tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Sunday, July 31, 2011

jom join followers giveaway dekat blog gadis polka dot!!!!!


nak join klik benner...

lupa hari ni dah start pose:

sebut pasal puasa semua orang ada kisah masing2,cerita ni dah lama masa tu aku form 3 masih masih muda remaja sekarang dalam ketegori remaja purba,ceritanya camni setiap kali aku balik sekolah aku suka sangat buat air sirap lepas tu cicah pau,suatu hari tu aku lupa hari ni kita dah start puasa so dengan slamber badak jer aku pergi buat sirap cicah pau gila best ngap2 aku makan habis segelas sirap dengan pau lepas tu aku nak gi mandi,baru la aku teringat...jeng...jeng...jeng...

ohhhhh...man bukan hari ni puasa ker ya allah!!!!!!!!

mula la aku gelabah puyuh camner ni cakap dengan mak ar, eh tak payah aku tak sengaja kiranya tak batal la puasa aku hehehe....
aku teruskan juga puasa aku diamkan jer padahal perut dah kenyang dah bedal pau dengan sirap ngeeeee...

raya sedondong:
hari raya hari,hari yang semua orang dok tunggu, punya ar excited,tiap2 tahun kami sekeluarga memang pakai baju sedondong,macam tahun lepas kami sekeluarga pakai pink,tahun ni oren pula,tapi ramai lak kaum2 adam tak suka oren katanya oren colour macam keling,ada aku kisah aku tengok comey jer colour oren,disebabkan kaum adam taknak pakai oren makanya,kaum adam pakai cream colour gegirl pakai oren,meriahnya macam boria lak hehehe..
kalau makanan kegemaran dihari raya pilihan kami nasi dagang mak,perghhh sedap terbaek dari ladang,nak rasa sila jemput datang umah.

orang yang saya nak tag :
gary
hanim
aishah

.




selamat berpuasa....

assalamualaikum...

                                                       
syukur alhamdulillah,sekali lagi kita diberi kesempatan mengenter bulan ramadhan al.mubarak,bukan bulan yang banyak dijual murtabak,pada bulan ini,umat islam diwajibkan berpuasa bagi memenuhi rukun islam yang ketiga,ingat,wajib -bukan kuih wajit-!disebalik ibadah ini terselit didalamnya satu proses melatih diri -lebih dari PLKN-bukan saja yang berkaitan dengan ibadah puasa,tetapi juga perkara2 lain dalam hidup kita dengan syarat ia dilakukan bersungguh2 sehingga sebati bak sebatian dengan hidup kita,dengan memenuhi syarat2 berpuasa.

sekarang ni mesti mak2 kita tengah busy,fikir apa nak masak untuk sahur nanti,kalau dekat kampung seronok mak aku mesti tanya aku nak makan apa sahur nanti,lepas tu aku ngada2 la mintak macam2,orang nak makan daging masak kicap la,dengan telur mata bufflo yumyumyum mak datang sini skang orang nak mak masak sobsobsob....

agaknya mak aku tengah buat ape ler sekarang ni,dia terawih kot anak dia jer yang malas nak pegi terawih,insyallah esok aku pergi malam ni macam penat jer maklum aku hujung minggu pon kena keje lain la korang tak keje so,ape lagi pergi ler terawih!!!!!

ok la malas la nak taip panjang2 dengan itu saya istiharkan esok puasa,puasa tau jangan tak puasa....

bulan puasa kena muslimah sikit,tutup muka tak baik dedah2,selamat menyambut ramadhan almubarak maaf zahir dan batin......assalamualaikum

club cari jodoh....

assalamualaikum...
 cubaan nak tido tidak berjaya,jadi keje aku malam ni belek2 blog orang,singgah sini sana bukak fb,masa aku dok gode2 fb tadi tetiba mata aku terpandang fb club mencari jodoh hahaha tak bleh blah kelakar siot...!!!


Description

Kelab ini khas untuk mereka yang masih bujang terutamanya,yang dah berpunya tidak di galakkan untuk menyertai kelab ini.Kalau korang bertemu jodoh di sini,tanggung la sendiri ya:-p
lawak gila baban kihkihkih jangan main2 ramai tau orang like2 tapi aku tak sebab aku belum desprate lagi nak berlaki,tapi nak bersuami ada la tengah mencari yang sesuai hahaha...
sebut pasal jodohkan,katakan la korang bertemu jodoh dengan lelaki 5 tahun muda dari korang,korang terima tak????
lelaki muda tu kata saya suka dengan perempuan yang lebih matang sebab nanti kawen pandai jaga anak hehhehheh
kalau perempuan tu monopouse camner pula,mesti dia cari lain maklum la dia kan muda lagi......
patut ker kita terima lelaki yang lebih muda dari kita sedangkan ramai lagi lelaki yang lebih  berusia...????
kalau perempuan tu pon suka dekat lelaki tu camner ekkkk?????
risiko hubungan tak direstu,tu memang comfirm tak belah laki belah perempuan,bercinta bagaikan nak rak akhir sekali terputus ditengah jalan sobsobsob sadis....

nota kaki busuk mu:
aku suka dia

Saturday, July 30, 2011

nak header baru!!!!!!

assalamualaikum....

hai uollss...yang sedang membaca blog aku.ade ker orang baca blog udoh aku ni,blog aku hari ni sedikit berwajah baru bersempena menyambut ramadhan hehhehheh....!!!!
sebenarnya aku nak header comey macam blog korang tapi aku tak baper pandai nak buat header jadah ni,ade siapa2 boleh tolong buatkan header khas untuk akak?????

