tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Monday, January 30, 2012

jatuh cinta pandang pertama awrrrr...

assalamualaikum..

bila aku jatuh cinta kan ku sebut nama mu berkali-kali akan ku seru nama mu agak kau sentiasa dihatiku jiwang tetiba..

sebenarnya aku bukan jatuh cinta dekat manusia bernama lelaki tetapi aku telah jatuh cinta pada si dia ni yang membuatkan pandangan mata ku bertambah seksi serta ayu...oh ayu kerrrr????


dia lah yang telah membuka pintu hatiku untuk berjinak2 kembali dengan maskara,sebelum ni aku pernah gak pakai maskara tapi macam tak best ar tak selesa mata gatal2 mungkin sebab aku alergik kot dengan produk tu tapi maskara maybeline ni best bila kita pakai dia tak sememeh,bulu mata pun lebih lentik dan panjang sesuai untuk manusia2 yang mempunyai masalah bulu mata pendek macam aku ni...


gambar diatas menunjukan bulu mata ku selepas memakai maybeline maskara magnum yang ohsem itu,selepas memakainya terasa best seperti memakan aiskrim magnum..

jika anda semua ingin merasa pengalaman indah seperti saya sila dapatkan dikedai2 yang menjualnya sama2 la kita bling...bling....tak payah nak pakai bulu mata palsu bagai,sekali pandang macam mak lampir pun ada gak aku tengok orang pakai bulu mata palsu ni...haha





nota kaki busuk mu:
cantek itu indah

Saturday, January 28, 2012

menyampahnya...

assalamualaikum...

aku tengah menyampah ni tak tahu nape hari ni aku banyak menyampah dengan semua benda yang aku buat...
perut tengah sakit ni ok sangat menyampah,muka pun tengah gatal akibat makan ketam sungguh menyampah benda yang kita suka makan tapi tak boleh makan menyampah kan???

satu lagi yang aku menyampah aku selalu gak usha blog aweks ni siap follow mollow lagi sebab kita minat baca blog dia,aku ngaku aku memang tak pernah komen tapi aku ni jenis pembaca senyap tak suka sangat menonjol2 kan orang ingat nak tumpang glamer lak so jadi la pembaca senyap..tup--hari ni aku nak baca la blog beliau tetiba jer kuar mentang ni...


This blog is open to invited readers only


It doesn't look like you have been invited to read this blog. If you think this is a mistake, you might want to contact the blog author and request an invitation.
You're signed in as norzilawatin@yahoo.com - Sign in with a different account

siyes gua menyampah tahap tapir...kalau tak kasi orang baca baik tak payah berbelog bagai...hissss menyampah!!!!
satu benda yang buat aku menyampah malam  yang cukup indah ni aku nak tengok bola klate lawan kuala lumpur alih...alih...takde secara langsung lak kat tivi eeee...benci menyampah puiiiii...tak dapet nak tengok abang ramzul idaman hati main malam ni menyampah...

betapa kacaknya beliau...kawen jom!!!!



nota kaki busuk mu:
aku menyampah puiii....

Friday, January 27, 2012

TRIP PUSING-PUSING KUALA LUMPUR

assalamualaikum...

tahukah anda aku dah 10 tahun dok shah alam tapi aku tak pernah sampai KLCC sila gelakkan aku...
bukan taknak pergi tapi aku takde geng yang kaki merayap semua pemalas harapkan orang jer bawak ke hulu ke hilir maka aku ni ibarat katak dibawah tempurung...

tapi kini tidak lagi setelah 10 tahun akhirnya chinese new year menyaksikan kebangkitan aku menuju ke klcc dengan bangganya hehe...pagi2 buta lagi dalam pukul 6 pagi gitu dengan semangat waja bangun subuh siap2 pergi KLCC bayangkan pukul 10am dah terpacak kat KLCC  budget pelancong la kekonon hehe...

rombongan cik kiah menuju ke taman KLCC bukan main lagi bibik senyum...

orang kampung aku dah sampai KLCC!!!!


muka jakun pastime sampai KLCC sayang pic ni gelap sikit pasal matahari sedang memancarkan sinarnya panas kot basah ketiak...

lepas merayap kat KLCC rombongan cik kiah yang di angotai oleh aku,kawan aku,akak aku,abang ipar serta sedara mara yang lain menuju ke stesen LRT selain tak pernah sampai KLCC aku tak pernah naik menatang LRT sila percaya haha...tapi sayang gambar naik LRT takde malu ar nak bergambar bagai ramai kot orang dalam LRT tu hikhik..

