tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Monday, June 25, 2012

syok gak layan dejavu dikinabalu...

assalamualaikum...

hai uoolsss...ambo kembali lagi dihari senin semenjak akhir-akhir ni malas sungguh aku nak berbelog bagai sebab otak aku agak bizi memikirkan benda lain so otak aku menjadi sangat malas untuk memikirkan benda-benda yang agak remeh temeh so banyak masa digunakan untuk melepak dan tido sambil membina lelemak dibadan...

ok back to the story sekarang ni kan mesti orang-orang kat luar tengah dok bizi tengok citer dejavu dikinabalu aku pon tak ketinggalan almaklum tiz eila sangat mememinati tiz zakiah so harus la aku pon tak ketinggalan macam orang-orang kat luar menonton drama yang sangat drama ni...so far drama ni memang best tambah-tambah aqasha dalam drama ni sangat kacak luar biasa terus jatuh cinta...

kxkXi dejavu di kinabalu sinopsis drama

untuk pengetahuan semua drama dejavu dikinabalu ni rupa-rupanya depa tiru drama korea summer scent rupanya ni la masalah orang melayu kita terlalu obses sangat dengan idea drama-drama negara luar kena report kat ZED ZAIDI ni kahkahkah....almaklum la zed zaidi ni kan anti sikit dengan orang-orang luar ni mana la tahu bila orang dok tiru drama korea kan dia sentap pulok...


gambar dari sumber http://behappybear.com

sibijik sejibong kot dejavu dikinabalu ni tiru citer summer scent ni tak cayo korang tengok sendiri cuma summer scent ni perempuan ni jual bunga pas tu bla..bla...bla korang baca la sinopsis kat bawah ni..



Synopsis summer scent

Starring: Song Seung Hun, Ryu Jin, Son Ye Jin, Han Ji Hye
Min Yu (Song Seung Hun) lost his first lover in an accident. When she dies, her heart is donated to Hui Yuan (Son Ye Jin), a high school student long suffering from heart problems. 3 years later, Hui Yuan is a professional florist with a bright and healthy personality. She is happily settled with her long-time boyfriend Zheng Zai (Ryu Jin). Min Yu comes back from overseas, but is still grieving over his first love. When Min Yu and Hui Yuan dramatically met in the hills while hiking, he takes care of her when she got hurt. The two returned home, and find out that they will be working on a project together renovating the Kara Hotel. Hui Yuan is mysteriously attracted to Min Yu although she still likes her boyfriend. Min Yu is able to see his first love's appearance in Hui Yuan, and believes that she is his second love. In this love triangle enters Zheng Zai's sister, who also falls in love with Min Yu. Like the scent of summer, the life of different people carry different obligations and attractions...


Synopsis  dejavu dikinabalu:



Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah
Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara
Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya
Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ
Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa



lebih kurang sama la tu kan memandai jer tiru drama korea tapi mungkin sama tapi tak serupa mungkin diorang ubah sikit jalan cerita dia..nanti aku nak tengol la cerita summer scent tu mesti best hero pon ensem awrrr.....i sukerrrr!!!!ok bye



Monday, June 18, 2012

macam mana nak cari calon suami???

assalamualaikum...

hai uolsssss....seminggu aku mendiamkan diri memencilkan diri dari arena pembelogkan sebab-sebab utama aku malas sebab kedua takde ideal seketul haram dalam otak aku ni nak mengarang esei 100 patah perkataan pon haram jadah sebab ketiga aku tak baper nak sihat kaki aku sakit aku jatuh tergolek sanpai bengkak kaki,kepala lutut sakit denyut-denyut akibat hentakan atas simen ingatkan dah pecah kepala lutut aku ni, tapi ape kaitan kaki dengan belog kan bukan kita mengarang ayat mengunakan tangan mmmmm...mushkil-mushkil????whatever la...

ok sebelum aku melalut yang bukan -bukan lari dari tajuk seperti terbentang diatas apa kata kita teruskan dengan isu-isu tersebut macam mana nak cari calon suami????perlukah kita mencari calon suami kita dipasar malam,dipasar pagi,pasar minggu atau pon pasar siang????

