tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Friday, March 30, 2012

demam melanda

assalamualaikum...

hari jumaat hari penghulu segala hari dan hari ini dalam sejarah perkerjaan ku aku telah ambek MC,sebelum ni harapan la aku nak ambek MC disebabkan aku ni pekerja harapan maka demam pon kena kerja T_T....

hari ni badan macam lemah semacam dah dua tiga hari dah badan macam tak sedap tekak aku sakit nak menelan pon susah nak pun kena makan benda yang lembut2 macam keutiew sup,bihun sup dan benda seangkatan dengan sup nasi ku pandang sepi disebabkan perit kat tekak ni..

makanya hari ni aku tekad pergi klinik sebab tak tahan sangat dah nak tido pun tak baper nak lelap,doktor tu check dia cakap aku demam,tekak aku ada infection sikit so dia bagi segala mendalah ubat yang paling aku benci dan tak suka...

macam2 jenis ubat doktor ni bagi ada ubat kemam sampai habis,antibiotik,ubat demam jenuh2.....



ubat ni paling tak sedap nasib baik dia buat kumur2 jer nak suruh aku minum harapan ler terrrr...
eeeee.....serius tak sedap sedap sikit jer dari air longkang erkkkk macam la pernah minum air longkang!!!!


ok bye nak rehat esok dah keje tadi pon bos macam dah bising sedih2....




Wednesday, March 28, 2012

MAKSUD PEMBERIAN/HADIAH LELAKI KEPADA PEREMPUAN :

asslamualaikum...

✔ JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu,
✔ CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi,
✔ GELANG → Tanda mesra,
✔ RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian,
✔ SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan,
✔ KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin,
✔ PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu,
✔ PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi,
✔ MINYAK WANGI → Tanda cinta,
✔ BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan,
✔ BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur,
✔ BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang,
✔ COKLAT → Semanis cintamu,
✔ LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan,
✔ SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat,
✔ HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!! Aku akan mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup),

Tetapi hadiah yang paling di nanti²kan oleh setiap perempuan adalah..

♥ ♥ MASUK MEMINANG dan NIKAHI dia → Tandanya dia serius n betul² ikhlas mencintai kamu.. :))



tiba2 jer tersyok sendiri tengok scha dengan awal....

sweetkan walaupun ala2 kebaratan sikit yang penting bahagia

pic kat bawah ni lagi sweet...

hahaha...

Saturday, March 24, 2012

status hari ni

assalamualaikum...

status hari ni:
 1)masih lagi single hakhakhak gedikssss....

 2)berat badan tak turun-turun sentap... T_T

 3)rindu mak kat kampung sobsobsob T_T

 4) busy giler babas...busy ngadap drama korea kat bawah ni...
 Spy Myung Wol (2011) 1080p HDSun Complete 5

 5)hati berbunga-bunga memandang heronya yang kacak awrrrr...




6)sentap sebab takde live kat tv KELATE lawan KL SPA...


K BYE ADIOS...

Thursday, March 22, 2012

budak sekarang terlampau cerdik

assalamualaikum...

bertemu sekali lagi diruangan madah berhelah serta berjela,alhamdulillah allah masih panjangkan umur untuk aku merepak meraban dengan tekunnya...

mungkin belum terlambat lagi untuk ucapkan tahniah untuk budak spm 2011 kebanyakannya lulus dengan cemerlang gemilang dan terbilang,ini menunjukkan budak2 kat malaysia ni semuanya bijak2 pandai tahniah2..

ada segelintir budak2 kat malaysia ni yang terlebih pandai contohnya budak yang konon-kononnya kena culik tu tu membuktikan budak jaman sekarang semuanya otak terlampau bijak sampai pepandai dia jer merancang penculikan diri sendiri bagus2 tahniah2....anda telah berjaya memperbodohkan mak bapak korang!!



ni la wajah budak yang terlampau cerdik tu,ko memang hebat dan bijaksana bagus2 aku tabik kat ko sebab terlampau cerdik sampai menyusahkan semua orang,ko dah buat mak bapak ko meroyan risaukan ko bijak sungguh tindakan ko tahniah sekali lagi jumpa nanti aku nak mintak autograf....!!

Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, mengaku dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun setelah mengalami tekanan emosi.


kesian tekanan emosi rupanya!!!!!tekanan emosi la sangat jangan tiru aksi terlampau cerdik budak ni 10 keturunan kena maki hamun!!!!bye peace no war adios

Tuesday, March 20, 2012

yes saya memang kampung girl

assalamualaikum...

gadis bandar,gadis kampung ada beza ker???jaman teknologi ni gadis kampung dan bandar lebih kurang jer,
kalau dulu2 mungkin ada bezanya tapi jaman sekarang gadis kampung semua dah up...up...underwear!!!
apa aku merepek malam2 buta ni???



sebenar aku nak mengreview novel yang baru jer aku beli semalam dan hari ni aku dah selamat khatam berkat kesabaran dan ketekunan pukul 3 pagi baru aku tido,kalau la aku baca quran macam baca novel dapat juga pahala dan berberkatan baca novel ape yang aku dapat???mmmmm

kita kembali point utama kita,pada pendapat aku novel ni sangat ohsem best menarik tertarik ko memang sempoi.jalan cerita yang simple,tak pening kepala tak meleret-lerat sampai ke tanjung keling,tanjung keling kat celah bedah mana ekkkk????so anda kat luar yang tengah tercari-cari novel apa yang aku nak beli so aku cadangkan korang beli novel kampung girl!!!!

tapi aku nak cakap sikit kat cik umi kalsom ni ada satu part kat dalam novel tu ada sikit kesalahan,lagu yang konon2 laki tu tujukan dekat bini dia tu yang tajuk hadirlah kasih sebenarnya bukan 4U2C yang nyanyi tapi kumpulan KGB yang sebenar-benarnya mungkin dia lupa kot nak buat research tapi takpe kesalahan kecil jer maklum la dia kan penulis yang baru berjinak2 dalam bidang penulisan ni!!!

tapi aku suka giler novel ni dari sepuluh bintang berkelipan aku bagi lapan bintang berbling-bling!!!!

terima lagu dari saya khas buat peminat novel kampung girl...

Friday, March 16, 2012

awak suka saya tak??????

assalamualaikum...
novel dan diriku tak dapat dipisahkan ibarat aur dengan tebing dan ibarat irama dan lagu eh...tetiba jer kan!!!
yang sebenarnya aku baru jer habis baca novel kat bawah ni..


so far novel ni ok la best tapi ada juga part2 yang tak best novel ni sangat tebal, novel tebal opkos duit yang ku keluarkan untuk membeli novel ni pun tebal rega novel ni 35 hengget total muka surat 1056...

yang best pasal novel ni jalan cerita dia very islamik sampai aku dok verangan2 nak cari pakwe sama macam hilman ku dalam novel ni,romantik,kuat cemburu biasa ler lelaki kan,paling penting ensem giler aku dok bayangkan hilman ni mesti ensem macam muka mamat kat bawah ni...

awrrrrr...dennis oh ku yang ensem...

kalau perempuan pulok aku dok bayangkan minah cun kat bawah ni..
Asmirandah
asmirandah cantekkan?????

yang tak best pasal novel ni ada part yang meleret-leret sampai aku rasa nak koyak separuh muka surat novel ni,dan satu lagi yang tak best penulis macam tak serius la sory to say deh,contohnya part2 sedih masa laki tu koma boleh lak buat ayat camni..aku bagi contoh 'INTAN SEDIH SEMUA YANG BERLAKU SALAH INTAN tetiba jer dok felling2 leh lak keluar bab nangis SOBSOBSOB..asal tiba jer bab sedih mesti ada SOBSOBSOB...macam tak serius jer!!!.

tapi novel ni ok la boleh tahan menarik serta tertarik dari sepuluh bintang berkelipan aku bagi lima bintang bergemerlapan aku harap next novel dia boleh perbaiki lagi mutu penulisan dia...cisss komen macam ko hebat sangat eila oiii...kihkihkih!!!!!