dari KLCC transit ke KL SENTRAL,transit tu budget baik kapal terbang haha...lepak2 jap situ memang takde keje lepak kat KL SENTRAL kan hehe...lepak2 jap naik MONORAIL lak siyes aku jakun sebab aku memang tak pernah naik mendalah ni haha...naik MONORAIL lepak2 lak kat bukit bintang pusing2 sekitar situ lepas tu naik bas RAPID KL NO 103 perghhhh...siap hafal no bas haha...balik ke ke KLCC balik sebab park keta kat sana..

sampai KLCC pergi sembahyang zohor aku suka surau KLCC bersih sangat telekung pun wangi jer selalunya surau telekung dah ada rupa2 kain lap kaki eeee...tak sanggup aku nak wat sembahyang tapi di KLCC anda tak perlu risau semua ditanggung bersih...suka ai!!!

lepas sembahyang zohor pergi makan2 dekat kampung baru sedap2 kenyang perut aku lepas tu balik rumah krohhhhhh terbongkang!!!!!ape pun tenkiu khas buat akak aku and abang ipar ku yang bawak kami pusing2 kl....weeeiiiii ai suka!!!



nota kaki busuk mu:
i love KL tetiba

Thursday, January 19, 2012

perempuan merokok hebat sangat ker?????

assalamualaikum...

hari aku sentap sikit sebab aku baru tahu salah sorang staf aku merokok sayang seribu kali sayang nak kata tak cantek lawa gak tapi hancus fail terbakar bila kau tahu budak ni merokok muda lagi kot baru lepas spm dah rosak akhlak agaknya budak tu siapa la aku nak judge diorang ni...

mula2 dia kerja aku macam pelik tengok budak kejap2 keluar lepas tu keluar lagi last2 kantoi sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua apa la nak jadi budak2 zaman sekarang ni,bila dapat tahu jer aku terus hilang feel nak baik2 dengan budak ni..hebat sangat ker perempuan merokok ni???
.



aku nak tanya pendapat lelaki la kan korang nak ker perempuan kaki rokok jadi bini korang???kalau aku memang tak ar...!!!

kesan merokok terhadap wanita:
pertama opkos la barah paru-paru wanita dan lelaki berisiko untuk mengidap penyakit barah paru--paru so jauhi rokok...

kedua sukar untuk hamil bahasa kasar MANDUL kalau mengandung pun mesti baby tu ada masalah,contohnya kelahiran bayi paramatang...

ketiga merokok juga boleh menyebabkan masalah batuk,berkahak dan susah bernafas aku selalu tengok budak tu batuk2...so berhenti merokok kalau  nak hidup lama!!!

banyak lagi kesan-kesan merokok terhadap wanita ni nak tahu lebih lanjut google sendiri...

Cara yang boleh diamalkan untuk berhenti merokok:

Persediaan minda terutamanya untuk melalui tempoh `gian' pada dua hingga empat minggu pertama selepas berhenti merokok. Ingatlah anda akan berasa lebih baik dan sihat selepas tempoh itu berlalu.

Buangkan semua rokok yang ada dan segala barang yang berkaitan dengan rokok.

Elakkan suasana yang menekan (stressful).

Elakkan kawan atau persekitaran yang menggalakkan anda merokok.

Jangan cepat putus asa dan jangan sekali-kali mengambilnya walau sebatang pun rokok sekurang-kurangnya selama setahun.

Gunakan duit yang dapat disimpan (kerana tidak membeli rokok) untuk membeli sesuatu yang berharga atau sesuatu secara berkala seperti majalah.

Banyaklah berdoa supaya usaha anda itu dapat diteruskan dan mendapat sokongan daripada keluarga, kawan dan masyarakat amnya. Menguatkan keimanan dan bertekad untuk menjaga amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.



Rangsangan dari luar seperti pengiklanan dan paparan idola remaja merokok perlu diberhentikan.

