tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Friday, September 19, 2014

Pameran pengantin

Assalamualaikum



Amboi kemain rajin update blog sekarang ni ko dah kenape eh???bukan apa hari ni kita nak promo pasal pameran pengantin dekat sacc convac tu jer iklan ini tidak berbayar saje nak syer kan untuk bakal-bakal pengantin yang tengah pening kepala otak tak tahu nak pergi butik mana so korang pi la sana banyak pilihan menanti yang pastinya mesti ada promosi baik punya...

Walaupon kita ni bukan bakal pengantin boleh jer nak pergi kan contohnya aku, memang hobi aku pergi pameran pengantin ni cari pengalaman dan ideal untuk masa depan gitu poyo nau bunyi kan?tak salah kan?bukan apa aku ni sebenarnya berangan nak buka butik pengantin serius minat tapi tak ada ilmu so dengan cara macam ni aku belajar pergi usha pameran pengantin tengok berbisnes seronok tau so apa lagi untuk bakal-bakal pengantin moh kite sana...

Psttt: dengar kata kiki the road bully pon ada join sekali buat pameran kih3...

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 16, 2014

salah buat pilihan atau sudah takdir

Assalamualaikum...

Lama sungguh tak update blog sampai kaku tangan walaupun hari-hari ngadap pc tapi bila ngadap blog terus rasa kaku sebab tak tahu nak update apa,semangat nak berblogging macam dihujung tanduk nak kata malas pon boleh nak kata bizi tak ada la bizi sangat tapi semenjak dua menjak ni banyak kejadian di luar kawalan berlaku pada aku.

Berbalik pada tajuk dekat atas hari ni aku nak cerita pasal love story yang tidak kesampaian kisah cinta aku yang tak kesampaian yang putus di tengah jalan allah macam poyo pulek kan nak cerita tapi ini semua sebagai panduan dan pengajaran untuk awak-awak kt luar tu sebagai nasihat tak salah kan????

1)kisah cinta pertama(my first love)
Aku kenal mamat ni masa tu tak ada facebook lagi paling glamer masa tu ekawan femes uolssss...sampai aku habis duit beli topup berpuluh-puluh hengget sebulan bakhang giler sungguh tapi jiwa panas masa tu muda beliau lagi,aku kenal first love ni dekat ekawan masa ni aku tak ada SERIUS sangat dengan mamat ni maklum ler remaja yang baru nak mengenal apa itu cinta bluekkk macam poyo pulek ayat aku sila lempang,
so kenal-kenal and jumpa ok mamat tak ada la hensem mana pon tapi ok la kerja kilang jer tapi budak macam baik la ok sopan suntun aku pon dah lupa berapa umur aku masa aku kenal dia yang pasti dia tua 3 tahun lebih kurang la,lama-lama kenal so dia pon meluahkan perasaan suka dekat aku masa tu pon aku pon suka juga la dekat dia makanya we all kapel,lama kapel tetiba die nak kerja tempat lain dia cakap nak balik kampung aku tak ada halangan la nak buat macam mana kan dah itu pilihan dia so bercinta jarak jauh la kami sorang kat shah alam sorang dekat kelantan.bila jarak jauh ni banyak sangat dugaan cemburu salah sangka kerap bergaduh lama-lama hubungan tu jadi renggang sampai la suatu hari dia terus terang ngan aku dia dah ada perempuan ok fine aku terima walaupon perit sekurang-kurangnya dia berterus terang dia tak tipu aku so we all putus tamat sudah cinta pertama ku aku redha melepas mu pergi agaknya dia dah kawen kot maybe entah la.