kalau bolehkan aku nak header comey yang bergerak2 pastu gedik2 comey kan????macam blog yuyu comey header dia jeles tau....!!!!!ada ke siapa2 yang pandai buat header sebegitu rupa???kalau ada sila tinggalkan komen,nanti kita story ar baper nak bayar bukan nak free aku tahu zaman sekarang orang nak cari makan zaman duit ler katakan!!!!

orang kata ayeem ayam pandai buat header?????agak2nya sekarang ni dia ade terima tempahan buat header tak???


nota kaki busuk mu:
saya nak header baru sila bantu saya

Friday, July 29, 2011

kalah tak bererti gagal

assalamualaikum...
hai uollss....harap hari ni semua orang ok,aku tahu sekarang ni semua orang dalam mood sentap 2 hari akibat kekalahan harimau malaya,kalah tak semestinya kita gagal mungkin kita perlu lebih berusaha dan cuba selidik balik kelemahan diri kita sendiri,kalah tu perkara biasa bukan  rezeki kita la tu walaupon kita berusaha sehabis mungkin kalau takde rezeki nak buat macam mana kan????

so korang tak payah nak sentap2 lagi tak lama lagi kita dah nak puasa,apa kata sama2 kita buang perasaan macam2 yang beraja dalam hati perut kita ni dan fokuskan pada puasa,mana la tahu tahun ni puasa kita yang terakhir ajal maut ditangan tuhan kan????? jadi bulan puasa yang bakal tiba ni kita mafaatkan dengan perkara2 yang berfeadah untuk diri kita sendiri.



nota kaki busuk mu:
ambo tak sabar nak pose pahtu rayo hahaha.....

Thursday, July 28, 2011

lagu ni dituju khas buat pasukan harimau malaya....

aku harap malaysia akan menang dengan jayanya malam ni,kalau tak menang entah aku no komen...
mungkin bukan rezeki kita,kalau menang alhamdulillah syukur nikmat malaysia maju rakyat selamat....
entry pendek jer sebab aku nak tengok bola kat stadium astro,tak kose akak nak pergi tengok kat bukit jalil....

ok bye

Wednesday, July 27, 2011

manusia tak sempurna

assalamualikum....
hai koranggggg....cuaca hari ni mendung dari pagi sampai ler ke petang tapi ada juga sesetengah tempat hujan dengan jayanya,hujan rahmat tu maklum la semenjak dua menjak ni cuaca mak aiii panas giler nasib ar aku belum gila lagi masih waras dan setia disini.

korang ada dengar tak pasal elia jejari runcing dan apek konon2nya hubungan diorang ni sedang retak menanti belah aku tahu semua orang sibuk dok buat entry citer pasal diorang aku pon tak terkecuali hehe biasa la benda tengah hot bagaikan keropok lekor dalam kuali yang sedang digoreng lalu dia meletop2 silap hari bulan minyak yang tengah panas tu terpercik kat muka sendiri kuang...kuang...kuang....

elia menganas dimuka buku


tu dia elia dah mengamuk kot iya pon ada masalah dengan tunang takyah ler dok umum kat fb,korang tengok la sendiri benda ni dah tersebar dengan jayanya,apa kata diorang bersemuka lepas tu selesaikan dengan cara baik bukan dengan cara macam ni sekarang semua orang dah tahu yang hubungan diorang ni memang bermasalah,entah la no komen....


                                  awek baru khairul fahmi che mat


satu lagi berita yang sangat hot pasal jimmy shanley dengan bini dia aku ingatkan diorang ni dah baik rupa2nya masing2 sedang menegakkan benang yang basah,antara diorang ni aku tak tahu siapa yang bermasalah sebenarnya,bini jimmy cakap si jimmy ni kongkong dia pastu pukul2 dia sebab tu dia nak cerai...


“Saya tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak yang berusia 32 hari walaupun sebelum ini Jimmy mendakwa akan menarik balik kes nusyuz terhadap saya.”


tambah Nursuhaila lagi, “Saya tidak akan kembali semula kepada Jimmy walaupun dia sudah berubah. Tetapi, saya maafkan kesalahan dia. Saya sudah tidak tahan dengan sikap Jimmy yang meraih simpati mengenai krisis rumah tangga kami di media.”.



                         bini jimmy shanley












nota kaki busuk mu:
manusia tidak sempurna,manusia tak lari dari melakukan kesilapan,kemaafan adalah ubat segala masalah.

betul ker ni???

assalamualaikum..
sebelum aku tido aku nak syer satu info betul ke tak aku tak tahu sebab tadi aku bukak fb diorang dok kecoh pasal hal ni.....

start hari ni slama 4 hari..jangan memakai pakaian yg berwarna gelap, disarankan juga mengunakan topi atau sunblock kerana besok merupakan jarak terdekat antara matahari dengan bumi dan besar kemungkinan akan ada peningkatan suhu sehingga 4 darjah C selama 4 hari berturut2... Sila perbanyakkan minuman air mineral atau air masak. Jangan lupa sebarkan info ini kepada keluarga terdekat...




ok bye skang aku nak tido dah pukul 1am.....

wordless wednesday # budak2 oku

Monday, July 25, 2011

manusia bodoh,ker haiwan tu yang bodoh?????



warning:
jangan tiru aksi ini dirumah.

tiket raya korang dah beli ker?????