nota kaki busuk mu:
aku harap aku dipertemukan jodoh dengan lelaki macam hilaman ku itu heeee

Thursday, March 15, 2012

last day kat bali

assalamualaikum...

akhirnya cerita pasal bali sampai ke penghujungnya,last day kat bali ni takde aktiviti menarik sangat macam biasa bangun pagi pergi breakfest,lepas breakfest aku keluar jalan kat sekitar hotel tu jer,sebab hotel yang aku stay betul2 dekat town dia so banyak la butik kat sekitar situ so apa lagi shopping ler kite....

breakfest last day aku membedal ni sedap disebabkan aku membedal pagi tu dengan banyaknya terus tercirit nasib baik aku bawak ubat tu pentingnya ubat ubatan kalau travel..

pagi2 dekat kawasan sini dah bizi bising pulok tu nasib baik satu malam jer stay kat sini..

lepas habis breakfest aku keluar jalan2 dekat situ banyak kedai tak bukak lagi,jalan2 lepas tu ternampak spa so aku teringin nak manicure padicure murah kot 50 ribu rupiyah jer lebih kurang 17 hengget,tapi hancus hati ku hancus kuku ku yang comey diorang kerjakan patut 50 ribu rupiyah jer setakat sental aku pun boleh buat puiii...sentap mak!!!

habis dikerjakan diorang aku jalan situ dengan muka tak puas hati nampak kedai jual perfume terus terkinja2 nak beli murah lak tu so aku terembat 2 botol..


Ralph by Ralph Lauren Fragrances - 3.4-oz. Eau de Toilette Spray
macam ni la rupa perfume yang aku beli murah...

habis shopping bagai balik hotel packing apa yang patut lepas tu keluar lunch habis lunch ktorang berambus dari hotel tu dan bertolak ke airport sebab pukul 3 dah kena checked in...





last sekali bergambar ramai2 and terbang balik ke malaysia bye2 bali sedih2 sobsobsob entah bila nak datang sini lagi mybe honeymoon nanti kot kahkahkah...

Monday, March 12, 2012

bali day 4

assalamualaikum...

seminggu berdiam akibat kemalasan melanda dan mood aku terbang jauh nun disana,klai ni aku nak sambung lagi alkisah aku dibali yang indah lagi menawan..

hari ke empat ni awal2 pagi lagi bangun sebab aku nak tengok macam mana la rupa gunung berapi waktu pagi
jom ibu2 bapak2 semua meliat keindahan ciptaan allah taala...

masa ni pukul 6 pagi cantek kot matahari malu2 nak memancarkan sinarnya lawa kemain...

lake batur di waktu pagi indah sungguh tak rugi bermalam sebelah gunung berapi...

ni hotel tempat ktorang stay cantek kan???masa ni lebih kurang pukul 8 pagi sejuk maklum la tanah tinggi!!!
kalau nak stay kat sini pastikan korang ambek bilik berhadapan dengan gunung berapi syok beb pemandangan takyah cakap ar serba serbi indah best2...

kalau nak tahu seba serbi pasal hotel lakeview ni korang boleh ler layari laman web ni www.lakeview.com atau pun korang boleh call no ni +62 366 52525.

ni tempat ktorang breakfest sambil2 makan boleh tengok gunung berapi best2...

sebelum makan kita bergambaran dulu..

masa ni lebih kurang pukul 8.30 camtu cantek udara segar sejuk sampai mengigil2...

lepas breakfest masa untuk meninggalkan kintamani sobsobsob..kesedihan melanda lagi entah bila ler aku nak sampai sini lagi mmmmm...lebih kurang pukul 10 pagi camtu kami bertolak ke kuta sebab keesokan harinya kami dah nak balik ke malaysia...

dalam perjalanan ke kuta tu ktorang singgah kat tegal lalang tempat padi yang santek2 tu tapi tak turun pun sebab panas giler kot time tu,kat tegal lalang ni selain padi indah menghijau kat tepi2 jalan banyak kedai jual barang2 kaca so ktorang singgah kat sini...


