tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Saturday, September 29, 2012

aku nak pergi sini....

assalamualaikum...



 aku nak pergi sini halong bay gila cantek menarik tertarik ko memang buat aku berangan diawan awangan...aku suka tempat-tempat macam ni tengok la suatu hari nanti aku akan sampai juga kat sini tapi banyak tempat kat dunia tempat yang paling indah dan teringin nak pergi sini...


semua orang nak pergi sini tak kira sekali seumur hidup pon tapi buat masa sekarang aku belum mampu lagi untungkan sesetengah orang muda-muda lagi dah sampai mekah sangat-sangat beruntung...masa bulan puasa hari tu aku mimpi aku pergi mekah dan rasa macam betul-betul dok depan kaabah masa aku cuba nak sentuh kaabah tiba-tiba jer aku tersedar dari mimpi tu terus meleleh airmata aku apakah petanda aku akan sampai sini suatu hari nanti insyallah...

dulu aku berangan nak pergi medan nak pergi lake toba,lepas tu berangan-angan nak shopping bagai kat jakarta bandung ,lepas tu berangan-angan lagi nak pergi phuket dan berangan lagi nak pergi bali dan alhamdulillah angan-angan aku jadi kenyataan...heaven giler...

medan 2009 seronok giler macam mimpi jer dah sampai sini...


2010 pergi bandung syok giler shopping tempat paling best untuk kaki shopping dan mengurangkan kadar simpanan tahunan anda hehe...

2011 phuket tempat yang sesuai untuk bersantai dan cuci mata tengok mat salleh pakai seluar kecik tergugat iman..hahaha

2012 bali walawei tempat sesuai untuk berhornymoon hakhakhak tapi saya tidak pergi berhornymoon tapi berjalan-jalan menghabiskan duit bonus ku....pakai selipar jamban jalan-jalan dibali adalah sangat indah jadi tiru la macam saya...ok bye...







Wednesday, September 26, 2012

tolong berhenti merokok....

asalamualaikum...

hari ni nak berkempen sikit pasal kesan merokok diharap lepas anda semua menonton video yang bakal aku paparkan kat bawah nanti memberi inspirasi serta keinsafan untuk berhenti merokok..

aku ni jenis suka membaca dan suka cari info-info pasal penyakit terutama sekali kanser sebab kanser ni penyakit nombor satu yang membunuh manusia seantaro dunia antara kanser yang kerap menyinggah badan manusia ni kanser paru-paru so tolong berhenti merokok aku rasa tak rugi kot kalau korang berhenti merokok,rokok boleh beli dimana-mana jer tapi nyawa ko nak beli kat mana kat pasar malam???

video kat bawah ni dia akan tunjuk kat kita paru-paru orang tak merokok dengan orang merokok...
so layan..

rasa-rasanya korang nak merokok lagi tak lepas tengok video ni????fikir-fikirkan dan renung-renungkan kbai selamat malam indahnya meyedut udara tanpa asap rokok ngehngehngeh...

Monday, September 24, 2012

segmen main makeup-makeup budget park bom

asalamualaikum...

hai uollssss...hari ni aku cuti tapi boring tak tahu nak buat ape nak tido macam tak boleh tido pasal semalam aku tido awal so pagi ni awal-awal lagi dah sedar tapi buat-buat tak sedarkan diri sebab berlingkar macam ular sawa adalah sesaatu yang indah takkala cuti mendatang...

memandang tak ada keje penting nak buat aku dok belek-belek majalah pasal makeup-makeup tetiba aku terpandang artis korea park bom yang comey itieww makeup dia super ohsem comey simple sebab aku suka jenis makeup yang simple and nampak natural so aku pon try la makeup ala-ala dia walaupon takde secantek dia tapi okey la...pasal aku ni bukan pro sangat bab-bab makeup setakat nak makeup muka sendiri ok la...makanya inilah hasilnya korean sangat kihkihkih...

hai saya park bang bang bom...adakah saya comey???haha...

nak belajar makeup macam park bom ni korang boleh tengok video kat bawah ni..


ok bye 난 당신을 사랑....


Sunday, September 23, 2012

jenis-jenis kedekut

assalamualaikum...

hai uolsss...how are u????aku ok jer tapi semenjak akhir-akhir aku bizi tahap gilerrrr vavi kerja membukit-bukit aku terpaksa mendakinya secara perlahan-lahan memandangkan aku tak ada staf aku kerja dua orang  jer yang sorang lagi tu staf pinjaman tanpa cengkeram,masalah sekarang ni kerja yang ada sekarang ni memerlukan tenaga empat manusia yang cekal serta tenaga batin yang tinggi serta tenaga-tenaga yang sewaktu dengannya...stop bebeling!!!

ok kita setat cerita jenis-jenis kedekut,manusia dikurniakan macam-macam jenis sifat antara sifat-sifat manusia yang aku tak suka adalah kedekut,ada banyak ketegori kedekut antaranya adalah seperti berikut..

