tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Monday, July 30, 2012

puasa jangan tak puasa

assalamualaikum....

hai uollsss...dah 10 hari kita puasa tak lama lagi dah nak raya dah radio pon dah start pasang lagu raya gelojoh kan nampak sangat tak sabar nak raya,sebut pasal raya persiapan raya aku out off servic belum ada lagi budget untuk raya agak-agaknya bila la bos aku ni nak bagi duit raya hehe???tapi alhamdulillah tiket balik raya selamat berada dalam genggaman walaupon aku melilau cari tiket macam minah meroyan cuak giler kot aku pergi 5 kaunter semua dah habis mengelabah giler nasib baik ada lagi tu pon tiket bas tambahan belasah jer janji balik...

macam biasa la aku intro kalau tak panjang tak sah padahal aku nak share video ni jer serius kelakar korang tengok la sendiri kuikuikui....

wawa....kelakarnya ok bye puasa jangan tak puasa sesape puasa sila angkat tangan jerit hauhauhau....
sekali lagi siapa puasa sila angkat tangan jerit hauhauhau...




















nota bulan ramadan:
“Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa.” (S.al-Baqarah:183)








Friday, July 27, 2012

lagu mengamit rasa

asalamualaikum..

hai uolllsss...sihat kerrrr????camner puasa hopefully semua okeysss jerrrr...kan???sebab setakat ni aku tak pernah lagi dengar orang mati sebab puasa tapi masih ada yang degil taknak puasa macam semalam aku pergi beli topup kat 7eleven tetiba masuk la mamat hot mata aku usha dia kahkahkah kurang pahala puasa aku sekali tak puasa kot beli air bunga-bunga cinta dengar rokok dunhill jadah pukul 10 pagi beli air terus cancel nak wat laki puiii...harap muka jer hensem wei bawak-bawak la taubat!!!

nampak gaya aku merapu nak lari tajuk dah ni ok bebeh back to tajuk in upstair on my english so hancusss...
lagu ni memang memberi sejuta memori terindah waktu jaman-jaman muda dulu sekarang pon muda lagi hehhehheh..
aku punya la minat dengan kumpulan ni siap gunting gambar penyanyi kumpulan ni sebab dia ensem lepas tu tampal kat fail sekali ustaz belek fail aku zasss dia merampas kebahagian hakiki ku lalu memulakan ceramah percuma beliau lalu aku terpaksa meredakan kepergian beliau yang kacak menawan kolbu hehe..itu kisah jaman dulu-dulu maklum budak-budak lagi..kerana lagu ni aku terus gilos bayang siap hafal kot lirik lepas tu salin kat buku kahkahkkah kelakar giler bila ingat balik...

arrrrrrrr...hesteria jap kahkahkah...bila dengar jer lagu mesti ingat masa zaman-zaman sekolah dulu,kerana zarul umbrella la aku siap gaduh dengan member sebab berebutkan si zarul ni kelakarkan macam la si zarul
pandang ko budusssss...kuikuikui..

ok bye semua selamat berpuasa dan bersahur jom layan lagu ni sampai lebam to zarul umbrella i always luv u kahkahkah...mampos kena lempang kat bini dia bye adios...







nota bulan ramadan:

"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum beberapa teguk air." (HR Tirmidzi)








Monday, July 23, 2012

ape masalah lu derrr????


asalamualaikum,
hai uolsss salam sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa,selamat berbuka,selamat berterawih serta selamat segala-galanya...

aku pelik la semenjak dua menjak ni ada orang yang macam tak puas hati dengan aku,ape kesalahan aku pon aku tak pasti nak kata aku ada sakitkan hati dia memang tak la kot sebab aku cakap dengan dia pon jarang-jarang sekali dalam sebulan ada la kot dua tiga kali ,nak kata buat kesalahan besar takde kot,so sekarang lantak ada aku kisah...

apa yang aku rasa sekarang ni cuma ketidakpuasan hati sebab aku asyik dok pikir apa aku dah buat aku ada curi harta benda die ke,ke dah tak suka aku tinggal kat sini ok fine aku boleh blah anytime nak halau lagi bagus sebab memang kau dah tak larat lagi nak duduk sini ngadap muka dia....

so sekarang aku cuma tunggu dan lihat apa akan terjadi selanjutnya bulan-bulan puasa malas aku nak pikir pasal hal remeh temeh ni masalah diri sendiri pon belum settle lagi ni nak kena pikir masalah orang memang tak ler derrr....!!!