assalamualaikum..
dalam beberapa hari lagi seluruh umat islam akan berpuasa,aku sangat teruja nak menyambut puasa bagi sesiapa yang belum habis puasa ganti tu cepat2 masa dah suntuk masa ni la korang nak maraton puasa.

macam biasa bila start puasa jer orang akan buat persedian untuk raya pula aku semua dah sattle tunggu nak raya jer,tapi bagi korang yang bercadang nak balik kampung naik kenderaan awan benda yang penting perlu kita buat sebelum buat persiapan lain adalah tiket bas atau tiket seangkatan dengannya kalau lambat beli alamaknya beraya la korang kat sini.

untuk pengetahuan korang semua tiket bas telah mula dijual seawal bulan 7 lagi,so aku tak sure ler samada tiket bas ada lagi ker tak tapi aku awal bulan lagi aku pergi serang kaunter tiket taknak aku jadi macam tahun lepas dua tiga kali aku dok ulang pergi tanya tiket tapi jawapanya sangat menghampakan,tapi nasib baik akhirnya ada gak tiket bas tapi tiket bas tambahan ler,kalau takde comfirm aku meroyan raya kat sini!

                                                         hehhehheh....saje nak tunjuk tiket bas.....






nota kaki busuk mu:
sila pergi beli tiket sementara stok masih ada

Sunday, July 24, 2011

rasa nak mengandung....

assalamualaikum..
keterujaan bila melihat anak syeikh muzaffar membuatkan aku nak kawen dengan kadar segera serta bunting pelamin 4 bulan macam krisdayanti dengan raoul lemas haha....
                                       
                                                               anak syeikh muzaffar 
                                                          alolo tomey2 come to mummy

bila agaknya aku ni dapat kawen mak aku taknak lak cari kan aku jodoh,mak tolong carikan jodoh untuk anak mak ni please orang nak menambahkan cucu mak dengan kadar segera perghhh....very desperado.

sebenarnya aku sangat jeles tiap kali aku balik kampung ada jer mak aku dok citer...

citer pertama
mak : eila saen mu hok dok skoloh dengan mu dulu beranok pulok doh...
aku:saen hok mano sor?
mak :tu la hok dok rantau panjang tu....
aku : ooooo.....

citer kedua
mak: eila saen mu hok dok ngaji skoloh ngan mu dulu nikoh dok ngandung 5 bulan.
aku :saen ore hol mano sor?
mak : hok dok kampung dalam tu la
aku :iyo ko takpo la dah jodoh dio emmmm....

penat aku dok dengar mak aku dok citer pasal kawan aku tapi aku dengar jer tapi dalam hati aku sangat jeles melihat kawan2 aku yang dah kawen serta beranak pinak apa nak buat jodoh belum sampai, tengah berusaha dan sedang mencari orang yang sesuai untuk dijadikan suami dapat suami yang baik budi perkerti  alhamdulillah..hehhehheh

kalau dulu2 aku selalu target aku nak kawen tahun 2012 kihkihkih tak lama lagi dah nak masuk 2012 dah pakwe pon belum ada lagi haram jadah la nak kawen 2012,tapi mana tahukan tiba tengah ronggeng2 kat pasar tiba2 terjumpe jodoh hahaha gedikssssss.....

                                                          sophie isabella yang comey lote




nota kaki busuk mu:
berdoa la semoga kita semua dipertemukan dengan lelaki yang baik dan beramal soleh.

Saturday, July 23, 2011

tempat letak gelang!!!!

assalamualaikum...
hai korang hari ni aku nak promosi barang baek punya khusus untuk golongan wanita yang mempunyai banyak koleksi gelang tangan atau glamer sikit bangle bukan bengong iya!

sebenarnya aku baru jer berjinak2 dalam bidang berniaga secara online ni so barang pertama yang aku nak jual kalau ade la sape2 berminat nak beli tempat letak gelang nama saintifik dia aku tak tahu so aku letak nama benda ni tempat letak gelang yang gojes!


sape berminat nak beli sila tinggalkan komen selalunya aku jual benda ni RM30 siap postage tapi sekarang aku tengah promosi harga dia sekarang RM25 include postage,tapi kalau nak suruh bagi by hand pon boleh tapi customer yang dok sekitar shah alam jer la kalau2 jauh2 kita pos!

ok kalau sape2 yang berminat nak beli sila tinggalkan komen dekat ruangan komen dibahagian bawah tu ekkkk ok bye!

Friday, July 22, 2011

nak buat promosi sikit!!!!!

assalamualaikum...
hai korang amacam hari ni ok ke ko beres atau rebeh?????hari ni company tempat aku keje buat majlis kesyukuran sempena pembukaan kilang yang telah beroperasi lebih kurang sebulan alhamdulillah akhirnya impian boss aku nak bukak kilang sendiri jadi kenyataan sila beri tepukan gemuruh untuk bos2 aku yang semuanya comey2 lote.puji bos dengan harapan gaji aku naik 20%




sebagai otai otai ler sgt maklum la dh keje lebih kurang sedekad dekat tempat keje tu aku pon turut rasa gembira kalau dulu diorang selalu berangan nak bukak kilang sendiri akhirnya tahun ni diorang dah berjaya,usaha tangga kejayaan tak berusaha mana nak berjaya kan?kalau siapa2 nak buat tempahan untuk uniform sekolah contohnya baju pengawas ker ape2 jer la yang berkaitan dengan sekolah boleh jer tapi kalau nak buat tempahan mesti dalam kuantiti yang banyak sehelai dua kami tak layan perghhhh....riyak bin takbur gamak bunyinya hehe...