murah2 dan semuanya cantek2 tapi kena pandai ler tawar menawar aku tak beli pun susah kot nanti nak bawak dah ler berat teringin gak nak beli bagi kat emak aku!!!

lepas memborong kat situ ktorang meneruskan perjalanan,kali ni ktorang nak singgah kat tanah lot pulok shopping time ini ler yang ditunggu2 selama ini sebelum pergi ke tanah lot ktorang singgah lunch kat sini gambar2 kat bawah aku cilok kat blog bos aku hehe...




lepas makan kat sini ktorang bertolak ke tanah lot..


kami semua ditanah lot tiba2 macam jakun kan...nak masuk sini kena tiket gak tapi lupa dah berapa rega tiket tu...aku kelihatan kurus di situ PERASAN


tempat aku memborong t.shirt murah2 beb...

lepas habis upacara melontar kat kat situ tiba masa pergi tawaf kat sini lak..

masa ni cuaca takyah cakap panas giler kepala aku rasa macam nak mereng jer...

wiweettt...uollsss,iollssss ditanah lot peace...

erkkkk...gemuknya aku aigooooo!!!!!!



disebabkan panas ambek gambar pegang benner pun kat tepi tangga jer macam takde tempat lain kan kihkihkih...

lepas habis tawaf2 kat tanah lot kami bertolak menuju ke jimbaran nak tengok sunset and dinner kat situ syok tau makan2 kat tepi pantai sambil tengok sunset...

tempat ktorang dinner...

masa sampai jimbaran tu matahari dah nak tenggelam dah pasal otw datang sini jalannya macet...

ni tempat ktorang makan syok tau uolssss kalau nak pergi bali jangan lupa singgah sini!!!

dah berzaman aku tak pergi pantai seronoknya macam nak terjun tapi ombak dia menakutkan...

subhanallah indah sungguh ciptaan mu...

dah malam dah cantek giler time ni merah campur2 hitam...

aktiviti lepas dinner ape lagi shopping ktorang pergi shopping kat sini..

tempat wajib shopping kalau pergi bali barang dia murah2 macam nak nak giler shopping nasib baik tak giler!!!

lepas habis shopping kat sini ktorang pun terus checked in kat hotel tanaya bed and breakfest,hotel ni betul2 kat tepi jalan bising kot tapi ok la kalau setakat nak tido semalaman kat sini sebab keesokan ktorang dah nak balik malaysia,so habis la cerita hari ke.4 aku dibali..nanti aku sambung lak part last kat bali bye!!!!!

Monday, March 5, 2012

bali day 3

assalamualaikum...

hari ketiga dibali masa untuk ucapkan selamat tinggal beji resort sob...sob....sob...sob...sedihnya nak meninggalkan tempat ni,sebab aku suka suasana resort ni tenang jer mmmm....

sebelum checcked out ktorang breakfest dulu macam biase la telor dengan roti tetiba jer time ni rindu nak makan nasi kerabu mak aku sob...sob....sob...sedih2...lepas breakfest ktorang berpeleseran dulu kat pasar ubud masa untuk shopping tapi kat sini aku tak shopping sangat macam tak menarik ler baju2 pun kurang menarik diorang banyak jual macam barang untuk orang yang sudah berumah tangga i solo lagi tetiba jer kan hehe...!!!


macam ni la rupa pasar ubud pic ni aku cilok kat google malas aku nak snap2 gambar kat sini!!!

lepas shopping balik resort and checcked out selamat tinggal ubud akan ku kenang mu dalam doa ku dan ktorang pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya!!!

destinasi pertama mengisi perut yang lapar direstoren ni!!!


gambar cilok kat blog bos aku..

habis makan kami bergerak menuju ke tempat ni sebab makcik2 tu kecoh nak beli pinggan mangkuk,pasu2 bagai murah2 tau aku teringin gak nak beli seketul kat mak aku pikir2 balik tak payah berat kot!!!!


lepas habis nyopping kat sini kami bergerak lak kat ke gunung kawi untuk memanjat gunung..
nak panjat gunung kena beli tiket tau no free2...


muka masing2 kemain semangat nak panjat gunung!!!