"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."

nota ramadhan:
"Pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan dari petunjuk, memperbezakan antara hak dengan yang batil maka sesiapa yang hadir di antara kamu di bulan itu hendaklah ia berpuasa". 
Al-Baqarah, 2:185.

Saturday, July 21, 2012

selamat berpose

asalamualaikum...

hai uollss...terlebey dahulu sebelum aku merapu aku nak ucapkan selamat berpose untuk semua umat islam seluruh dunia tak kira dimana jua anda berada.

first day berpose alhamdulillah semuanya ok cuma masalah aku bila pose pagi-pagi tu mula la loya-loya,mual-mual mungkin sebab perut terkezut kot pagi-pagi buta membaham nasi lepas tak cukup tido terkebil-kebil seorang diri tiada teman disisi sadisnya ayat aku...

azam pose tahun ni aku nak menambahkan lagi amal ibadat macam pergi terawih ke kalau sempat malam ni sempat la sebab hari hujung minggu kereta tak banyak masa aku balik keje tadi so boleh la aku drif laju sikit kalau hari biasa nak drif nak cilok sana sini susah sikit pasal banyak keta.

azam kedua macam azam-azam tahun lepas aku nak turunkan berat badan aku sebab aku gemok,sangat tak best bila semua orang dok habak mai kat kita ko gemok....ko gemok....ko gemok...mimpi ngeri aku dengar so sempena ramadan ni kalau boleh dalam masa sebulan ni aku nak turunkan 5 kilo insyallah ewah 5 kilo tu caiyok...caiyok...

buka pose tadi aku makan buah konon diet la kan makan nasi pon sikit jer kuih muih pon sikit aku banyak makan buah dan minum air kosong air manis kalau boleh aku nak elakkan sebab tak bagus untuk kesihatan perut so kawan-kawan amalkan minum air kosong bergelen-gelen supaya nanti takde masalah sembelit sebab selalunya bulan pose kita kurang minum air kosong lalu terjadi la masalah sembelit yang membelenggu usus anda...



ok bye selamat berpuasa maaf zahir dan batin eh tetiba jer...


nota bulan ramadhan:

Allah berfirman yang maksudnya:
"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (s.al-A'raf:31) 

Monday, July 16, 2012

bertuah ker????

assalamualaikum....

fuyooooo bertuah anak mak satu malaysia kecoh awwrrrrr....


masalahnya bertuah kerrrrr??????


warning!!!!!!!!
entry ini tiada lansung unsur-unsur jeles,dengki,benci mau pon apa-apa jadah ok bye!!!

Wednesday, July 11, 2012

tak payah nak melucah sangat ler...

assalamualaikum...

hai uollss...i be back jarang sekali  update blog malas aku plus kegersangan ideal diotak lagi pon kita tak kejar glemer eh tetiba jer kan...

hari aku nak tayang iklan paling lucah kat malaysia ni aku tak paham la macam mana diorang kasi lepas iklan-iklan berunsur lucah camni cam gampang jer bongok.sial haktuiiii nak nak muntah darah aku tengok!!


ketat,rapat,kemut,bergetah gel gegetah cinta sila dapatkan dipasaran sure hebat diranjang puiiii namharommm...

yang paling tak bleh blah model kemain tutup aurat bagai tapi terjelir-jelir macam tengah sangap tak payah nak sangap sangat ler benci...benci...benci...menjatuhkan maruah sebagai wanita muslim macam bagus jer jadi model iklan camni apa nak jadi ler hamboi terlebey emo aku malam ni...




kbai uolsss.....

Monday, July 9, 2012

video poyo khairul fahmi aka apek....

assalamualaikum...

hai uolsss bersiaran lansung terus menerus dari rumah hari senin biasa aku cuti,hari ni aku just nak share video poyo apek nama baru dia apekesh adrawalaskeprr yang comey i like eeee....gediknya aku!!!





siyes poyo tahap cipan tapi pandai juga mamat ni berlakon tapi aku ada sedikit ketidak fahaman bila menonton video ini muskil aku apa yang diorang nak citer pon aku tak paham tapi lawak juga...so selamat menonton peace yoooo....bye

Saturday, July 7, 2012

kelate juara liga super 2012

assalamualaikum..

hai uollsss....hop... hop...horeeyy...tahniah kepada pasukan kelate idaman hati kerana telah berjaya menewaskan perak 6-0 ko hadoooo????apa-apa pon aku appy rasa nak nak lompat pergi peluk bojan hodak eh...hahaha...!!!

kepada pasukan perak deme jangan la dok bersedih atau kcewa telah ditakdirkan oleh allah korang kalah malam ni so lepas ni jurulatih kena buat post mortem korek apa kesilapan pasukan korang tapi yang paling ketara pertahanan fail bila pertahanan fail habis ar....ewah aku budget hebat sangat pasal bola ni hahaha....

yang paling tak bleh blah mad gaddar selalu jadi mangsa keadaan asyik kena belasah jer nasib mu la mad gaddar wei tapi apa-apa pon gaddar is the best bab gelecek bola,kacau bilaukan kubu lawan dia memang the best...

tahniah kelate ambo sokong sokmo tak kiro kaloh atau pon mene gomo kelate gomo....




jangan buat tak tahu pulok dennis oh pon sokong kelate haha....

k bye...

Wednesday, July 4, 2012

haiwan peliharaan pilihan anda

assalamualaikum..

aku adalah pencinta haiwan berbulu tak kisah la haiwan jenis ape yang penting dia berbulu, kalau berkulit sejuk-sejuk,lembik-lembik harap maap aku memang tak suka aku geli yang amat tengok dari jauh pon aku rasa nak pecut 1000 meter...

bintang peberet aku kucing tak kira la kucing jenis ape kucing kurap pon aku layan gak sebab kucing kurap dia tak mintak dia dijangkiti kurap tapi dah nasib sebab tak terbelakan so jangan ko layan kucing kurap macam kucing kurap potong kaki la,pijat kepala sampai bersepai paling dashyat letak dalam plastik campak kat lombong tu namanya zalim...

kat rumah akak aku pon ada dua ekor kucing dua-dua betina tapi malang sekali akak aku dah mandulkan kucing-kucing kat ruman ni sebab pertama taknak kasi beranak pinak,so bila dah beranak pinak tu makanan pon kena acap kali kena beli so pembelajaan makin besar lepas tu yang paling tak bleh blah berak bersepah...

kalau diberi pilihan aku teringin sangat nak bela anjing sebab pertama anjing ni dia cerdik sikit berbanding kucing,tapi malang sekali menatang anjing ni harom makanya kita pandang jer ler dari jauh nak usap-usap harap maap...


anda kena siapa dia ni la anjing paling cute kat seantero dunia dan sangat pemes siap facebook sejuta like uollssss....ko ade?????tak caya korang bukak pesbuk BOO 


alolo tomeynya dia....baby come to mama!!!!


boo bersama bffnya comey gak aku rasa macam nak gomo-gomo jer asal la ko comey sangat?????

bela bintang sebenarnya boleh jadi terapi tau terutama sekali time kita stress bila tengok telatah haiwan-haiwan comey kita rasa terhibur,dulu aku ada bela hamster tapi dah arwah dah sobsobsob...malas dah nak beli baru tak sanggup lagi rasa kehilangan....


aku teringin nak bela kucing berbulu putih hidung penyet camni comey kot...baby come to mama!!!

ok papai...




Sunday, July 1, 2012

masalah besar sedang melanda jiwa....

assalamualaikum...

hai uollsss....tetiba malam ni macam rajin jer nak menaip entry bagai ikutkan hati malas takde mood sebab sekarang aku tengah susah hati tahap mak lampir bile time dia sakit tekak....korang kenal tak siapa mak lampir tu???tak tahu google sendiri!!!

masalah aku sekarang ni sangat berat benda ni buat aku dalam dipersimpangan dilema,kepala aku ni tak henti-henti berdenyut tensen,stress dan sedih hari-hari berendam air mata kadang-kadang rasa nak pecah kepala memikirkan masalah yang sedang membelenggu ni..

sekarang ni aku tengah pikir nak cari keje partime sebab aku ada sikit masalah kewangan yang merundum,so sekarang aku kena juga berusaha cari keje partime tak kisah la keje ape yang penting halal...

masalah lain sekarang ni aku perlukan sorang staf dekat tempat keje aku dengan segera sebab ada staf nak berhenti dan sorang lagi staf si peah tu dia dah transfer ke HQ naik pangkat la kunun sebab ko naik pangkat aku yang jadi susah haktuiiii....

masalah lain aku nak kena cari rumah sewa dekat area tempat keje aku tu tapi masalah aku aku tak baper fimiliar sangat kawasan bukit tinggi klang kalau ada siapa yang tinggal dekat bukit tinggi yang ada kekosongan bilik sila roger aku sebab aku sangat terdesak tahap campanzi dah ni...

tak tahu bila masalah aku ni akan settle ikutkan hati nak resign jer lepas balik kampung buat bisnes sendiri keje dah 10 tahun tapi gaji emmmm...celah gigi!!!ok bye