tapi nak beli satu2 pon boleh macam baju sekolah yang dah siap jahit,selain baju sekolah kedai kami juga ada menjual kasut jenama bata,alat tulis so kalau ada siapa anak2 yang baru nak masuk sekolah tahun depan bolah berkunjung ke kedai canggih,baju sekolah canggih glamer tau,kain dia elok tapi mahal sikit tak semua orang mampu nak pakai baju sekolah jenama canggih.mahal2 pon berbaloi sebab kain dia elok, kalau  ada orang jual baju sekolah dekat pasar malam ke ape jangan beli sebab canggih ni dia ada yang tiruan punya so korang jemput ler datang kedai canggih ingat sekolah ingat canggih!


sebarang pertanyaan sila hubungi kami ditalian:
03-55110226(canggih shah alam)
03-33245226(canggih bukit tinggi klang)

atau boleh berkunjung terus dialamat ni:
kedai canggih
lot 162-163,jalan masjid,
plaza alam sentral,seksyen 14,
40000,shah alam selangor.

kedai canggih
no-71,lorong batu nilam 5,
bandar bukit tinggi,
41200,klang selangor.

nota pendek buat  bos:
boss naik gaji please 

Tuesday, July 19, 2011

blogger itu berlagak

assalamualaikum...
hye korang sihat,dah makan dah????ape tak makan lagi meh sini i belanja tapi u bayar ok tak????
hari aku nak cerita pasal sorang hamba allah ni boleh dikatakan beliau ni sedikit kurang ajar nak mampos nasib baik tak mampos lagi masih sihat serta masih cekal berblog serta memperkotak katikkan blog orang lain.

aku tak puas hati la dengan beliau ni asal ler dia buat entry macam tu tak sesuai ok itu namanya merendah2kan orang lain macam la kau tu hebat sangat,mungkin dia fikir dia hebat maklum ada lebih 800 orang follower,
kot iyer pon kau rasa kau ni hebat takyah la nak mengata newbie yang baru nak berjinak dalam bidang berblog ni,korang nak tau ape yang dia CORETKAN kat blog beliau.

aku meluat dengan blogger baru hari2 buat entry kadang2 sampai 4 entry annoying ok macam la ada orang baca blog diorang


kurang asam pedas betul beliau yang aku maksudkan bila menaip perkataan seperti tertera diatas OMD atau bahasa panjang oh my dear....
lantak la orang nak taip 4 entry atau 100 entry sekali pun ada orang susahkan atuk kau tak ada kan????
so tak payah nak mengata2 atau pon merendah2kan orang lain buang masa derrr baik lu focus dekat blog lu jangan sibuk nak mengata atau mencaci maki blog orang lain!

dari permerhatian aku blogger yang femes contoh terbaik ben ashaari tak ade pula dia nak merendah2kan orang lain siap bagi tips lagi tu namanya blogger sejati,kalau demo raso demo hebat apa kata share tips2 berblog dengan newbie kan lagi bagus dari dok mengata2 orang ape pendapat yang berhormat????

akhir kata berblog secara aman damai maju la blog untuk negara peace no war....


ok bye....



Monday, July 18, 2011

budak2 peminta sedekah

assalamualaikum..

hai semua apa khabar sihat ke atau ada yang kurang sihat maklum la cuaca sekarang ni tak menentu kadang2 hujan kadang2 panas terik kadang2 mendung kadang2 berjerebu,aku alhamdulillah sihat dan bertambah2 sihat dengan jayanya.

hari ni aku nak bercerita pasal budak2 yang dikerah menjadi peminta sedekah kesian kan siapa la dalang disebalik semua ni,dua tiga hari lepas aku ada pergi alam sentral shah alam atau lebih dikenali dengan nama jolokan P.A.S,masa nak balik 2 aku tengok ramai budak duduk melepak dekat tepi quality hotel aku ingatkan budak2 tu tengah tunggu mak bapak diorang rupanya tengah minta sedekah kesian giler aku tengok semuanya kecik2 lagi lepas tu aku dok pikir bila masa pula budak2 ni sekolah ekkkk????

aku tengok diorang ni semua dalam likungan umur 8 tahun hingga 12 tahun tak silap aku ler semua budak2 lagi kebanyakannya perempuan, habis mana mak bapak budak2 tu dok melepak kat umah ker???? lepas tu dia biarkan anak dia pergi minta sedekah dengan orang,giler bangsat nak bapak macam 2!

aku tak sampai hati tengok budak2 tu diperlakuan sampai macam tu tengok muka pun muka masing dok minta belas kesihan,walaupun diorang tu dapat duit tapi aku comfirm mesti duit tu nanti diaorang bagi dekat orang yang jaga budak2 ni siapa ler tu meh sini aku pang ko laju2.....

                                                                            gambar ni hiasan semata2 budak2 tu lebih kurang macam ni ler sian kan?????

ok bye.....

