tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Monday, April 30, 2012

yeyyyyy...esok balik kampung

assalamualaikum...

malam esok aku akan memulakan perjalanan jauh seorang diri ke tanah tumpah darah ku kelate ku nan indah sudah lama tidak bersua muka dengan mak ayah kat kampung,ayam.itik dan binatang ternakan yang lain bertapa rindunya hati beta mengenangkan kampung halaman ku yang indah permai perggggg...intro poyo giler!!!!

mulai esok selama 2 minggu aku akan bertapa dikampung halaman dan 2 minggu juga ler aku tidak akan menjenguk blog kesayangan aku ni sebab kat kampung tenet takde nak pakai tenet pon kena pergi CC...mmm haram!!!!


bye...bye shah alam hai....hai kelate...ingat kelate ingat dikir barat,ingat budu ingat nasi kerabu,ingat nasi kerabu ingat nasi berlauk ok bye salam satu kelate jangan rindu aku tapi kenang la daku dalam doa mu kuang3....

letak gambar mana tau ade orang rindu aku kahkahkah...




Friday, April 27, 2012

cita-cita dan impian gilo ambo...

assalamualaikum...


nak ambek gambar dengan rimau macam acik ni peace comey kan????


nak jumpa obama lepas 2 aku nak cakap dengan dia asal ko udoh sangat peace...


nak jadi power ranger kalau boleh yang kaler pink 2 cool giler awrrr...


nak ada anak-anak yang super soleh,super ensem macam adik-adik comey ni anak sapo ler ni????



bila dah kawen nanti biar laki aku sweet forever macam atok dan nenek ni so sweet....



aku nak pergi kat tempat ni pergghhh....cantek siot abe bawok la ambo gi animoon sini deh...


last sekali nak pelihara landak cool giler.....

ok bye..

Wednesday, April 25, 2012

jom layan lagu ni...

assalamualaikum...
tengah2 jiwa kacau,serabut perot,otak tak baper nak betul,stress tencion dengan keje ada baiknya kita layan lagu ala2 slow2 tahap labi2 macam video kat bawah ni siyes aku suka lagu ni tenang jer jiwa dah sore si afgan ni merdu bab buluh betong perggggg....layan!!!!!


nak melalak karaoke lagu ni budget suara ko sedap sangat boleh layan video karaoke lagu yang sama kat bawah ni perggggg....terbaek!!!!

ok bye...


Monday, April 23, 2012

rajin-rajinkan diri ke dapur...

Assalamualaikum...

Sebagai perempuan kita kena ada kesedaran diri kalau nak ikutkan hati semua benda malas nak buat terutama sekali waktu2 cuti,macam aku sendiri cuti satu hari jer kalau ikutkan hati nak membuta jer sepanjang hari tapi ingatkan kita ni anak dara tak elok lepas tu banyak tuntutan keje nak basuh baju,kemas bilik yang tak ubah seperti reban ayam...

Ada juga jenis anak dara yang malas tahap keldai kalau tak disuruh liat macam ape entah,dulu aku memang macam ni kalau mak aku tak suruh kemas rumah aku tak buat perghhh gila pemalas tapi semenjak tua bangka baru terpikir asal aku malas sangat ekkk padahal mak aku takde suruh pergi tebang pokok ke ape suruh kemas rumah jer kot so sekarang budget rajin la sikit asal balik kampung aku tukang kemas rumah tiba2 bertukar anak dara rajin kahkahkah...

Kalau bab masak memasak aku rajin sikit walaupon keje masak memasak ni agak leceh sikit iyer ler kena potong bawang,kena tumis  bawang silap hari bulan minyak terpercik kat tangan dah berparut jatuh saham hakhakhak...tapi minat mengatasi segalanya walaupun aku jarang2 memasak tapi bila mood rajin datang awal2 lagi dah masuk dapur sampai bibik nak tolong pon aku tak bagi siap cakap bibik hari ni bibik rehat biar saya yang masak kuang3...

hari ni aku masak ni awrrrr malunya nak tunjuk...

udang masak sambal jemput makan semua...

ok bye nak makan lapar....


