tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Saturday, July 21, 2012

selamat berpose

asalamualaikum...

hai uollss...terlebey dahulu sebelum aku merapu aku nak ucapkan selamat berpose untuk semua umat islam seluruh dunia tak kira dimana jua anda berada.

first day berpose alhamdulillah semuanya ok cuma masalah aku bila pose pagi-pagi tu mula la loya-loya,mual-mual mungkin sebab perut terkezut kot pagi-pagi buta membaham nasi lepas tak cukup tido terkebil-kebil seorang diri tiada teman disisi sadisnya ayat aku...

azam pose tahun ni aku nak menambahkan lagi amal ibadat macam pergi terawih ke kalau sempat malam ni sempat la sebab hari hujung minggu kereta tak banyak masa aku balik keje tadi so boleh la aku drif laju sikit kalau hari biasa nak drif nak cilok sana sini susah sikit pasal banyak keta.

azam kedua macam azam-azam tahun lepas aku nak turunkan berat badan aku sebab aku gemok,sangat tak best bila semua orang dok habak mai kat kita ko gemok....ko gemok....ko gemok...mimpi ngeri aku dengar so sempena ramadan ni kalau boleh dalam masa sebulan ni aku nak turunkan 5 kilo insyallah ewah 5 kilo tu caiyok...caiyok...

buka pose tadi aku makan buah konon diet la kan makan nasi pon sikit jer kuih muih pon sikit aku banyak makan buah dan minum air kosong air manis kalau boleh aku nak elakkan sebab tak bagus untuk kesihatan perut so kawan-kawan amalkan minum air kosong bergelen-gelen supaya nanti takde masalah sembelit sebab selalunya bulan pose kita kurang minum air kosong lalu terjadi la masalah sembelit yang membelenggu usus anda...



ok bye selamat berpuasa maaf zahir dan batin eh tetiba jer...


nota bulan ramadhan:

Allah berfirman yang maksudnya:
"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (s.al-A'raf:31) 

2 comments:

  1. salam ramadhan... semoga ramadhan kali ini akan memberi sejuta keberkatan kepada kita semua.. amin..

    ReplyDelete

kalau korang rasa korang sweet sila komen....