Sunday, July 17, 2011

mood berpose mula mendatangi...

assalamualaikum...
mood berpose mula mendatangi diri tak sabar rasanya nak berpose sebab utama aku nak berpuasa pertamanya nak mengandakan ibadat nak pergi tarawih seronoknya,sebab kedua aku nak kuruskan badan harap2 berjaya la sebab tahun lepas aku tak berjaya turunkan berat badan hempeh betul ni gara2 sebulan bulan pose asyik melantik pizza jer ,ni semua gara2 abang ipar aku asyik mengidam nak makan pizza jer aku pon turut serta berjemaah makan pizza yang mengandungi banyak lemak serta kolesterol yang boleh menyebabkan kegemukan melanda.

disebabkan aku ni pemangsa western food yang paling agung abab ini maka dengan jayanya aku telah menyebabkan berat badan melebihi bmi oh....tidak aku harap semua orang yang tengah baca blog aku ni doakan aku kurus,sebab baju2 aku mulai mengecut dengan jayanya aku sebut mengecut sebab aku tak boleh terima hakikat bahawasanya aku gemuk!

aku juga tengah risau takut baju raya tak muat sebab awal bismillah aku dah tempah baju sebab aku taknak kalut macam tahun lepas dok risau takut baju aku tak sempat siap makanya tahun ni aku pergi tempah awal2 aku harap muat takut aku nak try takut baju secara tiba2 mengecut!

semalam aku cuba petua nak kurus yang diperturunkan oleh abang ipar aku lalu aku pon cuba buat,
dengan mengunakan buah kedondong campur asam boi lepas tu blend lantas aku minum dengan rakusnya dengan harapan berat badan aku kembali normal,harap2 menjadi ler petua ni!



ok bye.......

Friday, July 15, 2011

Geisha - Cinta Dan Benci (VC + Lyrics)



aku suke sangat lagu ni kadang benci boleh jadi cinta dan kadang2 cinta boleh jadi benci tapi sebenarnyer sukar untuk kite bencikan orang yang pernah kite cinta mulut kata benci hati kata sayang betul x?????
jiwang pula aku malam ni hehhehheh....ntah ler tiba rindu dekat somebody aku rindu kat xboyfe aku semenjak 2 menjak ni die cuba nak ngorat aku balik x mungkin ler aku terima die balik lepas ape yang die buat dekat aku dulu hempeh,mencik tau!

semalam die call aku suara dia lain macam jer tangkap syahdu lak mamat ni aku pang laju2 kan baru tau,
kite kawan jer ler nak baik macam dulu nahi....nahi...nahi...x mungkin ler orang dah tawar hati dah dengan abang ceh....tiba abang lak haktui geliiiii!!!!

semenjak aku putus dengan die aku jarang sangat ktorg gaduh,tapi masa bercinta cintun dulu boleh dikatakan selalu gaduh seminggu baik 2 minggu gaduh macam 2 ler lebih kurang mungkin xde keserasian kot kawan lagi best,xde jodoh nak wat guano!

ok bye korang layan jer ler lagu kat atas 2 best tau i likeeee......

Thursday, July 14, 2011

cerita seram malam jumaat..

asalamualaikum....

hai sume malam ni aku nak citer kisah hantu kat korang sila ambek mood seram serap sume ketakutan dalam diri masing2 tapi jangan pandang belakang,pandang depan jer kalau pandang belakang camner korang nak baca tu pon kena cakap ker ishhh...ishhhh...

kisah ini berlaku lebih kurang 5 tahun lepas masa 2 mak aku sakit dan dimasukkan ke wad,mula2 2 akak aku yang jaga mak aku lepas 2 kebetulan akak aku ade ade hal so giliran aku lak kena jaga mak aku kat hospital,aku ni penakut sikit bab2 hospital ni aku x bleh tengok orang sakit balik umah mesti aku sakit sengal kan ntah ler..

kite sambung citer kite,so aku pon dari kl balik klate mak aku dimasukkan kt husm kubang kerian,memandangkan aku ni anak solehah aku pon balik ler klate cuti tanpa gaji sadis betul masa 2 dh ler aku tengah kering nasib baik tiket balik klate akak aku yang sponsor,makanyer menapak la kau ke kl sentral menaiki train skema giler ayat aku malam ni pukul 6.30 pm camtu aku naik train sampai klate pukul 10 am giler lama dalam train sumpah boring nak mampos dah ler xde kawan kat sebelah!

sampai pasir mas ayah tercyg tengah tunggu aku,penat xyah cakap ar sikit lagi nak pengsan tapi aku bertahan demi mak tersyg,sampai jer umah aku pon mandi makan sume terus gi hospital,sampai hospital peluk cium mak nangis2 bagai sebab aku x tahan sgt tengok mak aku sakit kurus sangat tau x pernah aku tengok mak aku sakit camtu sekali sobsobsob!

kite pendekkan citer iyer aku tahu mesti korang boringkan kata citer seram x seram pon,ok skang aku nak mulakan kisah seram aku tadi mukadimah jer!

masa tu maghrib aku pon nak gi mandi ,masa aku lalu nak gi toilet aku macam rasa ade orang dok usha2 aku so aku pon toleh tengok kat bilik sebelah bilik tu seram beb dah ler gelap bersepah lak tu eeee....
aku berenti jap usha2 kat bilik 2 buat2 brani padahal penakut nak mampos,aku usha jap aku pon blah aku rasa seram sejuk jer,siap mandi lalu lagi situ aku rasa ade benda jer kat bilik 2 aku blah cepat2!