Memperbanyakkan ilmu pengetahuan mengenai gejala merokok dan melihat sendiri kesan buruknya terhadap manusia.




nota kaki busuk mu:


Tuesday, January 17, 2012

Official Video: Malaysia Airlines Missing You Flashmob at KLIA

assalamualaikum..

hai uolssss...yang cantek yang manis yang hensem korang ada tengok tak video malaysia airlines you flasmod at klia kecoh cik senah oiiii...satu malaysia, ker aku jer yang kecoh tapi kan aku suka giler tengok video ni memang terbaek dan  happening ...tak caya korang tengok sendiri video ni...

tapi kan aku tertanya gak ape tujuan video ni dibuat...????
jawapannya adalah untuk mempromosi mas rupanya baru aku paham ternganga jer aku tengok video ni mula2 aku ingat kan diorang ni giler meroyan hikhik choiiii....

ada orang cakap gara2 diorang dok terjoget sampai ada yang terlepas flight betul ker???ker propa jer lebih??


84 people missed their flight because of the flashmob.


biar benar aku tak caya macam2 orang komen pasal video ni ada yang suka ada yang meluat ada tapi apa pun aku suka video ni rasa nak join sekali joget tergedik2 kat situ...



























nota kaki busul mu:
seumur idup aku baru sekali naik mas tu pun orang belanja




Sunday, January 15, 2012

legging bukan seluar

assalamualaikum..
legging memang enak dipakai sebab pertama kain dia yang sesedap memakan sekeping roti canai cicah kari dan sesedap mata memandang tak kala gadis-gadis,makcik-makcik yang tak sedar diri dah tua tapi pakaian ketat macam nak ape..

tak kala memakai beliau maka terserlah la apa yang tak patut terserlah segala lelemak degil,selulit yang melata dibadan jadi elakkan memakai legging dok rumah nak tido boleh la tapi janji tutup bontot pakai baju besar-besar takde la seksi sangat..nak tahu lebih lanjut pasal legging jom kita seksikan mata dan saksikan sendiri video kat bawah ni yang dibawa khas oleh youtube..



diharap boleh dijadikan iktibar legging bukan seluar tapi underwear...ada paham!!!!!

nak tengok tak video couple gaduh gara-gara legging jadi jangan pakai legging..


                                                         agegege....lawak-lawak





nota kaki busuk mu:
pakai la pakaian yang sopan tak payah nak seksi sangat

Saturday, January 14, 2012

teringin nak jadi rock star tetiba...

assalamualaikum..



tajuk tak bleh blah nak jadi rock star kekonon..sebenar aku bukan nak jadi rock star tapi teringin nak belajar main gitar mesti best kan..untung sesape yang dilahirkan mempunyai bakat dalam bidang muzik tapi ada bakat kalau tak gilap tak guna juga kan...

semalam aku ada ler pergi tanya dekat YAMAHA nama dah YAMAHA kompen la mahal korang  bayangkan RM108 sebulan belajar seminggu sekali kelas setengah jam jer pe cer...mahal tu tak berbaloi kot...ker berbaloi????


aku teringin nak belajar main gitar ni jer ada sesiapa tak yang sudi ajar aku free of charge heeee...jasa anda amat la saya hargai kalau ada sesape yang sudi ajar aku hehehe...


best kan kalau pandai main gitar macam mamat ni...memang the best aku selalu tengok video dia kat youtube
lepas tu kan dia ni  friendly tau kalau kita komen video dia mesti dia reply rasa kembang semangkuk jamban dah la gua minat dia...cumi sudi u ajar i main gitar..hikhik!!!!



alangkah indahnya dunia kalau ada gitar secomel ni korang bayangkan bila aku pegang gitar ni mesti comey oh perasannya...


omaigod..... camner nak main gitar ni.....???


ni lagi giler gitar tapak kaki kahkahkah..

sekarang ni aku tengah pikir nak daftar kelas ke tak kalau masuk kelas agak2nya membazir tak???















nota kaki busuk mu:
saya telah mencilok gambar tersebut digoogle halal ekkk...tenkiu kedit untuk semua pic kat atas

Thursday, January 12, 2012

menunggu detik hari dan waktu

assalamualaikum..

hai dah lama aku bertapa,bertapa malas dan tepunya otak aku nak mengarang ayat empat kerat sebab takde benda nak dikongsikan dengan anda2 semua budget ramai giler baca blog aku haktuiii..

malam ni aku nak bercerita pasal aku nak pergi bali sekarang ni tengah membilang hari dan waktu insyallah bulan febuari 20/2/2012 aku akan terbang kesana perghhh...tak sabar sebab ni pastime aku nak pergi bali sebelum2 ni kalau dekat indon aku pernah sampai ke medan siyes best,lepas medan aku pergi jakarta and dari jakarta naik train pergi ke bandung memang terbaek shopping pun enak banget..

