tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Tuesday, March 20, 2012

yes saya memang kampung girl

assalamualaikum...

gadis bandar,gadis kampung ada beza ker???jaman teknologi ni gadis kampung dan bandar lebih kurang jer,
kalau dulu2 mungkin ada bezanya tapi jaman sekarang gadis kampung semua dah up...up...underwear!!!
apa aku merepek malam2 buta ni???



sebenar aku nak mengreview novel yang baru jer aku beli semalam dan hari ni aku dah selamat khatam berkat kesabaran dan ketekunan pukul 3 pagi baru aku tido,kalau la aku baca quran macam baca novel dapat juga pahala dan berberkatan baca novel ape yang aku dapat???mmmmm

kita kembali point utama kita,pada pendapat aku novel ni sangat ohsem best menarik tertarik ko memang sempoi.jalan cerita yang simple,tak pening kepala tak meleret-lerat sampai ke tanjung keling,tanjung keling kat celah bedah mana ekkkk????so anda kat luar yang tengah tercari-cari novel apa yang aku nak beli so aku cadangkan korang beli novel kampung girl!!!!

tapi aku nak cakap sikit kat cik umi kalsom ni ada satu part kat dalam novel tu ada sikit kesalahan,lagu yang konon2 laki tu tujukan dekat bini dia tu yang tajuk hadirlah kasih sebenarnya bukan 4U2C yang nyanyi tapi kumpulan KGB yang sebenar-benarnya mungkin dia lupa kot nak buat research tapi takpe kesalahan kecil jer maklum la dia kan penulis yang baru berjinak2 dalam bidang penulisan ni!!!

tapi aku suka giler novel ni dari sepuluh bintang berkelipan aku bagi lapan bintang berbling-bling!!!!

terima lagu dari saya khas buat peminat novel kampung girl...

No comments:

Post a Comment

kalau korang rasa korang sweet sila komen....