tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Tuesday, August 9, 2011

juadah top dibulan puasa

assalamualaikum

setelah membuat kajian disebuah bazar ramadan selama 88 minit 44 saat maka sahih dan tidak ragu-ragu lagi bahawa juadah ini yang mendapat tumpuan ramai dan undian sms secara berkala dengan mengunakan kuasa kuda 600 kilometer persejam...

calon-calon juadah top dibulan ramadan adalah:

1)buah kurma atau tamar
gerenti permintaan meningkat bila tiba bulan puasa

2)bubur lambuk
 sedap dan mudah ditelan takkala seharian kerongkong kejang kerana ketandusan air

3)murtabak
 fizikal yang gebu dan aroma ketika diatas kuali panas mengelorakan nafsu serakah

4)air tebu
 perahan terpercik dari batang pokoknya memercikkan air liur pemuasa yang lalu lalang

5)bunga api
eh..ni sejenis makanan ke?dah tentu bukan tapi permintaan dikala nak raya semakin berbunga2

6)ayam golek nama glamer kenny roggers
 fizikalnya mengiurkan tanpa sehelai bulu disamping haruman rempahnya amat mengoda

7)ikan bakar
dari jauh lubang hidung akan mengembang kuncup meyedut aromanya

8)lai ci kang
 campuran isi kandungan amat mengasyikan ketika melayannya dimeja makan

9)kiuh muih yang jarang atau mungkin tak pernah jumpa langsung

10)segala jenis juadah yang dijual kerana lapar segalanya nampak menarik

sekian

ok bye


nota kaki busuk mu:
esok macam nak berbuka dengan aiskrim sedapnya



No comments:

Post a Comment

kalau korang rasa korang sweet sila komen....