tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Wednesday, February 29, 2012

bali day 2 part 1

assalamualaikum..
nak nak sambung lagi story mory pasal bali apa benda yang ktorang buat,bangun pagi seawal 6.30 am tapi dah cerah terbelek rupa2nya pukul 6.30 bali lebih kurang 8.00 pagi malaysia masa sama tapi kat bali ni pukul 6 pagi dah macam pukul 7 pagi malaysia so gua terbabas subuh kuang2...

pung...pang..pung..pang siap mandi semua keluar bilik pergi sarapan tapi macam sayang nak tinggalkan bilik sebab aku ada bilik yang ohsem suasana pun ohsem..

ni bilik aku ohsem kan suasana pun cantek nyaman jer macam dok kat hutan rimba..

ni budak gemuk sedang bersantai2 menikmati udara sebelum bfest...

sambil bersantai ambek gambar keindahan resort ni cantek sungguh tak rugi bos aku booking kat sini..

ni salah satu bilik kat resort ni cantek sesuai untuk anda2 yang berhoneymoon..

kolam yang ohsem rasa nak berenang tapi aku tak pandai berenang...

turun bawah ada kolam lagi banyak giler kot kolam die, dekat tepi2 kolam tu kita boleh menikmati keindahan alam semulajadi siap ada sungai lagi kat bawah tu memang terbaek,tempat ni memang sesuai sangat la kalau korang nak berhoneymoon...

habis merendek2 kat kawasan resort tu aku turun bfest pagi tu aku just makan roti dengan telor rebus jer benda lain tak berani aku nak makan takut tak halal maklum la kat bali ni mojoritinya penganut hindu so bewere jangan sesuka hati jer makan mana tahu termakan benda yang tak halal nak makan apa2 kena beringat2 kalau korang2 semua pergi bali!!!

lepas bfest program ronda2 bali pun bermula nak tahu aku pergi mana nanti ler aku sambung lain kali penat ler hari rasa macam nak tido awal lak bye gud nite!!!!

Monday, February 27, 2012

FROM KL TERUS KE BALI

assalamualaikum..
mood nak mengarang ayat tak ketentuan hala,takde idea camner aku nak nak mengarang ayat 4 kerat tapi aku cuba la sedaya upaya..

sebenarnya perjalanan aku ke bali ditaja sepenuhnya oleh company tempat aku keje,trip ke bali ni merupakan trip company yang ke empat,trip pertama tahun 2009 ktorang pergi medan next trip 2010 ktorang pergi jakarta and bandung last year 2011 kami ke phuket and tahun ni 2012 ke bali ler kita...tahun depan dah tahu dah tapi belum kompen lagi so biar la rahsia hakhakhak..

so kita sambung cerita pasal bali,hari pertama takde ler menarik sangat sebab ktorang bertolak dari lcct ke bali pun dah petang sangat lebih waktu maghrib gitu baru berlepas,perjalanan ke bali dari lcct lebih kurang 3 jam sempat ler aku membuta best jer tido sejuk...


             wiweet aku naik airasia kaler hijau jakun jap hehe...



senja nan indah atas flight siyes cantek




time ni dah sampai bali flight ni dah nak landing view dia perghhhh wa cakap lu cantek giler....

rombongan cik kiah muka masing kemain mat saleh tu tumpang sekaki bergambar...


wiweett kami dah sampai bali...

sampai jer bali benda pertama yang ktorang buat ape lagi makan ler ktorang makan kat sini...

 best makan kat sini aku paling suka nasi goreng dia terbaek..


nasi goreng ikan asin sedap rasa dia lain sangat dengan nasi nasi goreng ikan masin kat malaysia ni...

habis jer makan ktorang bertolak pergi ke ubud perjalanan dari kuta ke ubud lebih kurang sejam sampai sana lebih kurang pukul 12 malam,ktorang bermalam dekat beji ubud resort, resort ni siyes cantek bilik dia mebles....jamban perghhh terbaek..



jamban kemain luas nak main kejar2 kat dalam ni pun boleh..

siap ada bathtab lagi sempat ler aku berendam dalam ni syok giler...

maklumat lanjut pasal beji ubud resort ni klik kat sini

panjang berjela entry aku kita sambung next time pulak ada gak orang muntah darah baca entry aku berjela-jela ok bye nanti aku sambung lak cerita hari ke dua aku kat bali...

Sunday, February 26, 2012

hey aku udah pulang ke malaysia...

assalamualaikum...

alhamadulillah aku dah selamat sampai ke malaysia dengan aman dan damai dan dengan itu saya umumkan bali is the best memang terbaek tersyok,seronok and ohsem...

nak cerita pasal bali ni 4 hari 5 malam pun tak habis tapi aku akan cuba sedaya upaya aku untuk syer apa yang patut,tapi bukan sekarang sebab aku masih lagi mood kepenatan dan kecapetan melampau tahap gaban,baju2 dalam beg pun aku tak keluarkan lagi penat plus malas nak kemas nak basuh lagu malas hehe...

sebagai mukadimah aku letak dulu gambar aku..wiwettt!!!!