dalam pukul 9.30 mlm camtu aku pon tido maklum ler x sempat rehat badan pon penat terus aku enak dibuai mimpi,lebih kurang pukul 1.00 am camtu aku tersedar,aku sedar jer aku cam blur jap aku katner ni lain macam jer tempat ni aku watpe kat sini,pastu aku usha2 macam bilik aku lalu maghrib tadi ni ya allah aku rasa nak menjerit 100 kilometer kose kuda korang tau x aku pon x tahu camner aku bleh ade kat situ
aku rasa cam nak nangis nak mintak tolong tapi sore aku x kuar aku pon baca ayat sikit masa ayat dah tunggang langgang aku dok baca ayat quran bantai jer ler aku pon lari kuar masa 2 aku ngah blur lagi aku ke hulu le hilir aku nampak nurse kat situ tapi ntah nape aku x gi kat nurse 2,aku rilex jap baru ler aku gi kat nurse tanya mana katil mak aku sebab masa 2 aku dah lupa dah mana katil mak aku,nurse tu pandang aku semacam jer aku nak citer kat die tapi masa otak aku blur cam orang bodoh jer!aku pon cari katil mak aku dengan keadaan mengigil aku baring baca ayat quran pastu ok,sedar2 jer dah subuh aku pon citer ler kat mak aku,aku kena kacau ngan hantu terkejut mak aku,keesokannyer terus aku demam mengigil2 badan aku seramnyer kalau bleh aku xnak lagi benda ni berlaku cukup ler sekali eeeee......takutttttt!!!!!!silap aku gak sebab malam 2 aku langsung baca ayat quran sebelum tido sebab penat sangat aku terlelap camtu jer mulai saat itu hari2 aku baca yasin pas smyg iyer aku ingin menjadi muslimah sejati hahaha.....muslimah ler sgt
seram x.....seram x......???????

                                                 kat hospital ni ler berlaku kejadian ngeri itiewwww......


                           

Tuesday, July 12, 2011

follower ke-30

Members (30)





follower blog aku dah mencecah angka ke-30 hehhehheh,30 pon nak kecoh ker?????
bukan ape aku just nak  ucap banyak tenkiu kat korang sume yang sudi  singgah n follow blog aku yang x baper gah ni,terharu akak..

tapi follower no-30 yang bernama lurvemember_09,asal x tinggalkan link yankkkk......x dapet akak nak terjah blog awk tau,orang lain pon sma asal korang x tinggalkan link lain kali kalau nak follow tinggalkan link senang sikit kite nak beramah mesra alam gituewww?????aku sangat menghargai golongan bijak pandai macam korang sume kalau x pandai x dapet kite nak taip2 entry pikir bagaikan nak pecah otak betul x?????

aku suke baca blog korang tau ni bukan bodek iyer ini adalah pujian ikhlas dari aku!
sume pandai kadang2 jeles lak aku tengok korang pandai wat entry aku kagum dengan kegigihan korang tau sweet ler korang ni hehe!

ok bye korang tenkiu peace!!!!!!!


Monday, July 11, 2011

10 aktiviti di hari cuti ku!

asalamualaikum....

ari ni aku cuti macam biase asal cuti jer banyak aktiviti yang wajib aku buat,first sekali yang aku buat pagi ni,pagi ler sangat lebih kurang pukul 11 pagi ler 2 kn???aku basuh baju yang aku dok peram seminggu dalam bakul emmmm dasar pemalas sangat gigih aku membasuh dengan bantuan mesin basuh alangkah indahnyer kalau mesin basuh tu bleh jemur dan lipat sekali,ade sape nak reka x  mesin basuh camtu????


aktiviti kedua lepas basuh mesti ler jemurkan???cuaca ari ni dijangkakan panas terik hingga ke petang!


aktiviti ketiga upacara memujuk anak sdare aku,sebab aku nak kuar tapi die nak ikut sampai nangis terguling2 
sadis aku tengok tangisan dan rayuan beliau tapi aku wat x tahu jer hehehheh....


aktiviti keempat aku keluar bukan jalan atau berdating iyer,aku nak gi servis kereta  sebab 2 aku xnak bawak beliau nanti mesti boring dok melangok kat bengkel 2!


aktiviti kelima aku dok tercari2 perodua servic kat icity shah alam 2,risau gak kan tersesatkan bala2 tapi setelah aku tawaf 2 kali kat kawasan  c2 maka tersergam indah ler perodua servic kat i city dekat jer pon aku jer x tahu!actually ni firstime aku gi perodua servic sebelum ni aku x pernah pergi pon menandakan aku pakai keta baru maka harus la aku servic kat c2 orang x tanya pon aku cakap aku pakai keta baru hahaha!


aktiviti keenam aku masuk kat opis die,masuk jer mata aku terpaku kat abang 2 eh...eh...eh...jambunyer macam ashraff sinclair ler,senyum jer tergugat iman akak,pastu die tegur aku iyer cik nak servic keta ker?iyer saya nak servic keta!nasib baik die panggil aku cik bukan kak atau pon puan,maknanyer die tau aku belum kawen dan anak dara rararara kihkihkih...


aktiviti ketujuh dok lepak kat perodua,pastu kebetulan kawan abang aku yang keje perodua ade kat c2 ape lagi aku suruh dia anta aku kat jusco malas aku dok kat c2,die dengan senang ati dan baik ati gi anta aku kat jusco sweet ler abang ni sweet ade makna 2!


aktiviti kelapan lepak2 kat jusco bukit raja dengan riangnyer,singgah mcd makan GCB sedap gak burger 2 besar,dengan pelahapnyer aku makan burger 2 sampai couple kat sebelah tengok jer aku ade aku kisah aku wat slumber jer!


aktiviti sembilan berjalan dengan lemah gemalainyer pusing2 jusco singgah popular beli novel akhirnyer dapat gak aku beli novel LAFAZKAN KALIMAH CINTA MU dah lama aku cari novel ni yang paling penting ade 20% diskaun hahaha seronoknyer!


aktiviti kesepuluh abang jambu call aku cik keta dah siap adussss sore die lembutnyer hehe...
pastu naik teksi gi balik kat perodua, abang jambu 2 tengah tunggu kat depan opis die senyum jer die alolo tomeynyer!sattle bayar terus balik!tengah2 drive baru aku teringat lupa lak aku nak tya nama abang jambu geramnyer kalau x bleh ajak kawen sekali kahkahkah!


tamat sudah aktiviti seharian aku ari ni!bye


nota pendek buat abang jambu:
ade jodoh kite jumpe lagi!!!!

