tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Monday, March 5, 2012

bali day 3

assalamualaikum...

hari ketiga dibali masa untuk ucapkan selamat tinggal beji resort sob...sob....sob...sob...sedihnya nak meninggalkan tempat ni,sebab aku suka suasana resort ni tenang jer mmmm....

sebelum checcked out ktorang breakfest dulu macam biase la telor dengan roti tetiba jer time ni rindu nak makan nasi kerabu mak aku sob...sob....sob...sedih2...lepas breakfest ktorang berpeleseran dulu kat pasar ubud masa untuk shopping tapi kat sini aku tak shopping sangat macam tak menarik ler baju2 pun kurang menarik diorang banyak jual macam barang untuk orang yang sudah berumah tangga i solo lagi tetiba jer kan hehe...!!!


macam ni la rupa pasar ubud pic ni aku cilok kat google malas aku nak snap2 gambar kat sini!!!

lepas shopping balik resort and checcked out selamat tinggal ubud akan ku kenang mu dalam doa ku dan ktorang pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya!!!

destinasi pertama mengisi perut yang lapar direstoren ni!!!


gambar cilok kat blog bos aku..

habis makan kami bergerak menuju ke tempat ni sebab makcik2 tu kecoh nak beli pinggan mangkuk,pasu2 bagai murah2 tau aku teringin gak nak beli seketul kat mak aku pikir2 balik tak payah berat kot!!!!


lepas habis nyopping kat sini kami bergerak lak kat ke gunung kawi untuk memanjat gunung..
nak panjat gunung kena beli tiket tau no free2...


muka masing2 kemain semangat nak panjat gunung!!!


sesape nak panjat gunung kawi kena pakai kain kat pinggang orang jual tiket tu cakap ada tempat suci harus memakai kain ini ibu-ibu semua...

sebenarnya tak panjat pun ada tangga nak panjat watpekan hehe...kat sini ada baper ratus anak tangga ntah aku pun tak baper tau sangat tapi view kat bawah wa cakap lu sangat menarik..



 
masa turun kemain semangat,sepanjang turun tangga tu ada kedai2 jual barangan kraftangan orang bali ni rajin diorang meniaga..

pemandangan indah sepanjang menuruni tangga cantek siot gayat jer sebab tinggi..

sampai jer bawah aku ternampak ni cantek2 terus terkinja2 nak turun bawah tu almaklum la kampung aku mana ada sawah2 bagai pokok getah banyak ler!!!

sebelum jadi pesawah berjaya kita bergambar dulu

kemain lawa lagi nak turun bendang tak sesuai langsung heee...

cantek kat sini hijau jer padi dia lepas tu bertingkat2 kalau kat malaysia petak2 kat sini bertingkat unik kan???

kat bawah tu ada pura ktorang tak turun pun kebetulan masa nak turun tu hujan la pulok rugi2 ape lagi berlari  naik atas masa nak panjat nak atas balik tuhan jer tahu azab semput nak mampos nak tak nak panjat ler tangga beratus anak tangga tu aku nasihatkan sebelum panjat tangga gunung kawi ni baik ko gi panjat dulu tangga batu caves!ngam2 sampai atas hujan turun kemain lebat nasib tak basah kuyup!!!

habis adegan panjat memanjat ni ktorang bergerak ke tempat lain lak kita pergi minum kopi tambah tenaga!!

ktorang pergi tempat ni bas agro tourism kat sini kita boleh tengok diorang proses kopi lepas tu boleh minum kopi free kecuali kopi luwak kena bayar sebab mahal dan kopi ini berasal dari tahi menatang kat bawah ni..
luwak ni kat malaysia kita panggil musang diorang cakap,diorang kasi itu musang makan biji kopi tu lepas tu musang tu berak maka keluar la kopi luwak hebatkan tu sebab dia mahal hahaha...!!!

pakcik ni tukang goreng kopi kemain meyembah titah heeee..

rupa kopi yang belum jadi kopi...

masa untuk minum kopi free macam2 jenis kopi yang ktorang rasa,kopi luwak pun aku rasa gak heee...hebatkan????




habis jer mengkopikan diri kami bergerak menuju ke kintamani ada apa kat sana jom kita liat yer ibu2 bapak sekelian...

ada gunung berapi masih lagi aktif masa ktorang sampai gunung berapi tengah berasap2 mula2 ingatkan awan lepas tu ada orang cakap tu bukan awan bu tapi asapnya gullpppp...takutnya!!!!

wa cakap lu beb kat sini memang best cantek,sejuk giler dan aku rasa macam nak giler...ok over pulok!!

kat sebelah gunung tu ada tasek menarik2....

wiwettt...saya berada digunung berapi meletupkan tak sempat nak mintak ampun hee...

masa ni ambek gambar kat balkoni bilik syok tido bersebelah gunung berapi yang masih lagi aktif hebatkan???

sementara tunggu nak pergi dinner ktorang jalan kat kawasan sini,lepak2 tengok gunung berapi tu lepas tu pergi dinner,ktorang dinner kat hotel jer tapi dinner kat hotel tak best ler tak baper kena dengan selera aku sikit jer makan tu aku banyak makan lauk nasi satu senduk pun tak habis...

lepas dinner ktorang pergi hot spring yang giler hot,yang syoknya pak kadek menager hotel book tempat hot spring khas untuk ktorang jer lelaki2 no entry bagus betul la pak kadek ni dah ler ensem!!!tapi kat sini takde gambar iyer puan2 dan tuan2 giler nak letak gambar tengah mandi..!!!

habis berhot spring kroohhhh...tido dengan nyenyaknya tamat cerita bali day 3 kali ni tak berpart2 sebab hari  ni macam rajin jer nak nak menaip panjang2 heee!!!!






No comments:

Post a Comment

kalau korang rasa korang sweet sila komen....