tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Tuesday, October 11, 2011

Kerat alat kelamin akibat putus cinta


Kerat alat kelamin akibat putus cinta

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai putus cinta dan
menghadapi tekanan perasaan nyaris maut apabila memotong alat sulitnya sendiri
menggunakan sebilah pisau dalam kejadian berhampiran sebuah  restoran
di Danau Kota, Setapak, di sini, kelmarin.
Difahamkan, tindakan drastik lelaki terbabit mengakibatkan
alat sulitnya itu hampir putus selain kehilangan banyak darah.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa bernasib baik
apabila seorang lelaki berusia 26 tahun yang kebetulan lalu di kawasan
berkenaan menemuinya terbaring di bahu jalan dalam keadaan
berlumuran darah selain meronta-ronta menahan kesakitan sambil meminta pertolongan.
Menurut sumber, lelaki yang menemuinya itu
kemudian bergegas membuat laporan di Pondok Polis Danau Kota, di sini, sebelum
sepasukan anggota polis dan ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian,
lelaki terbabit dikatakan masih kesakitan sambil memegang kemaluannya.

“Mangsa dilaporkan pengsan dipercayai kehilangan banyak
darah ketika usaha mengangkatnya masuk ke dalam ambulans untuk dibawa
 ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), bagi mendapatkan rawatan,” katanya.
Difahamkan, pihak berkuasa turut menemui sebilah pisau
di lokasi kejadian dipercayai senjata digunakannya untuk memotong kemaluannya.

Menurut sumber, sebaik tiba di hospital, pembedahan
segera dilakukan untuk menyambungkan alat sulit mangsa.
“Pembedahan yang memakan masa hampir dua
jam itu dilapor membuahkan hasil apabila alat sulit lelaki terbabit berjaya disambung.

“Difahamkan, biarpun alat sulitnya itu berjaya disambungkan,
kemungkinan kemaluannya pulih seperti sedia kala adalah tipis,” katanya.

Mangsa yang kini ditahan di wad di hospital berkenaan
untuk rawatan susulan dilaporkan stabil dan difahamkan, selepas kecederaannya
 pulih, dia akan dirujukkan ke unit psikiatri bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, 
Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan
berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu pihaknya yakin tiada unsur
 jenayah dalam kejadian itu.
OMAIGOD........

asal dia kerat dia punya anu ekkk????ker awek dia komplain dia punya
anu tak cukup besar kot hehe...memandai jer aku buat spekulasi haha.....

tapi aku rasa mamat tu giler la,kalau waras idok la dia potong anu
dia dengan membuta tuli dan secukup rasa ajinomoto...




nota kaki busuk mu:
dari dok potong anu baik potong daging wat masak kicap sedap gak...

No comments:

Post a Comment

kalau korang rasa korang sweet sila komen....