                          wiweettt...saya di tanah lot...peace

Monday, February 20, 2012

bye malaysia

assalamualaikum..

tajuk tak boleh blah bye malaysia macam la taknak balik dah,saat yang dinanti telah tiba saya akan menuju ke destinasi cuti idaman aku,aku nak berlibur berjimba jembur dengan jayanya bukan selalu kita ke oversea,oversea tu kuang2...

pukul 3.00 pm nanti nak bertolak ke lcct,airasia jer ler aku mampu tu pun tunggu diorang buat sale percaya atau tidak tiket aku nak gi bali ni rega dia RM2 HENGGET JER sila percaya, nak naik mas harap maklum ler mahal kot...

ok la aku nak siap2 dah nak pack barang2 yang masih belum dipack,ok bye doakan perjalanan aku selamat bye malaysia pang penampar sebijik...

Friday, February 17, 2012

barang wajib bawa masa travel

assalamualaikum...

saat yang ditunggu hampir tiba sekarang ni tengah berkobar.kobar nak packing barang tapi macam awal sangat so kite taknak ler exsited terlebey-lebey sudah so just cool walaupun gedik-gedik nak pack barang kuang3...

so sebelum terbang membelah awan ke seberang laut harus iyer kita membuat persiapan awal barang ape yang korang perlu bawak masa nak travel so sampai sana kite enjoy takde ler korang nak kelam kabut...

barang wajib ada dalam handbag, paling penting pasport takde pasport haram korang nak melangkah ke seberang,bawak duit berjuta.juta hahaha tiba2 jer rasa macam kaya sangat,kalkulator pun penting,wet tissue pun penting mana la tahu jamban takde air so pakai la wet tissue,tisu tak baper wet pun perlu untuk lap-lap apa yang patut satu lagi bagi aku sangat la penting  oil control film teman karib ku kemana jua ku melangkah..last sekali hand sanitizer untuk mencegah ancaman kuman berbahaya...

barang-barang macam losyen,perfume,cream2 bagai jangan letak dalam handbag nanti kan tak pasal kena rampas kat imigeresen barang kecik2 takpe lepas tu jangan bawak dadah bawak dadih takpe hikhik...

oh hampir terlupa jangan lupa bekalkan ubat-ubatan macam panadol ker,minyak cap kapak,ubar cirit mana la tahu makanan kat sana tak baper sesuai dengan perut kita so ubat-ubatan ni sangat penting...

barang-barang lain ubat gigi,berus gigi korang bawak jer ler mana tahu hotel tu kedekut ada gak orang tak berus gigi,sabun mandi pun kalau boleh bawak barang-barang lain terpulang la kat korang,baju jangan lupa lak tapi takyah la bawak banyak sangat sampai sana kita shopping ler baju baru hihi...




nota kaki busuk mu:
tak sabar...tak sabar...

Monday, February 13, 2012

muka berjerawat????oh bencinya...

assalamualaikum..

muka anda berjerawat???semua orang diatas muka bumi tak suka bila muka dihinggapi jerawat aku sendiri pun tak suka tapi jerawat memang tak boleh nak dielakkan masing2 manusia kat muka bumi akan ada masalah muka berjerawat cuma yamg membezakan adalah teruk atau pun tak baper nak teruk aku alhamdulillah jerawat tu dalam sebulan seketul dua naik tu pun aku kecoh satu dunia woi muka aku berjerawat tak suka..tak suka..

bagaimana jerawat berbentuk???
kelenjar menghasilkan lihan minyak pada akar rambut(bulu roma),minyak terperangkap dan menutup lipori,maka bakteria menyerang dan radang(jerawat) terjadi,oleh itu jangan biarkan muka anda berminyak yang paling penting jaga kebersihan muka kalau rasa2 macam tak sempat nak cuci muka korang guna oil control film macam kat bawah ni...


make sure benda sentiasa ada dalam handbag penting tau untuk mengurangkan lebihan minyak pada muka baru la cun,erkkk cun ker heee....

banyak petua macam mana nak kasi jerawat tu hilang nak elakkan memang tak boleh kaum perempuan terutama sekali time pms tu mula jerawat naik sunggguh aku benci..

tips hilangkan jerawat:
1)ambek seketul ais lepas tu tuam kat jerawat nanti jerawat tu akan kecut la.

2)susu tepung,Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.minum pun sedap heee..


3)kulit kayu manis,Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Jadikan masker sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.