Sunday, July 10, 2011

Singgah blog aku sat , bleh ?

Santai Bersama BEN ASHAARI

hehehe...saya nak join lagi segmen abg ben!
korang nak join gak klik2 kat sini

Saturday, July 9, 2011

abang terbang tinggi2....

asalamualaikum...

malam ni macam nak citer pasal abang terbang tinggi2 dengan harapan die akan singgah lagi kat blog aku kihkihkih,mamat tu memang suke melucah tapi aku suke baca blog die, banyak lak idea die nak melucah tapi walaupun die kuat melucah tapi follower die ramai kot,kebanyakan blogger laki memang suke melucah tapi dengan melucah tu ler ramai lak orang dok baca sambil raba2!

laki kalau melucah ade orang kisah ,kalau perempuan melucah mau kena hentam 7 keturunan mesti orang kutuk kaw...kaw...

orang mesti cakap camni!

eeeee....gatalnyer betina ni sengap sangat ker????

yerkkkk...sundalnyer

eyuuuuu.....mesti betina ni dah barai


bile perempuan melucah mesti ade jantan jongos yang nak try perempuan 2....

jantan jongos email:

hai u i suke baca blog,u buat i berahi jom kite ehem...ehem...i akan puaskan u!
kalau u berminat u bleh call i kat no ni 012345678910 pasal hotel u jangan bimbang i sattle kan!

email no 2 :
u pakai bra warna pe ari ni?????

email no 3 :
jom main enjut2 sayang!

lebih kuramg camtu ler jadinyer kalau perempuan melucah kat blog so gegirl sume jangan nak melucah lak x sesuai ok!

                                            saya budak baik saya x suke melucah....

hari jalan sesak sedunia...

asalamualaikum...
hari ni hari yang memenatkan dengan lambakan kejenyer dengan keadaan jalan raya x tentu arah penat giler beb,petang tadi sesedap jem roti kaya aku makan dok bersesak2 kat highway ni sume gara2 BERSIH ler bersih ler sangat,benda2 ni sume menyusahkan orang2 macam aku yang xde lansung kaitan dengan bersih.

sejam setengah aku dok makan jem bersalut kaya expired kat highway petang tadi,nasib baek keta aku auto kalau manual mau kematu kaki dok tekan klac tapi tekan brek lenguh gak kalau lama2,makanyer x sempat aku nak smyg maghrib ni sume ko punya pasal ler bersih terpaksa aku qada!

memang polis sapu bersih la dok wat roadblock dekat2 tol xde tempat lain ke diorang nak wat roadblock memang menyusahkan,habis sume jalan diorang dok tutup eeee...memang x patut!
aku nak pesan kat korang kot2 ler esok korang nak gi jalan ker nak gi dating aku cadangkan korang cancel skang gak sebab diorang dah cakap dah kat radio kalau sape nak kuar x tentu hala baek xyah!
kalau nak dating gak aku cadangkan korang kayuh basikal atau naik moto jer,atau pon dok umah jer lagi bagus dari kuar x tentu hala bersesak bagai!

ikutkan ati malas aku nak keje esok penatnyer nak bye nak tido.....kroohhhh

                            aku nak tido mimpikan Alex Pettyfer zzzzzzzz...ensemnyer

Thursday, July 7, 2011

jauhi lelaki seperti ini...part 1.


ciri-ciri lelaki yang perlu anda jauhi :
1) firstime dating 
mamat samdol : u jom kite jumpe i teringin nak kenal u jom ler kite jumpe i balanje u mkn!
 gegirl :bleh pe salahnyer!

dihari pertemuan....
mamat samdol : kite nak makan ktner ni?
gegirl : ntah i x kisah u yang nak belanja i makan!
mamat samdol : kite makan kat subway ler!
gegirl : ok

time nak bayar!
mamat samdol : alamak i lupa bawak wallet ler cmaner ni!
gegirl : xpe biar i bayar (sambil wat muke x puas ati )

 sila jauhi lelaki seperti diatas die bawak wallet saje jer xnak bayar kedekut taik idung masam!

to be continue....

Wednesday, July 6, 2011

seru vs karak

asalamualaikum..

aku rasa aku dah tertinggal bas orang lain mesti dah tengok dua2 citer 2 sampai lebam tapi aku baru jer tengok 2 ari lepas 2 pon abg ipar aku beli cd cap lanun nak harapkan aku beli mng x ar aku tunggu raya jer ler tup2 die dh beli so far kedua2 citer ni ok la,tapi antara seru n karak,aku lagi suke citer seru takut beb citer seru ganas woooo,pelakon2 dalam citer seru ni sume x baper nk glamer sangat tapi diorang memang pandai jiwai  watak masing2 tapi yang paling x bleh blah camera terhuyung hayang pening aku,konon2 citer seru ni nak buat ala2 kisah benar  ler konon tapi ok la citer ni x bosan!


