tabung nak gi haji

orang-orang bijak pandai

Friday, May 20, 2011

braces

aku pelik semenjak dua menjak ni rmi lak yang pakai braces nape ekkkk????
mybe nk kelihatan lebih cantik kot sume org nk cantik termasuk ler aku tapi aku x prnh terpikir nk pki
braces bagai sbb siyes ble aku tgk org pki braces tang die senyum alamak aiiii...sgt burok pemandangan itu sori ekkk...org2 yg pki braces bkn nk ngata ni sume pendapat aku ler!
macam yg kite tahu pki braces ni mahal ok mau pki pitih byk beriban kot pki menatang 2 xpe2 nk cantik kn kne ler berkorban pe sje satu lagi org dok citer kat aku sakit wook pki braces 2 pn pengorbanan gak pasal nk cantik kan tp kira berbaloi ler pas2 muke korang akan lebih anggun menawan!
harus ler kan  terutama sekali org2 yg bergigi cam pic kt bwh pki braces...

hehehe....giginyer jarang sgt harus iyer ko pki braces...

gigi die ala2 halimah jongang so harus ler pki braces nnt kn org dok ngata die lak
mancungnyer gigi mu huhahaha...x baik gelakkan org....

sggp x korang pakai braces camni rupe klu aku x sggp beb aku rasa tahap kesepahan gigi minah mng teruk ni smpi camtu sekali xpe2 nk cantik kn terpaksa ler...

pas2 kan klu org 2 setakat gigi arnab 2 batang kat dpn xyah ler pki braces comey pe gigi arnab sweet giler hehehe...


jom kite kite semak pe hukum pakai braces...


Hukum Memakai Braces(Pendakap Gigi)
www.iLuvislam.com
oleh: nazrie5799


braces.jpg braces image by xphoiox


Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة

“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam,Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;


لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “
perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.

Wallahu a’lam.



p/s: buka kepada komen__admin iLuvislam.com
Rujukan;
1. al-Halal Wa al-Haram, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm.

No comments:

Post a Comment

kalau korang rasa korang sweet sila komen....