tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Sunday, October 28, 2012

selamat hari raya aidiladha...

assalamualaikum...

hai semua aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya adiladha,hari selasa hari tu aku balik kampung naik bas pukul 8 malam sampai kampung 4.30 pagi otak aku sampai skang macam tak betul toing...toing pening naik bas atau pening terlebih makan daging entah la bedah...

semalam naik bas lagi macam kelantan ke shah alam macam sejam jer dengan slamber naik bas padahal cuti dua tiga hari jer bukan ape tak best ar raya kat shah alam takde feel langsung raya macam tak raya tak meriah langsung mungkin orang selangor tak beraya kot,kat kelantan best kenduri sana sini makan daging rasa macam nak termuntah tapi seronok tak caya sila beraya di kelate atau pon korang kawen jer dengan orang kelate sure tak nyesal hehehe...

hari ni aku kerja yang paling tak best keje seorang diri orang lain cuti hakpuiii nyampah tapi esok cuti lagi yeyyyy...boleh main masak-masak lagi,kemas bilik yang paling penting sekali dah dua minggu aku tak kemas bilik kerana kesibukan yang amat dashyat ok la bye panjang pulok aku merapu bye selamat hari raya aidiladha makan daging kenang daku dalam doa mu...



Monday, October 22, 2012

nikon 1 yang menawan kolbu

assalamualaikum....

hari aku nak cerita pasal camera,aku ni jenis giler camera dan suke bergambar syok sendiri budget ko lawa sangat lebih kurang la,semenjak dua menjak ni aku terpikat dengan nikon 1 siyes camera tu smart,anggun dan menawan kolbu sampai lalu dekat depan kedai camera terus mata terpaku kat situ,statik macam aku sorang jer kat situ nasib baik air liur tak meleleh....


tu dia merah menyala membara semangat waja kuning berdaulat payung negara,biru perpaduan kami semua....


pink pon ada atoi tapi pink ni terlampau gegurl sangat tapi comey kan adusssshhh dush..dush..dush rasa nak tumbuk muka sendiri!!!!


putih pon smart juga sesuai dengan jiwa ku yang putih bersih lagi suci agegegege.....

tapi...tapi...tapi...aku hanya mampu berangan nak beli memang aku tak mampu cuci mata jer la mahal kot satu set dekat 3 ribu haktuiiiii...ya ampun!!!!rega dia lebih kurang dslr tapi camera dslr aku tak baper suke sebab besar gabak aku tak suke bawak benda yang menyusahkan hidup aku nikon 1 ni kecik comey jer boleh la aku sumbat kat dalam beg gabak aku baru rock...

sesape nak masuk minang i sila bagi i camera ni i tak suke cincin sebab i tak suka pakai cincin hehehe...ok bye

Sunday, October 21, 2012

kelate jogho....pialo malaysia gomo kelate gomo

assalamualaikum...

alhamdulillah....alhamdulillah...syukur padamu ya allah atas segala nikmat dan kemenangan yang telah engkau berikan perghhhhh ayat macam aku pulok main bola hehe...

apa-apa pon tahniah diucapkan buat pasukan negeri kawe yang sememangnya tidak dapat dinafikan kehebatan walaupon macam-macam kutukan,hinaan dan makian ada puok kawe kisoh hokaloh...

tapi bola malam ni the best sejuk kaki tangan aku tulang belulang macam nak reput dah nebes giler tapi alhamdulillah berkat kesungguhan pemain menunjukkan kehebatan memang terserlah malam ni kita boleh nampak kesungguhan masing-masing nak menang memang terbaek...

http://1.bp.blogspot.com/-uAbOD3g3JzI/ThBAzmiqTjI/AAAAAAAAASw/ePt9CA-KkBU/s1600/tahniah+red+warriors.jpg
gambar cilok kat blog seperti yang tertera kat image mintak halal ekkk...heeee

kepada atm usah la engkau bersedih dan menangis teresak-esak tak macho la kata tentera??? tahun depan cuba lagi mana tahu rezeki korang pulok kan....

ok bye kawe nak tido dengan lenanya gud nite gomo kelate gomo bye i lap u all....






Tuesday, October 16, 2012

mamat sakit jiwa...

assalamualaikum...




Sejujurnya, sedih dan terkilan dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang mengaku telah merdeka jiwanya tetapi pada masa yang sama tetap bodoh dan bebal menghina rakyat Kelantan tanpa ada sekelumit perasaan malu.

Terbaru, seorang tutor sambilan di UTM, Skudai yang bernama Shafie Rosli dari Johor menghina seluruh rakyat Kelantan . Benarlah orang kata, walau setinggi mana pun belajar tetapi ditakdirkan oleh Tuhan untuk menjadi 'bodoh' tetap juga membawa 'kebodohan' nya kemana-mana walaupun menyambung pengajian peringkat PHD pada umur 25 tahun.