4)korang tenyeh lipstik ni petua orang tua dulu-dulu tapi aku tak pernah buat pun

petua yang horror anda sanggup atau pun tak sanggup jer nak buat gua memang tak ar...
korang korek hidung dan ambek tahi hidung yang dok paling dalam sekali lepas tu sapu kat jerawat euwwwww...

guna pad yang telah digunakan lepas tu sapu kat muka euwwwww...ni lagi gila tak sanggup gua...koarang sanggup ker???

nak dapatkan tips hilang kan jerawat korang tekan kat sini banyak tips2 macam mana nak hilangkan jerawat.

nak senang guna jer OXY 5

Oxy 5  - an effective acne-pimple medication which clears pimples fast

aku suka produk ni 2 hari jer jerawat dah hilang tak payah la korang nak korek2 hidung,asah2 kulit kayu manis tenyeh kat jerawat zaman dah moden kan hehe...!!!!









nota kaki busuk mu:
masa muda2 beliau la nak jaga bila dah krepot reda jer ler



Sunday, February 12, 2012

PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA (PERKOSAAN VISUAL)

assalamualaikum...



Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !


Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.

Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau Ibu anda.

Sebarkan pada MUSLIM yang lain jika kita sayangkan Sahabat Islam kita :)



rujuk gambar dibawah:




Tuesday, February 7, 2012

indah sungguh ciptaan allah...


sila keluar rumah untuk menyaksikan keindahan ciptaan allah...cantek sangat!!!!gud nite

Saturday, February 4, 2012

hafalan shalat delisa..

assalamualaikum...

sambil menaip lap-lap airmata sebab aku baru jer lepas tengok citer hafalan shalat delisa siyes citer ni best menusuk kolbu,sedih,merintih2 jiwa ku tengok citer ni,sedih siot airmata meleleh mencecah kaki overnya..

filem dibuat bagi mengenangkan peristiwa tsunami kat acheh tu,sebenarnya filem ni asalnya novel tapi telah di filemkan so tahniah la buat penulis dan pengarah filem ni memang terbaek....



sinopsis hafalan shalat delisa:
Delisa (Chantiq Schagerl) hidup damai di Lhoknga (30 Km dari Kota banda Aceh), perkampungan di pantai Aceh. Delisa gadis mungil periang. Ia bungsu dari empat bersaudara. Tiga kakaknya, Fatimah (Ghina Salsabila), Aisyah (Reska Tania Apriadi), dan Zahra (Riska Tania Apriadi). Ibunya bernama Ummi (Nirina Zubir). Ayahnya bekerja di sebuah kapal tanker perusahaan minyak internasional. Tsunami 26 Desember 2004 merenggut keriangan keluarga kecil ini.

Pada pagi 26 Desember 2004, Delisa dan Ummi sedang bersiap menuju ujian praktik salat ketika tiba-tiba terjadi gempa. Mereka ketakutan, sebelum sesaat kemudian gelombang tsunami menghujam kampung kecil nan indah itu. Tsunami menyebabkan tiga kakak Delisa meninggal. Sementara Ummi-nya, hilang entah ke mana.


pelakon semua mantap yang buat aku terpegun aku terpesona dengan keenseman abang askar aka smith ensem giler..



ensemnya kawen jom kahkahkah...


time ni buat jiwa ku gundah gulana dia cakap kat ummi dia DELISA CINTA UMMI KERANA ALLAH
sobsobsob..terus meleleh airmata gua rasa nak call mak aku dengan kadar segera nak cakap aku sayang dia kerana allah...i miss my mum

yang ni abi delisa part ni aku memang tak bleh tahan menangis bagai nak giler tak dapat nak bayangkan keadaan kat acheh masa tu sedih2...

nak citer pasal filem pagi esok pun belum tentu habis so korang tengok sendiri korang godeh2 la kat youtube teman sejati..so layan tapi sediakan tisu banyak2!!!

Friday, February 3, 2012

menyampah edisi kedua

assalamualaikum...

kali ni aku menyampah lagi sebab apa yang aku nak tak dapat,sebenarnya aku tengah cari kasut nak pakai pergi bali nanti hari isnin tu aku usha2 la kasut dekat vincci so aku terberkenan ler dengan satu kasut tu cantek kot pakai pun selesa,kebetulan hari isnin gaji aku belum masuk lagi so tak dapet aku nak shopping bagai sadis2..

so hari ni aku pun menapak la dengan hati yang berkobar-kobar ingin mendapatkan kasut tersebut tapi sadis sekali kasut tu dah takde OH TIDAKKKKKK.....rasa nak hentak2 kaki kat vincci tapi takut orang cakap aku giler lak...oh menyampahnya nyesal aku tak beli isnin hari tu...

satu benda lagi yang aku tengah menyampah tahap tapir makhluk2 tuhan dekat fb tak habis dok mintak kita main game aku dah pencen dah bab2 main game kat fb ni dulu memang la asal bukak fb jer main game,asal game jer fb tapi sekarang aku dah pencen sekali lagi iyer aku dah pencen toksoh dok ajak aku main2 game menyampah tau...mencik2...

amaran terakhir: