tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Monday, June 25, 2012

syok gak layan dejavu dikinabalu...

assalamualaikum...

hai uoolsss...ambo kembali lagi dihari senin semenjak akhir-akhir ni malas sungguh aku nak berbelog bagai sebab otak aku agak bizi memikirkan benda lain so otak aku menjadi sangat malas untuk memikirkan benda-benda yang agak remeh temeh so banyak masa digunakan untuk melepak dan tido sambil membina lelemak dibadan...

ok back to the story sekarang ni kan mesti orang-orang kat luar tengah dok bizi tengok citer dejavu dikinabalu aku pon tak ketinggalan almaklum tiz eila sangat mememinati tiz zakiah so harus la aku pon tak ketinggalan macam orang-orang kat luar menonton drama yang sangat drama ni...so far drama ni memang best tambah-tambah aqasha dalam drama ni sangat kacak luar biasa terus jatuh cinta...

kxkXi dejavu di kinabalu sinopsis drama

untuk pengetahuan semua drama dejavu dikinabalu ni rupa-rupanya depa tiru drama korea summer scent rupanya ni la masalah orang melayu kita terlalu obses sangat dengan idea drama-drama negara luar kena report kat ZED ZAIDI ni kahkahkah....almaklum la zed zaidi ni kan anti sikit dengan orang-orang luar ni mana la tahu bila orang dok tiru drama korea kan dia sentap pulok...


gambar dari sumber http://behappybear.com

sibijik sejibong kot dejavu dikinabalu ni tiru citer summer scent ni tak cayo korang tengok sendiri cuma summer scent ni perempuan ni jual bunga pas tu bla..bla...bla korang baca la sinopsis kat bawah ni..



Synopsis summer scent

Starring: Song Seung Hun, Ryu Jin, Son Ye Jin, Han Ji Hye
Min Yu (Song Seung Hun) lost his first lover in an accident. When she dies, her heart is donated to Hui Yuan (Son Ye Jin), a high school student long suffering from heart problems. 3 years later, Hui Yuan is a professional florist with a bright and healthy personality. She is happily settled with her long-time boyfriend Zheng Zai (Ryu Jin). Min Yu comes back from overseas, but is still grieving over his first love. When Min Yu and Hui Yuan dramatically met in the hills while hiking, he takes care of her when she got hurt. The two returned home, and find out that they will be working on a project together renovating the Kara Hotel. Hui Yuan is mysteriously attracted to Min Yu although she still likes her boyfriend. Min Yu is able to see his first love's appearance in Hui Yuan, and believes that she is his second love. In this love triangle enters Zheng Zai's sister, who also falls in love with Min Yu. Like the scent of summer, the life of different people carry different obligations and attractions...


Synopsis  dejavu dikinabalu:



Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah
Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara
Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya
Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ
Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa



lebih kurang sama la tu kan memandai jer tiru drama korea tapi mungkin sama tapi tak serupa mungkin diorang ubah sikit jalan cerita dia..nanti aku nak tengol la cerita summer scent tu mesti best hero pon ensem awrrr.....i sukerrrr!!!!ok bye



2 comments:

  1. entah macam mana saya boleh tersangkut dengan drama ni. siap tunggu depan tb lagi pukul 7...

    ReplyDelete

kalau korang rasa korang sweet sila komen....