2)Kisah cinta kedua
Aku kenal mamat secara kebetulan dia salah nombor tak sangka salah nombor pon boleh sangkut tapi siyes dengan mamat ni aku terlebih suka dan terlebih sayang dalam erti kata lain terlanjur sayang, aku sendiri pon tak tahu kenapa aku sayang sangat mamat ni,macam mana aku jatuh cinta dengan mamat korang faham sendiri la opkos la kita jumpa dia kenal dia lama-lama tersuka,mamat ni ok la boleh dikatakan dalam ketegori kacak menawan kolbu dari pandangan mata aku la mata orang lain aku tak tahu,masa aku kenal mamat ni aku kerja promoter jer gaji RM900, dia kerja despatch tapi aku ok jer tak kisah sangat pasal kerja-kerja ni asalkan dia buat kerja halal sudah,mula kapel semuanya ok tapi lama-lama dia start dah buat hal semuanya bermula bila dia kena berhenti kerja sebab company tempat dia kerja nak pindah opis so nak taknak dia kena berhenti kerja,masa kami kapel tu kononnya dah serius la dia pon selalu cakap pasal kawen biasa perempuan bila orang laki selalu sebut pasal kawen kita mesti pikir mamat serius dengan kita oh jangan ko terpedaya wahai wanita,masa tu dia desak aku cari kerja lain dia suruh aku kerja kerajaan suruh jadi nurse idok la teman tengok darah pon pitam nak suruh jadi nurse kerja gile namanya, dia cakap dengan aku kalau aku kerja kerajaan sekurang-kurangnya masa depan kita terjamin dia so aku tanya dia balik kenapa dia yang tak minta kerja kerajaan alasan dia umur ok fine,kisah cinta kami tamat last sekali aku jumpa dia dia memang langsung taknak layan aku alasan dia penat sehari lepas jumpa dia cakap dengan aku dia nak putus macam tu senang kan jadi laki masa tu aku memang frust sangat,sekarang ni dia pon dah kawen dah bini dia tengah pregnent bini dia kerja kerani jer kot igtkan kawen dengan nurse pujaan hati ohhh...jahatnya aku heeee...

3)Kisah cinta ketiga
Selepas melalui episod kegagalan cinta aku pun stop mula fokus pada diri sendiri pada kerja dari promoter aku naik pangkat jadi supervisor lepas tu 2013 aku dari klang aku pindah ke shah alam dinaikkan pangkat sebagai admin offiicer alhamdulillah la dari kerja layan customer kat butik sekarang kerja aku jaga semua cawangan macam-macam kerja kena buat enjoy walau pon kadang-kadang stress,lama aku stop gedik bercinta ni 5 tahun kot,lama-lama kita teringin juga nak bercinta iyer tengok kawan-kawan ramai dah berumah tangga umur pon dah meningkat umur aku sekarang dah 30 tahun ok aku tak malu pon cakap umur aku 30 tahun umur tu angka jer tapi orang still ingat aku umur awal 20an kah..kah...kah,sebab orang sangka 20an ni la cinta ke tiga ni sangkut dekat aku,aku pon sangkut juga dengan dia macam mana jumpa malas nak story huhuhu..umur dia muda dari aku dia baru 26 tahun aku 30 acaner tu mula-mula aku takut juga nak terima dia tapi bila tengok dia punya kesungguhan lama-lama cair macam ais allah rasa nak tumbuk muka sendiri,bercinta kali ni pelik sikit aku dengan suka sangat gaduh sebab mamat ni sensitif tahap gaban tapi dia comey sampai suatu aku tahu rupa-rupanya dia dah tunang allah frust lagi aku tekad mengundur diri sebab aku tak nak jadi perosak perhubungan orang tak sangka dia tipu aku patut la selama ni aku rasa semacam jer dengan mamat ni macam dia sembunyikan sesuatu dari aku macam mana boleh kantoi dia cakap dengan aku dia tak ada facebook tapi aku rasa macam mustahil jer so aku usaha cari facebook mamat  tu akhirnya kantoi aku nampak dia ngan tunang dia dekat facebook paling tak boleh blah tahun depan dia nak kawen.tipu kalau cakap tak nangis kan sampai sekarang air mata ni senang jer mengalir bila terkenang perbuatan dia kenapa dia pilih aku untuk dipermainkan, dia cakap dengan aku dia tak pernah mainkan aku dia serius sayangkan abih tunang dia nak campak ke mana lelaki oh lelaki kenape ler kome macam ni?so aku taknak kacau hubungan orang rosakkan hubungan orang aku tekad mengundur diri walau pun terluka berdarah bernanah tapi aku dah tekad mungkin bukan jodoh aku kerana terpaksa aku relakan..

Macam tu sadisnya kisah cinta aku, aku pun tak pasti samada aku salah pilih atau sudah suratan takdir aku terima aku redha sebab aku yakin jodoh pasti bertemu...

ok babai