Kepada Shafie Rosli, kami seluruh warga Kelantan mendoakan anda supaya anda selamat. Doa orang yang dizalimi dan disakiti insyallah didengar olehNya. Mungkin ujian awal Allah adalah memberi kamu 'kebijaksanan' menyambung PHD pada umur 25tahun. Tapi hari esok belum pasti.

Melaungkan 'say NO to fanaticim' , tetapi diri sendiri yang terlalu bebal dengan fanaticm. Inilah contoh manusia yang paling bongkak yang pernah kami jumpa.

Ngaji tinggi-tinggi , tapi bodo bertingkat-tingkat.

"Anda boleh membunuh 100 pemuda Kelantan, tetapi anda belum tentu mampu membunuh 1 jiwa pemuda Kelantan "

Ayuh share dan sebarkan 'kecerdikan' seorang tutor sambilan dari UTM ,Skudai ini.

Monday, October 15, 2012

pura-pura rajin

assalamualaikum...

hai uolssss...hari ni aku cuti bosan sungguh kalau time-time cuti macam ni kalau tak ada aktiviti yang boleh meransang otak serta minda aku ni jenis tak boleh duduk diam kena juga buat keje walaupon cuti so hari ni aku pon pura-pura rajin memasak dan boleh dikatakan hari ni aku terlebih rajin dari biasa...

juadah hari ni udang masak lemak putih tapi tak putih pasal air udang tu keluar dah rupa macam udang masak lemak kunyit pulok aiseyman tapi takpe yang penting sedap eh sedap ker?????

juadah kedua puding kastard untuk dessert ewah siap dessert bagai dan aku sure mesti kakak aku terkejut hari ni sebab aku terlebih rajin hehehe....

ok bye...

Sunday, October 14, 2012

boring-boring layan gak....

assalamualaikum...

salam satu kelate ahakksss...kelate mara ke final tapi perkara yang aku nak bebel tiada kaitan dengan bola hehe...

tadi aku baru jer lepas tengok cerita 29 februari dan untuk 3 hari dua-dua filem yang kurang mendapat sambutan tak rugi pon kalau korang tak tengok sebab dua-dua busannnnn...


siyes cerita boring tapi aku tengok gak sebab ada remy ishak ehem remy dah single hahaha...jom kawen!!!!



untuk 3 hari boleh la sekadar hiburan dikala kebosanan melanda jiwa dan ketika jiwa sedang ingin bercinta...hikhikhik terlebey gedik pulok...

kalau korang nak tengok korang tekan sini tak payah membazir langgan astro first.....ok bye selamat menonton.....


Monday, October 8, 2012

mungkinkah situasi ini akan berulang...

assalamualaikum...

entry ditengahari disaat ini aku tengah kelaparan tetiba timbul ilham nak menulis walaupon bakat menulis ke longkang iyer aku ngaku aku fail bab mengarang ayat seketul dua ketul tapi bila ilham tu datang tangan tak boleh duduk diam otak pon mula berfungsi macam enjin mesin rumput...over kan????

seperti yang anda ada ketahui kelate sedang menuju dan sedang menghampiri puncak piala malaysia   mampukah kelate mara ke final????nantikan hari jumaat nanti kelate lawan selangor....

yak kelih boktan gambar gelap pulok

mungkin situasi diatas akan berulang lagi????mungkin kalau kelate bermain secara bersungguh-sungguh tsunami merah akan melanda bukit jalil sekali lagi

mungkinkah kelate akan mara ke final atau pon tidak?????tibo-tibo ambo raso kenaling

mungkinkah ambo akan menghadirkan diri dibukit jalil sekali lagi???kalau kelate mara ke final mungkinlah aku pergi tapi kalau bos tak bagi cuti harapan la!!!!harapan,harapan menjadi layu ingin ku bahagia bersama mengapai piala malaysia bersama selamanya....

mungkinkah aku aku akan pergi stadium shah alam hari jumaat ni?mungkin kot sebab dekat dengan rumah...

baper banyak mungkin la aku ni ok la lapar nak makan dah la dok sorang kat rumah tiada berteman sobsobsob...sedih nak keluar kereta kena rembat atoi bosan.....k bye gomo kelate gomo






Friday, October 5, 2012

Awak awk yg SINGGLE..aminkn DOA ni:-)

assalamualaikum...



YA ALLAH..
Jadikan DIRIKU wanita yg SOLEHAH..
Yg baik diantara yg TERBAIK..
Dan kurniakn diri ku PENDAMPING yg BAIK..
Dalam mendapat sesuatu yg TERBAIK dariMU

AMIN YA ROBBAL A'LAMIN..