tahun lepas aku pergi phuket best gak tapi manusia2 kat phuket tak baper nak best sombong tahap tapir benci...benci...tapi tempat dia memang cantek seperti di syurga....

tempat ni sangat cantek tuan dan puan kita sedang berada di phi phi island kap kun kap....

tapi kat phuket shopping tak best pasal barang semua mahal sebab duit thailand dengan malaysia lebih kurang jer baik shopping kat malaysia jer kalau tawar menawar takde kena maki bagai....

kalau nak cerita bab cuti2 ni setahun tak abis sebab banyak benda kita boleh belajar bila sampai tempat orang,seronok tau sekali sekala melancong keluar negara tapi tak semua mampu kan setakat ni aku hanya mampu terbang sekitar negara seberang jer dua berang tak mampu ambo nanti la cari laki kaya mana tahu  dia boleh bawak aku pergi paris hahaha paris tuuuuuu...

jom kita layan gambar tempat menarik dibali ambo cilok gambar ni from goggle halal ekkkk haha...


tempat wajib berpelesaran dibali tanah lot....



ulun danu bratan pandai2 aku jer rasa betul kot nama tempat ni orang kata kat sini sejuk..


sawah padi yang sangat cantek pemes ni kat bali


uluwatu kat sini pun cantek gak..

banyak lagi tempat yang best aku tengah google tempat menarik kat bali sampai sana boleh request nak pergi mana2 awrrrrr...tak sabar!!!









nota kaki busuk mu:
kecoh kot padahal sebulan lagi nak pergi haha...

Monday, January 9, 2012

kelebihan ayat 128, 129 surah at taubah

assalamualaikum...


Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :

1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan
4) Terhindar dari dukacita
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya












nota kaki busuk mu:
share  agar kita sama-sama dapat mengamalkannya dan perolehi manfaatnya.amin...

Saturday, January 7, 2012

trw kaloh....nak wat guano

assalamualaikum...
sobsobsob....sedih pilu hampir menitis air mata ku hingus rasa nak nak meleleh hingga kehujung betis oh over pulok bukan apa aku baru jer lepas tengok bola klate lawan n.sembilan apo nak dikato klate kaloh takde rezeki la tu kito gomo dan terus bergomo hingga ketitisan akhir takbir....tetiba jer heeee

aku tabik bin tabib la kat mat yo kito boleh lihat dia bermain dengan begitu baik sekali tapi part last2 minit tu dia macam down sikit tapi apa pun sebagai penyokong setia the red warrior  ambo akan terus sokong dan sokong sampai bilo2 tak kiro kaloh atau pon menang...

tapi aku tak suka la ore kulit ite tu gapo ntah namo dio perggghhh...main bola mengelabah jer,syakir pun samo koya pah ceroh benci aku...lain kali sek demo main molek deh jago la ambo kelik cari demo diklate...deber teh bunyi...kawe kecek klate malam ni bijok dok heeee..

kepada cik abe sayo bakpo demo tak main bolanyo rindu nak melihat aksi kental demo...wiweettt
mula dah peel gile aku datang jangan si ramzul ni baca blog aku mau setahun malu kahkahkah....

              lagu ni ditujukan buat abe ramzul tersayang haha...








nota kaki busuk mu:
cinta ini membunuh ku jiwang kot malam ni

Thursday, January 5, 2012

pelik tapi benar

assalamualaikum...

apa yang pelik bila korang tengok gambar lori ni,gambar ni aku snap masa nak pergi kerja pagi ni siyes lawak...heeee



perhatikan betul-betul oh tak nampak ekkkk...jom kite zoom sikit!!!1

taraaaa...pandai tuan lori ni mengeja aku tabik tuan punya lori ni sebab dengan konfiden tahap gaban bawk lori ni hahaha.

AWAS MUATANI PANUANG...



nota kaki busuk mu:
apa yang kite buat yang penting konfiden heheheh....

Monday, January 2, 2012

tahun baru spek pun baru...

muka aku tahun 2012 masih sama tetap muda remaja...

muka gedik nak mintak penampar...

muka gedik nak mintak penumbuk...

muka budget comey nak mintak maaf kalau letak pic banyak sangat haha.....




nota kaki busuk mu:
bulan depan aku nak gi bali kena gigih cari duit heee