semenjak umur dah menjengah 28 tahun ni hari-hari aku bertanya pada diri sendiri bila la jodoh aku nak sampai???korang jangan ingat aku dah gatal sangat bukan ape kan tak kira la perempuan atau lelaki kita masing-masing mempunyai impian untuk berkeluarga ada suami,ada anak masak untuk suami dan anak-anak seronok kan kalau berangan perkara-perkara camni???

aku tertarik dengan kata-kata ustaz azhar idrus ni bila akak ni tanya dia....


so apa kata kita gunakan cara ustaz azhar berkenan inbox terus,sekarang ni aku dok berkenan kat anuar zain aku nak try inbox dia huahuahua....

sebagai perempuan opkos la sifat-sifat kemaluan tu menebal berbanding lelaki,lelaki senang asal berkenan jer terus mintak no phone pung...pang....pung...pang ngorat lepas tu couple lepas couple bila dah boring mintak putus senangkan jadi lelaki...pesanan buat lelaki kat luar tu....





aku suka dengan cara camni suka terus ajak kawen yang paling penting biar la lelaki yang datang pada aku tu yang baik-baik yang beriman soleh rupa tak penting paling komem pon dapat macam  mat haron aziz pon dah ok kot hahahaha...yang paling penting dia ada keje tetap!!!!

Jodoh kita adalah cermin diri kita sendri,
bila ingin mendapatkan yang baik.. jadikan diri kita yang terbaik..
bila ingin mendapatkan yang Solehah.. jadikan diri kita Soleh..
bila ingin mendapatkan imam yg baik.. jadilah makmum yang baik pula..
jangan terlalu sibuk menuntut.. Tapi jadilah apa yang kita tuntut terlebih dahulu.. :))




ok bye assalamualaikum...





Monday, June 11, 2012

makeup ala-ala tiz zakiah la konon....

assalamualaikum...

hai hari ni aku cuti asal cuti jer ada la benda-benda giler yang aku buat nak kata giler sangat tu takde ler tapi sekadar mengisi masa lapang nak keluar malas panas giler kot kat luar baik aku dok rumah lagi pon dua tiga hari ni tak sedap tekak ler macam nak batuk maklum la cuaca tak menentu kalau panas perghhhh kaw-kaw punya panas...

ok back tu tajuk,aku ni peminat tiz zakiah aku minat dia start drama nur kasih start dari situ la ler suka dia,aku minat muka dia yang comey,yang paling aku suka dia punya makeup cantek simple jer so hari ni aku pon mengila makeup ala-ala tiz zakiah masa abp hari tu...



 Tiz Zaqyah
cantek kan simple jer makeup dia tak tebal sangat nampak natural jer...

ni pulok tiz eila ewah tiba-tiba tukar nama kuang3...tapi aku makeup tak cantek macam dia sebab aku bukannya pandai sangat bab-bab makeup ni tapi ok la tu kan boleh la blah...

kita close up sikit...

lebih kurang ler tu macam makeup tiz zakiah tapi versi muka temban semangkuk...

ok bye....

Sunday, June 10, 2012

luahan hati budak-budak sekolah dan cikgu-cikgu

assalamualaikum..



kepada adik-adik yang bersekolah korang takyah gedik2 nak tido lewat baju sekolah dah iron belum jangan nak harap kan mak korang jer terutama sekali yang dah akil baligh tu tak payah nak gedik2 suruh mak korang lagi,keje sekolah yang dah terperut,terperosok kat celah meja tu dah dah buat ker belum comfirm sekarang ni ada yang baru terhegeh-hegeh nak buat keje sekolah,paling teruk esok mesti ada niat nak tiru kawan punya..eh macam pengalaman sendiri jer kahkahkah....

kepada cikgu-cikgu tak payah nak lemau sangat ler,dah tahu dah bila start buka sekolah mula la darah tinggi kencing manis tinggi balik nak ngadap budak-budak cerdik pandai dan terlebih pandai silap-silap esok ambek mc pepandai aku jer tak pasal-pasal aku kena maki dengan cikgu semalaysia...heeee...

so selamat bersekolah adik-adik,untuk cikgu pulok selamat mengajar dan belajar esok saya cuti krohhhhh nak tido ok bye....



mmmmm...macam takde motif pulok entry aku ni apa pendapat anda??????takpe ler slamber bomba jer la