Friday, April 20, 2012

video ni buat aku nangis...

assalamualaikum....

aku suka lagu ni video klip pon best tak tahu ler nape aku bila aku tengok video tiba2 jer nangis,
satu sebab nangis mungkin rindu kat mak aku kot dah lama kot tak jumpa last jumpa bulan satu hari tu,tak sabar nak tunggu bulan depan alhamdulillah cuti dah aprove dapat la aku melepas rindu dendam dekat mak&ayah aku rindunya sobsobsob...

oh pasir mas tunggu ambo.....ok bye salam satu malaysia!!!!

Monday, April 16, 2012

cara masak maggi senang mudah ketiak tak melekit

assalamualaikum...
selamat hari isnin aku tahu asal isnin jer semua orang ada masalah monday blues sebab 2 hari korang cuti tidak bagi aku hari isnin adalah hari mood rajin sedunia sebab hari isnin aku cuti...

hari ni aku nak ajar korang camner nak masak maggi style aku ia sangat mudah tidak memenatkan badan sesuai untuk orang yang malas oh opkos menjimatkan gas kat tepi dinding rumah korang tu selain tu ia sangat cepat mudah lagi bijaksana...

bahan yang diperlukan:

1)maggi tak kisah perisa apa pun...

2)sebijik telor ayam nak guna telor penyu pon bleh..

cara masak:

masukan maggi kedalam mangkuk,lepas tu masukan air panas secukup rasa nak sikit ke nak banyak suka hati perut korang la kemudian masukkan mangkuk berisi maggi dan air panas tadi kedalam microwave
sila rujuk gambar kat bawah ni ahaksss...

kemudian korang tekan punat2 dekat microwave ni masak maggi ni selama 1-2 minit..

sementara tunggu maggi tu masak pecahkan telor tadi ke dalam mangkuk seperti tertera dibawah iyer..

keluarkan maggi yang telah masak tadi ketepikan kemudian kita masukkan pulok telor kat dalam mangkuk ni kedalam microwave kemudian masak selama 40 saat jangan lebih2 kan melayang telor tu kat dalam microwave tu..

inilah rupa telor yang telah siap dimasak senang tidak mengunakan setitik minyak pon bagus untuk kesihatan..

taraaaa...dah siap dah maggi kita tuan2 dan puan2 semua selamat memcuba....

motif entry saje nak ucap selamat menyambut ulang tahun nestle yang ke-100 dah 100 tahun beliau bersama kita ahakssss...

aku rasa hari ni aku terlebih rajin kot atau aku buat2 rajin atau aku terpaksa buat2 rajin sebab bibik demam selain masak maggi aku masak ikan masak lemak dan ini la hasilnya berbaloi-baloi...

aku masak tapi tak makan pon konon2 nak diet jadah diet makan maggi hehe...


ok bye kenyang2 ngantuk la pulok...







Friday, April 13, 2012

new famly member...

assalamualaikum...

aku telah bergelar moksu kepada 16 orang anak sedara mungkin tak lama lagi akan bergelar nenek sebab ada ura2 anak sedara aku nak kahwin hukhukhuk...tak dapat bayangkan diri ini dipanggil nenek!!!!

mempersembahkan ahli baru keluarga kami yang dilahirkan tarikh 16 march lalu...

nurarissa amir saifuddin

belum berpeluang lagi nak peluk cium,aku suka bau baby sedap jer rasa macam nak gigit2 bila agak2nya nak ada anak sendiri ahaksss...gatal!!!!

tembannya tak silap aku masa dia lahir 4 kilo lebih kot erkkkk...besar tu bersalin normal ok!!!


gambar terbaru macam dah kecik sikit tapi mantain comey i like baby tunggu moksu balik akan ku kerjakan mu.....

ni gambar famly tahun lepas tahun ni bertambah lagi cucu atuk dan nenek...


ok bye...

Tuesday, April 10, 2012

sweet 28 forever.....

assalamualaikum...
pada tarikh 10 april 1984 tepat jam 1.01 am maka lahir la bayi perempuan yang comey yang diberi nama NORZILAWATI BINTI OTHMAN ahakssss...

beliau dilahirkan dikampung batu karang pasir mas kelantan nak tahu mana kampung gua sila goggle....
masa beliau dilahirkan mak beliau ada ler bercerita serba sikit kata mak beliau masa nak diperanakan beliau kebetulan tengah ribut petir sedang melanda tapi beliau tak sabar nak keluar menjengah dunia serba indah ini patut la kadang2 perangai beliau ini macam ribut petir dah tau dah sebab dia ishhh...ishhhh....