sesape nak panjat gunung kawi kena pakai kain kat pinggang orang jual tiket tu cakap ada tempat suci harus memakai kain ini ibu-ibu semua...

sebenarnya tak panjat pun ada tangga nak panjat watpekan hehe...kat sini ada baper ratus anak tangga ntah aku pun tak baper tau sangat tapi view kat bawah wa cakap lu sangat menarik..



 
masa turun kemain semangat,sepanjang turun tangga tu ada kedai2 jual barangan kraftangan orang bali ni rajin diorang meniaga..

pemandangan indah sepanjang menuruni tangga cantek siot gayat jer sebab tinggi..

sampai jer bawah aku ternampak ni cantek2 terus terkinja2 nak turun bawah tu almaklum la kampung aku mana ada sawah2 bagai pokok getah banyak ler!!!

sebelum jadi pesawah berjaya kita bergambar dulu

kemain lawa lagi nak turun bendang tak sesuai langsung heee...

cantek kat sini hijau jer padi dia lepas tu bertingkat2 kalau kat malaysia petak2 kat sini bertingkat unik kan???

kat bawah tu ada pura ktorang tak turun pun kebetulan masa nak turun tu hujan la pulok rugi2 ape lagi berlari  naik atas masa nak panjat nak atas balik tuhan jer tahu azab semput nak mampos nak tak nak panjat ler tangga beratus anak tangga tu aku nasihatkan sebelum panjat tangga gunung kawi ni baik ko gi panjat dulu tangga batu caves!ngam2 sampai atas hujan turun kemain lebat nasib tak basah kuyup!!!

habis adegan panjat memanjat ni ktorang bergerak ke tempat lain lak kita pergi minum kopi tambah tenaga!!

ktorang pergi tempat ni bas agro tourism kat sini kita boleh tengok diorang proses kopi lepas tu boleh minum kopi free kecuali kopi luwak kena bayar sebab mahal dan kopi ini berasal dari tahi menatang kat bawah ni..
luwak ni kat malaysia kita panggil musang diorang cakap,diorang kasi itu musang makan biji kopi tu lepas tu musang tu berak maka keluar la kopi luwak hebatkan tu sebab dia mahal hahaha...!!!

pakcik ni tukang goreng kopi kemain meyembah titah heeee..

rupa kopi yang belum jadi kopi...

masa untuk minum kopi free macam2 jenis kopi yang ktorang rasa,kopi luwak pun aku rasa gak heee...hebatkan????




habis jer mengkopikan diri kami bergerak menuju ke kintamani ada apa kat sana jom kita liat yer ibu2 bapak sekelian...

ada gunung berapi masih lagi aktif masa ktorang sampai gunung berapi tengah berasap2 mula2 ingatkan awan lepas tu ada orang cakap tu bukan awan bu tapi asapnya gullpppp...takutnya!!!!

wa cakap lu beb kat sini memang best cantek,sejuk giler dan aku rasa macam nak giler...ok over pulok!!

kat sebelah gunung tu ada tasek menarik2....

wiwettt...saya berada digunung berapi meletupkan tak sempat nak mintak ampun hee...

masa ni ambek gambar kat balkoni bilik syok tido bersebelah gunung berapi yang masih lagi aktif hebatkan???

sementara tunggu nak pergi dinner ktorang jalan kat kawasan sini,lepak2 tengok gunung berapi tu lepas tu pergi dinner,ktorang dinner kat hotel jer tapi dinner kat hotel tak best ler tak baper kena dengan selera aku sikit jer makan tu aku banyak makan lauk nasi satu senduk pun tak habis...

lepas dinner ktorang pergi hot spring yang giler hot,yang syoknya pak kadek menager hotel book tempat hot spring khas untuk ktorang jer lelaki2 no entry bagus betul la pak kadek ni dah ler ensem!!!tapi kat sini takde gambar iyer puan2 dan tuan2 giler nak letak gambar tengah mandi..!!!

habis berhot spring kroohhhh...tido dengan nyenyaknya tamat cerita bali day 3 kali ni tak berpart2 sebab hari  ni macam rajin jer nak nak menaip panjang2 heee!!!!