



lebih kurang sama la tu kan memandai jer tiru drama korea tapi mungkin sama tapi tak serupa mungkin diorang ubah sikit jalan cerita dia..nanti aku nak tengol la cerita summer scent tu mesti best hero pon ensem awrrr.....i sukerrrr!!!!ok bye