Wednesday, June 6, 2012

jom curlkan rambut dengan barang terbuang...

assalamualaikum...

hai uollsss...sidang pembaca yang dihormati sekelian alam ada kerrr yang baca blog aku ni????ade kerrr????diulangi sekali ade kerrr?????hari aku nak share video yang super ohsem menarik tertarik jimat belanja serta menjimat tenaga dalaman cuma perlukan kepakaran yang maha dashyat.

pernah tak korang terfikir curlkan rambut dengan mengunakan paper bag,pen,dan t.shirt ?aku sendiri pon tak pernah terpikir semua barang-barang kat atas boleh digunakan untuk kasi curly2 rambut kite uolsss....anda tidak percaya sila tonton video yang telah sediakan dibawah...

video pertama curlkan rambut pakai paper bag...


 video kedua curlkan rambut mengunakan pen,diulangi iyer tuan puan mengunakan pen...


video ketiga curlkan rambut guna t.shirt


hebatkan????aku nak try buat guna t.shirt la nanti yeeyyyyy...selamat mencuba!!!!kbai

Monday, June 4, 2012

WHAT THE F*** X Janda-Jandaku Gangster....????

assalamualaikum..

jangan tak caya ada pula filem X JANDA-JANDAKU GENGSTER FUYOOOOO....



Sinopsis 5 bekas isteri. 1 cinta sejati. Ada berani? Hafiz merupakan seorang lelaki yang percayakan cinta, tetapi sentiasa malang dalam percintaannya. Di awal zaman remajanya dulu, dia telah ditangkap basah sehingga menyebabkan dia dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang berperwatakan tomboy. Sungguhpun tiada rasa cinta, persamaan yang ada pada mereka menjadikan hidup Hafiz gembira. Malangnya, selepas ibu Hafiz nampak bagaimana Hafiz dan 'isterinya' sama-sama mengorat wanita lain, 'hubungan' mereka itu akhirnya menjadi masalah. Hafiz melepaskan isteri pertamanya, dan menyerahkan tugas mencari isteri kedua, kepada ibu bapanya. Ibu bapa Hafiz mencari pula seorang calon isteri yang taat dan patuh. Pada peringkat permulaannya, Hafiz memang suka sekali mendapat isteri yang suka melayannya, tetapi lama-kelamaan, dia rimas sekali dengan sikap isterinya yang semakin hari, semakin robotik tanpa sebarang perasaan. Jodoh mereka berakhir juga. Calon isteri ketiga Hafiz merupakan seorang wanita kaya dan sombong bernama Sophie. Mereka berkenalan kerana minat yang sama dalam bidang permotoran, tetapi, selepas Sophie mendapat tahu tentang rahsia Hafiz yang pernah berkahwin lain, ditambah pula dengan sikap Hafiz yang suka mengikis wangnya, hubungan itu diputuskan pula oleh Sophie. Hafiz menemui isteri keempat di kawasan litar yang sama. Wanda seorang gadis litar yang seksi, dan suka berterus terang tentang statusnya yang merupakan seorang janda. Hafiz tidak kisah akan status itu, tetapi apa yang mengejutkannya ialah perangai Wanda yang amat pengotor dan selekeh - berlainan sekali dengan imej seksi dan bersih Wanda di luar. Hafiz bertambah terkejut lagi apabila mengetahui Wanda mempunyai 6 orang anak daripada 3 bekas suami dari bangsa, negara dan keturunan yang berbeza. Hafiz tak tahan dan terus angkat kaki. Hafiz berkenalan pula dengan Ziana di dalam satu kemalangan jalanraya. Ziana seorang kerani akaun yang amat prihatin terhadap nasib binatang. Melihat betapa prihatin Ziana menjaga binatang peliharaan ini, Hafiz pasti bahawa Ziana mampu menjadi isterinya yang mithali. Namun selepas perkahwinan, masalah berlaku lagi. Ziana memang pandai menjaga, tetapi Hafiz tertekan dengan sikap mengongkong dan queen controlnya. Dalam diam, Hafiz berkenalan dengan Arisa, seorang model sambilan. Kali ini, Hafiz percaya dia sudah menemui cinta sejati buat kali terakhirnya. Setahun berlalu semenjak Hafiz menjatuhkan talak ke atas Ziana, Hafiz pun memberanikan diri untuk melamar Arisa. Namun, Sophie yang berada semasa Hafiz melamar Arrisa enggan berputus asa. Dia mengumpulkan semua bekas isteri Hafiz untuk membalas perbuatan Hafiz itu. Arisa terkejut selepas mendapat tahu sejarah hidup Hafiz bersama-sama bekas isterinya. Dia enggan menerima Hafiz lagi, dan bersetuju untuk meneruskan perkahwinan terancang dengan lelaki pilihan keluarganya. Akibatnya, Hafiz jatuh ke gaung depresi. Bekas-bekas isterinya mula berbelah bahagi. Ada yang mahu membantu Hafiz mendapatkan Arisa sebagai isteri terbaru. Ada pula yang mahu memastikan Arisa tidak terus menjadi mangsa terbaru Hafiz. Siapakah yang berjaya? Siapakah yang layak mencintai siapa?