hari berganti hari tahun berganti tahun kini beliau sudah berumur 28 tahun sudah tua bangka rupanya sedar diri bagus!!!!tapi ada orang kata beliau ni awet muda awrrrr...kembang lobang pernafasannya dipuji sebegitu rupa,well u no orghe2 pasir mas kan comey2 orang kata bukan aku yang kata kembang kempis lubang kentut bila dikatakan orang pasir mas comey lote....

hari ni dengan rasa rendah diri beliau nak ucapkan tenkiu i luv u untuk semua yang wish besday kat pesbuk awrrrrr....terharu sobsobob!jangan lupa kasi hadiah okssss uolssss hehe...!!!!

part serius:
apa-apa pun alhamdulillah allah masih lagi penjangkan umor untuk mengecapi nikmat hidup selama 28 tahun,harapan tahun ni semoga dimurahkan rezeki dipertemukan jodoh dengan insan baik hati insyallah dan semoga dikurniakan iman yang sempurna,akhlak terpuji,perkerti yang mulia,umur yang bermanfaat,rezeki yang halal,ilmu yang berguna,hidup yang dirahmati oleh NYA didunia dan akhirat.

jutaan terima kasih khas buat kedua-dua ibu bapa saya yang telah melahirkan membesarkan,serta mendidik anak mu ini menjadi insan yang solehah erkkkkk solehah kerrrrr?????

rindunya insyallah bulan 5 ni aku nak balik kampung yeyyyyy.....

kini saya mempersembahkan besday girl yang ayu lemah lembut mengoda,gadis ayu lesung batu dipipi ayu sungguh ayu....hikhikhik
sweet 28 forever and ever appy besday to me...

semalam ada orang tanya aku nak hadiah ape sekarang ni aku senaraikan hadiah yang aku nak

1)banglo sebijik siap dengan keta makesure siap dengan driver iyer i malas nak drive ni....
2)i pad 3,4.5.6,7,8,9.10.........
3)handbag LV butik klcc taknak lv pasar malam or lv uptown tak class uolssss puiiii...
4)percutian 2 minggu 60 hari kat korea ada bran
5)penampar ko nak eila????agaga

tapikan dapat dinner dengan arron aziz ok juga bhahaha...ok stop kembali ke dunia yang nyata!!!

ok sekian dulu kalau merapu lusa belum tentu habis bye i lap u muahhh...muahhhh...


Thursday, April 5, 2012

perbezaan sultan kelantan dengan bakal sultan johor


ambo banggo dillahirkan sebagai rakyat kelate semalam kelate menang main bola eh ape kaitan pulok dengan cerita sultan dengan bola,sebab kedua-duanya kami rakyat kelantan bangga bola pun makin hari makin best walaupun banyak kontroversi melanda semenjak dia menjak ni sokongan tetap dihati takbir!!!!!oh over ker haha....

kita sambung kisah sultan kelantan,dulu2 ramai rakyat kelate tak baper suka ayahanda dia sebab tak mesra rakyat macam gelaran orang bagi kat ayahanda sultan gelaran ape biar la rahsia takut akan kena pancung tak pasal2 haha,lepas dia ditabalkan jadi sultan semua orang macam suka la sebab sultan kelantan sekarang very the mesra rakyat dah ler sempoi gua tabik la kat lu tukar bahasa sikit patik tabik kat tuanku heee...

yang paling penting sultan pandai sembelih lembu see the hand la....


pandai buat rumah sempoi derrrr....terbaek!!!

Biodata Sultan Muhammad ke-V

* Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra

* Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan.

* Anak sulung daripada empat beradik.

* Dimahkotakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985

* Dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009

PENDIDIKAN

* Prasekolah - Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 - 1975.

* Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, 1976 - 1981.

* Kelas Persediaan - The Alice Smith School,

* A-Level - Oakham School Rutland, England 1983-1989

* Pengajian Diplomatik - St Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies 1989-91.

* Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan - Huron University College, London

* Pengajian Perhubungan Diplomatik - Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin.

* European Business Administration - European Business School London

HOBI

* Membaca

* Ekspedisi pacuan 4 roda

* Golf

* Kuda lasak

* Menembak

* Memanah

* Badminton

* Bola sepak

* Bowling

Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2010/10/tuanku-muhammad-faris-petra-sultan.html#ixzz1rAjTp4LG
Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com


ok bye....