Filem Seru

Artis Malaysia filem  | 26 April, 2011
seru posterSinopsis Seru:- Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk “Jangan Bernafas”. Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku diluar jangkaan mereka. Pada mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikanan filem tersebut ingin menjadikannya sebagai “footages” menarik untuk tujuan promosi filem tersebut. Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal…. tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi .
Apakah yang akan terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu entiti yang tidak diketahui?. Nantikan kesudahan filem SERU, yang akan menemui penonton pada 28 April 2011. Antara barisan pelakon ialah Awal Ashaari, Pierre Andre, Nora Danish, Shaarnaz, Qhaud AF7, Dazrin, Sufian Mohamed, Nisha Dirr, Khatijah, Cut Mutia, Dewa Sapri dan ramai lagi.
Tajuk Filem:
Seru
Pengarah:
Ming Jin, Pierre Andre
Penerbit:
Tayangan Unggul Sdn Bhd & Hanamia Services Sdn Bhd
Dipawagam:
28 April 2011
Pelakon Seru:
Sharnaaz
Cut Mutia
Azman Hassan
Nora Danish
Awal Ashaari
Pierre Andre
citer karak bagi macam biase jer citer die nak kata takut sangat x,pelakon citer ni sume pelakon baru aku tengok diorang x baper pandai ler berlakon terutama sekali shahir tapi xpe ler die kan baru firstime berlakon kira ok ler 2!tapikan aku x pernah tahu lak kat karak ni berhantu sebab setakat ni aku dok ulang balik kg taik hantu pon aku x prnh jumpe hehe...!tapi kalau bleh aku x nak terserempak ngan hantu cukup ler sekali aku kena nanti ler aku citer kat korang kisah aku n hantu!

Filem Karak

Artis Malaysia filem  | 25 May, 2011
karak posterSinopsis Karak:- Filem Karak ini mengisahkan sebuah cerita lagenda dan kisah seram di sepanjang lebuhraya Karak dan merupakan filem seram cubaan pertama terbitan KRU Studio yang diarah oleh Yusry Abdul Halim.
Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.
Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.
.
Tajuk Filem:
Karak
Pengarah:
Yusry Abd Halim
Penerbit:
KRU Studios Sdn. Bhd.
Dipawagam:
26 Mei 2011
Pelakon Karak:
Shahir AF8
Sheera Aiyob
Kilafairy
Md Eyzendy
Sidek Hussain

hehhehheh yang benar aku yang ketinggalan zaman...ok bye


wordless wednesday


Tuesday, July 5, 2011

stress...

asalamualaikum..

semenjak 2 menjak ni macam malas jer nak update blog,seminggu dua banyak sangat keje kena buat haru biru hidup aku stress pon mula mendatangi diri kepala aku mula berdenyut2 nyut...nyut...telan panadol pon x jadi penyelesaian masalah ni aku tido,sebelun tido kena buang sume masalah yang membelenggu kalau dok pikir comfirm x bleh tido.

semalam tiba2 jer bos panggil meeting,so aku dapat rasakan aura yang x baper bagus gerak hati aku kuat mengatakan someting wrong somewhere,betul ape yang aku dok rasa 2 teruk gak kena semalam tapi aku just let go jer buat jer ape yang bos nak,aku ni makan gaji jer so aku redha dan ikut jer kemahuan diorang!

susah nak puaskan hati orang,sume yang kite buat ade jer yang x kena sabar jer la,aku x tahu nak wat camner dah aku cuma mampu berserah ayat cam jiwang jer haktui,aku sebenar dah bosan keje dengan akak aku ni aku nak resign tapi pikir balik kesian lak xde staf kan susah lak banyak benda kena pikir pening aku.

semalam benda yang aku paling x bleh blah die dok bandingkan staf baru 2 dengan aku,iyer die memang bagus aku akui sendiri ler,die memang rajin aku ni pemalas,malas2 aku keje aku aku siapkan tanpa bertangguh,tapi xsoh la dok bandingkan aku dengan die aku tahu die 2 staf kesayangan bos ok fine ade aku kesah!

satu lagi yang aku x bleh blah ade ke patut suruh orang buat keje diluar kemampuan diri,aku x suke orang paksa2 aku,aku benci ok!bleh lak cakap aku ni x pernah nak improve kan diri sendiri sume orang nak mahu maju dalam kehidupan nak buat benda baru dalam hidup bukan setakat duduk melepak jer.

tapi benda ni x bleh buat secara drastik kena slow2,aku ni study bukannyer tinggi mana setakat spm jer,tapi aku ade keinginan nak berubah aku nak belajar benda yang baru dan nak improve diri sendiri!
tapi kemampuan seseorang tu ade batasannyer,selagi aku mampu aku akan buat kalau dah x bleh aku akan stop,mybe setakat 2 jer yang aku mampu,so pasni xde ler orang nak paksa2 aku,lagi pon aku ade impian aku sendiri aku xnak seumo hidup aku keje kat sini jer,aku kalau bleh suatu hari nanti aku nak bukak salun 2 la impian aku semenjak dulu lagi,aku harap suatu hari nanti aku dapat jadikan impian aku menjadi realiti insyallah korang doakan aku.

100 ekar tanah aku membebel malam ni bosan xyah baca hehe...ok bubye!

Add caption