1)kedekut tahi hidung masin
   kedekut tahi hidung masin ni antara jenis-jenis kedekut yang paling teruk la sebab orang selalu     sebut "jenab anak pak mail senget tu kedekut tahi idung masin"maknanya dalam hal ni orang yang cakap tu pernah rasa tahi hidung si jenab tu sebab tu dia tahu tahi hidung jenab tu masin

2)kedekut macam haji bakhil
   kedekut ni ok jer tak tahu nak istilah ape disebabkan haji bakhil tu kedekut semua manusia yang jenis kedekut ni disamakan dengan haji bakhil

3)kedekut nak mampos atau bahasa sopan mati
   sebab-sebab dia kedekut nak mampos mungkin sebab dia nak simpan duit dia untuk hari mati beliau sebab tu dia kedekut nak mampos...

4)kedekut pahhhit''...sila baca dengan mengunakan sabdu
   orang kelate selalu cakap "oloh kedekut pahhit' nate ni:" mungkin kedekut jenis ni orang yang menghadapinya pernah mengalami pengalaman pahit...

aku buat entry pasal kedekut ni bukan ape aku ada kawan ya allah dia punya kedekut aku tak tahu nak ketegori kan apa ko bayangkan aku naik kereta hari-hari pergi kerja dengan dia minyak jauh sekali la nak isikan padahal dia bawak gak kereta tu minta duit nak bayar toll sehengget pon boleh dia buat tak tahu oppssss...entah la semoga allah lembut-lembutkan hati dia supaya memahami kesusahan orang lain!!!!




kengkawan semua jom like page ichaa arissa collection kita shopping secara berjemaah disana ok bye...

Monday, September 17, 2012

hilang kegagahan hero-hero avanger

assalamualaikum...

hai uolsss...masa ingat aku,aku macam ni la time-time rajin baru update blog tengok mood dan keadaan semasa kalau malas semua benda malas nak buat nak berak pon malas penyakit malas ni takde ubat melainkan kita buat-buat rajin apa aku merepek ni????

korang kenal siapa meraka ini hero berkuasa yang mancho dan gagah perkasa dalam banyak hero avanger ni aku paling suka thor dia sangat seksi dengan tukulnya yang hebat itiewww....tapi dalam video yang bakal dipaparkan dibawah ini thor tetiba jer macam awrrrr...awrrr...awwrrr sumpah kelakar jom layan....hehehe

esok aku nak restoren barra tetiba jer restoren barra popular...

restoran barra seksyen 7 shah alam....jom serbu makan nasi goreng ayam barra anda akan jadi barraian...huehuehue..ok bye













jom like ramai page ni jom borong tudung lawa dan rega sangat 
berpatutan...





Sunday, September 9, 2012

jom beli tudung lawa-lawa

assalamualaikum....

hai uolsss yang cun yang comey yang ensem dan jambu uollss sihat iolssss sihat tapi bizi sikit semenjak bergelar business women berjaya ni kan ewah poyo gitiewww....

sekarang ni aku ada buat business kecil-kecilan jual tudung bawal yang cun yang cantek yang menawan kolbu setakat ni alhamdulillah sambutan mengalakan terutama dari kalangan kengkawan aku siap suruh diorang promote lagi nak buat business kena la buat muka tak tahu malu baru berjaya moto terbaru hidup aku...

so kalau korang nak tengok tudung cun-cun macam gambar kat bawah pergi ler reramai klik like page ichaa arissa collection ni,nama nak glamer-glamer gitiewwww konon-konon artis la kan hakpuiiii....



ni antara koleksi tudung yang aku jual kalau berminat nak beli like page ichaa arissa collection reramai ekkkk...ok bye uolssss!!!

Sunday, September 2, 2012

bila malaysia nak ada sleeping bus...????

assalamualaikum...

hai uollssss...hari ni macam rajin jer nak membebel padahal kalau hujung minggu macam ni jarang orang update blog konon cuti kan aku tak cuti keje memanjang tapi esok cuti yeyyyyy...

hari ni aku nak cerita pasal bas,kenapa aku nak cerita pasal bas sebab aku suka naik bas, biasa la kan aku ni golongan manusia berpendapatan cukup-cukup makan makanya bas jer ler aku mampu naik kapal terbang setahun sekali boleh ler kali 3 kali setahun mahu rabak handbag aku...

bas ada macam-macam jenis bas tapi kat malaysia ni buat masa sekarang jenis bas yang paling popular bas dua tingkat aku memang suka naik bas dua tingkat seronok,korang pernah dengar tak sleeping bas???tapi kat malaysia rasanya belum wujud lagi bas sedemikian rupa kalau ada awal-awal lagi aku pergi beli tiket tapi buat masa sekarang belum ada lagi agak-agaknya bila la malaysia nak ada sleeping bas...



syok kan kalau ada bas macam ni sesuai untuk perjalanan jauh terutama sekali untuk orang kampung jauh macam aku ni 15 jam pon aku sanggup duduk kalau ada bas macam ni kat malaysia aku harap coming soon ada ler bas macam ni rupa...


memang terbaek ar boleh baring tak ada rasa sakit-sakit badan bila naik bas syok jer,kepada syarikat bas tolong bas macam ni aku nak bas macam ni diulangi aku nak bas macam ni....kbai maju la bas untuk negara...