lepas ni mesti ada filem x mak-mak mertuaku gengster,x bapak-bapak mertua ku gengster,x bibik-bibikku gengster,x tukang-tukang kebunku gengster,x guru-guru besarku gengster,x cikgu-cikguku gengster,x pakwe-pakwe ku gengster,x makwe-makweku gengster,x ape lagi iyer?????kita pikir kemudian ok selamat menonton bye hehe....

Saturday, June 2, 2012

jom tengok ni sebelum beradu

assalamualaikum...

ewah kemain rajin aku mengupdatekan diri hari ni sampai satu malam dua entry hahaha...bukan ape aku dok layan video dekat youtube tetiba aku terjumpa video kat bawah ni sumpah kelakar nak mampos,kesian pon ade korang tengok la sendiri hahahaha....

amacam kelakar tak kahkahkah....siot jer kan!!!!

memandu la secara berhemah

assalamualaikum...

hai semua pembaca dan pengunjung blog tak baper best aku ni terima kasih daun keladi ada masa singgah lagi,kepada semua selamat menyambut bulan jun tak lama lagi nak pose dah,pose dah ganti belum aku otw baru dua hari puasa tinggal lagi lima hari uhuk...uhukk...
ok today aku nak story mory pasal perjalanan hidup aku selama lima tahun aku drive macam2 jenis manusia dah aku jumpa masa drive,macam peel yang menjengkelkan dan juga macam2 ragam yang boleh buat aku kencing manis...

jenis manusia yang aku jumpa sepanjang lima tahun aku drive:

1)jenis pemandu tak ada otak bawak kereta selamber hanjing dia jer boleh kena penyakit bengkek hati tau..

2)memandu pelahan tahap siput babi ni boleh darah tinggi naik mendadak

3)terlampau laju oh man ni boleh buat aku sakit jantung seriau tengok dia bawak laju sangat

5)sambil memandu jom berdating2 nak dating berhenti la tepi jalan huh....

6)kat trafik light boleh pula buat upacara cabut bulu ketiak tidak itu mengelikan yakkkkk...

7)ni satu lagu situasi kat trafik light yang aku selalu terpandang,terlihat secara tak sengaja hari tu aku tengok perempuan tu korek2 hidung lepas tu tenyah dekat stereng uweekkk..menanah mata yang memandang!!!

8)sambil drive boleh pula romen2 gilo2....

9)sambil drive makeup selalunya perempuan ler takkan jantan pula kecuali yang tu....paham sendiri la!!!

10)sambil drive boleh pulok dia baca surat khabar macam la kat umah tak boleh baca..

11)bawak keta sambil bergayut part ni aku paling anti sebab pemandu macam ni la keta aku kena sondol puiii...

12)last sekali ditujukan buat orang yang bawak motor,bawak motor hati2 sikit jangan main cilok mencilok bahaya sila hari bulan arwah hari 2 aku hampir2 terlanggar sorang mamat ni ada ke patut dia pergi buat uturn kat tempat tak sepatutnya nasib baik aku slow time 2 kalau laju tak tahu nak cakap ler derrr....

yang paling best selama memandu lima tahun aku drive macam jenis benda pelik yang aku jumpa contohnya ni..

aku tak tahu la proton ada keluarkan kereta waja jenis camni haha...

pandai dia mengeja....


ok bye selamat berhujung minggu....